Wednesday, May 25, 2011

Puding Cendol

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita layan puding cendol pula. Sebenarnya dah lama teringin nak buat puding cendol ni, tapi ada je yg menghalang. Kadang2 tu dah beli cendol. santannya pula takde begitulah sebaliknya. Kali ni bila semua bahan2 dah ada, saya pun terus buat. Ramai kawan2 dah mencubanya ternyata mmng sedap sangat, lebih sedap lagi bila di sejukkan. Kali ni saya buat guna acuan, dan sebahagiannya saya guna loyang. Anak2 lebih suka yg guna acuan sbb comel dan senang nak makan. Terima ksih pada tuntung15 kerana berkongsi resepi ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

Bagi Lapisan Bawah
  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam
Cara-cara

Bagi Lapisan Bawah
  1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
Bagi Lapisan Atas
  1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  2. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  3. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.

Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

27 comments:

  1. Kak Yatieeee!!! salam n selamat petang :D alaaaaaaaaaaaaaaaaa..... kat umah sapa td kita pergi ada puding cendol jugak! ni yg nyampah ni sbb malas nak buat cendol! :D sedapnyer kak mkn sejuk2 :D

    ReplyDelete
  2. kak yatie...aduiii..sedapnya...tp cendol takde lak..hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak...hari ni ramai betul orang dok tayang puding...nampaknya ira kena follow juga ni

    ReplyDelete
  4. wah ada puding cendol juga disini semalam nampak kat rumah nazrah..waduh kena cari cendol lah macam ni..

    ReplyDelete
  5. kak yatie....tukar ngan jelly kelapa nak tak....
    mas tak buat2 lagi agar2 cendol ni....

    ReplyDelete
  6. waduhhh ni yg tak leh tahan ni...kat sini tak ada jual cendol la kak...nk kena wat sendiri cendol tu yg malas tu...jamu mata jer lah dulu...hehe

    ReplyDelete
  7. As'salam Yatie

    maaflah dua hari tak dapat nak jalan2 ni, hari ni karen tak ada dr pagi. ni dapat ON balik tu yang terjah blog kawan2. tenet pulak sangat slow adoiii.lambat nak lodding.

    sedapnya nya Yatie...dah lama tak buat lapis cendol ni. ada lagi ker, mintak lah sesuap sikitttt jer ..hihihi

    ReplyDelete
  8. Kak Yatie.. Naz buat puding ni dulu pun guna resepi tuntung ni jugak rasanya.. Best kan..

    ReplyDelete
  9. As salam....sama lah kita...kat rumah saya pun ada puding cendol .. sama plak tu bentuk luv...

    ReplyDelete
  10. cantiknya puding buatan yati trpesona chekiah nengok mesti cdp ni nti leh chekiah try test. tks yati sudi bls ziarah ke blog chekiah.

    ReplyDelete
  11. Asslam Yatie cayang ooooiiii..hehee....ambooiii puding cendol dia mengancam abiiisss!!! Mesti sedap nih....akak ni malas je lately...agaknya nak kena bersara dah kot..heheheh

    ReplyDelete
  12. nyamam mata n tekak tgk kak yati.... yummyyy!!

    ReplyDelete
  13. @ijayuji
    Hai Ika, sebenarnya lama dah akak teringin nak mkn puding cendol ni....lagi2 masa tngk Ika punyer masa akak kat US...masa tu pendam jek...skrng tidak lagi..dah dpt makan puding cendol yg sedap ni...

    ReplyDelete
  14. @Anna Qawina
    takde cendol ke..belilah...cepat akak tunggu puding cendol Anna...

    ReplyDelete
  15. @Wanieyra
    betullah Ira, musim panas ni mmng sedap mkn puding yg sejuk..nyaman je tekak..

    ReplyDelete
  16. @Ayu
    tulah bila tngk kawan2 wat kita jadi teringin plk...mmng nyaman je tekak mkn puding cendol ni...cepat cari cendol...cepat..cepat..kih3..

    ReplyDelete
  17. @Mas
    wow boleh sangat..akak nak..nak jelly kelapa tu....terliur dah ni..

    ReplyDelete
  18. @Nieza
    dulu akak pun mcm gitew gak..teringin sngt nak makan cendol masa kat Oberc, skrng tidak lagi..nak akak bagi 5 ketoi bentuk love..makanlah...

    ReplyDelete
  19. @CT Delima
    wkmsalam,ada lagi ni kak..nah utk akak 5 ketoi gak...suka tak..nak lagi buat sendiri ya..ekekekeke...

    ReplyDelete
  20. @Naz
    mmng bestkan resepi ni..sedang elok je rasanya....suka sngt..sedap..

    ReplyDelete
  21. @CheKiah
    tq sudi singgah dan follow...kalau teringin tu bolehlah buat puding ni..sedap..

    ReplyDelete
  22. @Ummi
    wkmsalam K.Ummi cayanggggggg...tq kak, mmng betul2 sedap puding ni..alaaaa akak jngnlah bersara...cuti2, rehat2 takpe...bersara NO...

    ReplyDelete
  23. @Anawahid
    kalau dapat rasa lagi nyaman tekak.tak gitewww..kih3...sedap sngt..

    ReplyDelete
  24. Nazrah Bakery,
    boleh sama plk ya kita wat puding cendol...sama bentuk pulak tu....mmng sedapkan puding ni..

    ReplyDelete