Thursday, March 31, 2011

Cekodok Pisang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang tadi saya buat cekodok pisang gebu, mmng betul2 gebu...almaklumlah resepi dari Mat Gebu...mmng menjadi dan gebussss sangat. Kalau buat cekodok pisang ni, mmng cepat laku punya. Cekodok ni tak kira waktu, ianya sesuai di makan waktu pagi, petang ataupun malam. Kalau musim hujan, lagilah mmng terasa kesedapannya, maklumlah tngh lapor, sambil goreng cekodok sambil ngapppp. Bila siap menggoreng cekodok, perut pun dah kenyang dan hasilnya tinggal sikit je. Biasanya kalau saya buat mmng lebihlah, biar anak2 puas makan. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, akak kongsikan kat sini pulak ya....lenkali akak nak suruh anak dara akak buat sendiri cekodok pisang guna resepi Mat ni, boleh juga buat rujukan utk anak bujang akak juga. Jom kita semak resepinya, saya buat 2 adunan dari resepi ni.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 8 biji pisang emas
  • 3/4 camca teh soda bicarbonat
  • 1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 camca teh garam halus
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

Sambal Ikan Terutup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sambal ikan terutup ni saya masak tengahari tadi. Walau ada sambal belacan dan ikan masin, saya tetap masak sambal ikan utk anak dara saya. Kalau ikan masak sambal mcm ni, mmng kegemaran anak saya. Mama dan ayahnya makan sambal belacan dan di gayakan bersama gulai pisang tadi, anak pula makan sambal ikan terutup...mmng best betul. Semuanya berselera. Resepi ni mudah je, jom kita tengok bahan2 yg di perlukan.


Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan cencaru/kembong/selar
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 4 biji limau kasturi- ambil jusnya
  • garam dan sedikit gula
  • serbuk kunyit utk menggoreng ikan
  • minyak utk menggoreng ikan dan menumis perencah
Bahan Kisar
  • 20 tangkai cili kering- rendam dlm air panas dan toskan
  • 4 biji cili merah
  • 5 ulas bwg putih
  • 2 labu bwg besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 1/2 in lengkuas
  • sedikit belacan
Cara-Cara
  1. Ikan di bersihkan dan toskan. Gaul dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar. Masukkan serai, masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan sedikit gula. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan perahkan jus limau kasturi. Gaul sebati.
  5. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah angkat dan hidangkan.

Gulai Lemak Pisang Muda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak cepat sikit sbb teruja sangat jumpa pisang muda ni. Dah tak sabar nak makan utk tengahari arini, maklumlah lauk2 mcm nilah yg membuka selera setelah bertahun2 tidak berjumpa....uwaaaa klakorlah pulak mendengarnya. Saya terliur betul bila tngk kat rumah akak Madihah aritu, kebetulan semalam adik bongsu saya bawakan setandan pisang kapas, hampir semuanya masak, tapi ada 2 sisir yg mak bawakan utk saya masak gulai. Alahai mak, macam tau2 je saya teringin bebenor nak makan gulai pisang muda ni. Bila dah masak gulai pisang ni, sambal belacan dan ikan masin mmng tak tinggal...tak payah lauk lain pun takpe. Maunya bertambah2 nasi saya makan. Terima kasih mak kerana kirimkan pisang ni buat kami di sini....sayang mak.

Oklah mari kita lihat resepi gulai pisang muda ni. Kali ni saya ikut resepi K.Madihah, mmng sedap sangat. Terima kasih kak berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya di sini pula ya.


