Saturday, May 14, 2011

Kuey Teow Kungfu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur alhamdulilah dah boleh update blog semula. Rasanya ramai kawan2 yg senasib ya smlm. Bila blogspot buat hal...hai haru biru di buatnya. Siap n3 terakhir hilang..dahtu muncul semula, bila dah kembali, komen2 plk takde. Ini pun masih tak pulih sepenuhnya. Bahagian label pun tak berapa elok dan saya biarkan gitu je sbb ianya akan pulih sendiri.

Ok, berbalik pada menu hari ni..saya masak mee kungfu. Uwaaaa...gempak gitew bunyinya...siap kungfu lagi. Memang betullah bila masak mee kungfu ni, mmng kena kungfu kat dapur...barulah menjadi masakkan tu....kalau tak caya, anda cubalah resepi mee kungfu ni. Ingat tak aritu saya cerita pasal kuey teow kungfu yg pertama kali saya makan masa saya masak kuey teow goreng kicap kerang. Dalam hati dok berangan nak buat sendiri. Kali ni saya dah pun cuba sendiri, ternyata mmng menjadi dan sangat sedap. Mee mcm ni kena makan waktu panas2 baru sedap, kalau dah sejuk, mee jadi kembang dan kurang rasa.
Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya C&P resepinya kat sini ya. Kalau kawan2 berminat tu, bolehlah mencubanya.



Bahan A
  • 500 gm kuey teow
  • 5 biji telur [ dipukul]
  • sedikit tepung jagung
  • minyak utk goreng kuey teow
Bahan B
  • 100 gm udang basah [buangkan kulit]
  • 150 gm ayam [dihiris]
  • 1 biji panjang fish cake [potong nipis]
  • 3 ulas bawang putih [dicincang]
  • 100 gm brokoli [dipotong]
  • 100 gm bunga kobis [dipotong]
  • 100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
  • 5 tangkai baby corn

  • 3 sudu besar minyak utk menumis
  • 2 s/b tepung jagung ]
  • 1 cawan air ] bancuhkan
  • 1 cawan air rebusan ayam- saya guna 1 kiub ayam dan bancuh bersama 1 cwn air
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b lada sulah
  • garam dan sedikit gula
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
  2. ** Saya pkl telur dan gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng kuey teow sehingga agak garing, terbalikkan dan angkat...ketepikan.
  3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
  4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
  5. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
  6. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
  7. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.
  8. ** Kalau makan bersama lada jeruk lagi sedap.

3 comments:

  1. kak yatie.. saya suke sangat la makanan gini.. penuh lemak dan lengkap semuanya kan..hehe...
    akak banyak labu ke? dah try donut labu yg tak yah perap tu. sedap jugak... tapi labu ni mmg boleh dipelbagaikan kan... cepat saya tunggu menu labu dari kak yatie ni. saya pun ada labu gak mak bagi dari kampung. kat kampung sekarag musim labu kat kebun mak.aduhaiii penat makan labu je..alhamdulillahh..hehe

    ReplyDelete
  2. wah..mewahnya lauk..hehe..memang sedap kalo buh udang, sotong tu..masak sendiri je senang kan..kalau kat kedai dah brape hengget tu..huhu =)

    ReplyDelete
  3. Assalam Yatie...
    Wooww special betoi yatie buat kuey teow kungfu..mcm2 ade, akak klu makan kat luar mmg slalu oder kueyteow kungfu nih...sendirik x pernah buat lagi...nampak gaya nyer pas nie boleh ler akak cuba buat... mmg sedap kan makan panas2..

    ReplyDelete