Bahan2
  • 1 sisir pisang muda [apa2 pisang yg sesuai ~ MaDiHaA guna pisang lilin + pisang lemak manis]
  • 1 biji kelapa ambil santan secukupnya [santan kena lebih dari masak gulai lemak biasa sebab pisang akan menyerap kuah]
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • garam & perasa secukupnya
  • 1 helai daun kunyit ~ disiat2 atau disimpul
Bahan2 ditumbuk halus
  • 3~4 ulas bwg merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 15 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup [boleh gak kalau nak campur sikit kunyit serbuk atau guna yg serbuk saja]
  • segengam ikan bilis - dikopek bersih & rendam air panas
Cara2 menyediakannya
  1. Pisang di potong hujung & pangkal.. Cara memotong terpulang pada anda.. ada yang suka potong serong, ada yg suka tumbuk separuh hancur (masuk dlm lesung batu dan tumbuk2 bagi pecah sikit2 jer) & ada juga yg suka siat2 kulitnya dan barulah dipotong serong.. kulit yg disiatkan tu jangan dibuang tapi masuk sekali dlm gulai sebab ianya boleh dimakan.. Tapi kalau tak suka kulit tu.. buang je lah ye...
  2. Masukkan pisang dlm periuk dan masukkan air agak2 sama paras dgn pisang. Rebus pisang sekejap agak2 nampak layu je.. kemudian buangkan airnya.
  3. Masukkan santan dalam periuk berisi pisang serta semua bahan2 lain spt bahan yg ditumbuk, daun kunyit, kiub ayam, garam & perasa secukupnya.
  4. Didihkan santan sambil sentiasa dikacau agar tak meruap santan tu. Biarkan seketika dan rasakan apa yang kurang... Then bolehlah tutupkan apinya dan hidang bersama2 nasi putih, ikan masin atau ikan jeruk, sambal belacan & ulaman.

Tuesday, March 29, 2011

Talam Lapis Ubi Keledek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita cuci mata dngn kuih Talam Lapis Ubi Keledek. Sedap sungguh kuih lapis ni, rasa lemak manis keledek di gabungkan lagi dngn perisa koko mmng kena betullah. Kuih ni lembut dan kenyal2 manja gitew, mmng bestlah. Pada pengemar kuih lapis atau kuih talam tu, bolehlah mencubanya...mmng berbaloi. Resepi asal adalah dari Rozita@Ita's Delight dan saya kopipes dari Akma yg mmng pakar membuat pelbagai jenis kuih talam. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan di sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan. Saya guna loyang 10 inci.






Bahan Lapisan Coklat
  • 20 gm serbuk koko (saya tambah 1 sb coklat emulco)
  • 100 gm gula pasir
  • 150 gm gula merah
  • 100 gm tepung ubi
  • 150 gm tepung beras
  • 900 ml santan (400ml santan pekat + 500ml air)
  • 3 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam
Caranya
  1. Masak gula merah, gula putih dan santan sehingga gula hancur, kemudian sejukkan sebentar. Masukkan semua bahan lain, gaul rata dan ketepikan.
Bahan Lapisan Keledek
  • 600 ml santan (250ml santan pekat + 350ml air)
  • 50 gm tepung ubi
  • 150 gm tepung beras
  • 180 gm gula pasir
  • 200 gm ubi keledek, rebus dan lecek (rebus dulu baru timbang)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning
Caranya
  1. Masak gula bersama santan sehingga gula hancur.
  2. Kisar ubi keledek yang telah dilecek tadi dengan santan yang dimasak, lalu masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
  3. Masukkan pewarna kuning.
  4. Kukuskan selapis demi selapis berselang-seli sehingga adunan habis.
  5. = Kukus setiap lapisan selama 7 minit dan kukus lapisan terakhir selama 15 minit.

Monday, March 28, 2011

Ikan Siakap Ala Rendang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak Ikan Siakap Ala Rendang. Sebenarnya dah binggung tak tau nak masak apa dngn ikan siakap ni. Tadi saya skodeng kat rumah K.Ummi, terjumpalah resepi yg ringkas dan pastinya sedap. Bahan2 semuanya ada...saya pun mulakan projek memasak ikan ala rendang ni. Bila tngk kat petiais...alamak daun kunyit dah layulah pulak. Sebagai ganti saya tukar pada daun limau purut. Alhamdulillah walau ganti daun limau purut, masakan ni tetap sedap dan membangkitkan aroma. Minta maaflah K.Ummi sbb Yatie tukar daun tu....lenkali Yatie guna daun kunyit pulak ya. Terima kasih Kak berkongsi resepi yg sedap ni, terima kasih juga pada mak akak kerana menurunkan ilmu masakan yg sangat sedap ni. Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya..



Bahan- Bahan
  • 2 keping besar ikan tenggiri (saya guna 1 ekor ikan siakap besar, potong, bersihkan dan toskan)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai - diketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 helai daun kunyit - dihiris halus ( saya ganti daun limau purut sbb takde stok daun kunyit)
  • minyak untuk menggoreng ikan
Bahan Kisar:-
  • 18 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan goreng ikan embal2 (tidak terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali tadi dan tinggalkan 4 sudu besar. Tumiskan serai dan bahan kisar hingga naik minyak. Masak dengan api perlahan saja.
  3. Masukkan asam keping dan masak lagi.
  4. Masukkan santan, garam dan gula dan renehkan biar pekat dan bahan naik minyak.
  5. Masukkan ikan tadi dan balikkan sesekali dua sahaja. Masukkan daun kunyit dan gaul rata sebentar.(tinggal sikit daun kunyit untuk tabur masa hidang kalau suka)
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dan tabur hirisan daun kunyit dan makan dengan nasi putih.

Sunday, March 27, 2011

Blueberry Cream Cheese Butter Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Harap anda semua sihat dan ceria sentiasa. Bagi saya alhamdulillah sihat, cuma sejak2 ni mood berblogging merundum sikit. Kalau dah cuti lama sangat berblog ni, mmng lemau je nak mulakan semula. Itulah yg saya alami saat ini. Saya amat berterima kasih pada pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku, kehadiran anda semua amat2 saya hargai. Kalau tak kerana anda semua..mungkin blog ini tak wujud lagi hingga saat ini. Terima kasih sekali lagi, anda semualah penguat dan pembakar semangat saya utk terus aktif berblogging.

Ok, kali ni saya nak kongsikan bersama resepi Blueberry Cream Cheese Butter Cake yg sangat sedap pada kawan2 semua. Kek ni saya buat masa adik2 saya berkunjung kerumah pada hari jumaat aritu. Syukur alhamdulillah, mereka semua suka dan mmng sedap sangat kek ni spt yg di beritahu oleh Kak Jun. Gabungan creamcheese dan blueberry mmng best sangat. Saya akan buat kek ni lagi dan lagi sebab rasanya yg sangat sedap dan tak muak. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri. Terima kasih pada penyumbang resepi. Saya kopipes dari Kak Jun, terima kasih kak kerana rekomen kek yg sangat sedap ni. Jom kita semak resepinya.




Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum+1 sudu kecil baking powder, diayak)
  • 250gm butter
  • 250gm cream cheese
  • 1/3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
  2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
  4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
  5. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
  6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
  7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

Thursday, March 24, 2011

Ikan Bawal Bersambal Limau Purut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak lauk ikan lagi. Sejak balik Msia ni, mmng berselera betul bila makan lauk ikan. Dah lama betul tak rasa ikan2 yg segar dan pelbagai jenis ni. Bila dah jumpa tu..hai seronok betul di buatnya. Kali ni saya masak ikan bawal bersambal limau purut. Kalau masak letak daun limau purut, mmng best. Selain baunya yg harum ianya menambahkan lagi keenakkan rasa masakkan tu. Saya mmng cukup berselera kalau lauk2 mcm ni. Ok jom kita semak resepinya yg mudah ni.


Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan bawal
  • 6 helai daun limau purut
  • 5 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar jus lemon/jus limau kasturi
  • minyak utk menumis dan mengoreng ikan
  • garam dan sedikit gula
Bahan2 Kisar
  • 1 cwn cili kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 btng serai
  • 1/2 cawan air
Cara-Cara
  1. Ikan di bersihkan, di kelar2, cuci dan toskan. Gaul bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.... goreng separuh masak dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air dan gaul sebati, tambahkan sedikit garam dan gula.
  4. Masukkan daun limau purut dan kicap. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi.
  5. Biarkan sehingga mendidih dan perasakan. Masukkan jus lemon dan gaul sebati.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Tuesday, March 22, 2011

Ikan Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ikan lagi. Kalau lauk ikan ni mmng kegemaran saya dan keluarga, cuma Hamka je tak suka lauk ikan. Kalau boleh tiap2 hari dia nak makan lauk ayam. Kadang2 jemu juga asyik nak masak ayam je. Nasib baiklah Hamka suka makan sayur...jadi tak kisahlah sangat, kira seimbang gitew. Kalau sayur, Hamka tak kisah, semua sayur dia makan...yang paling dia suka buah tomato dan carrot. Hamka makan gitew je mcm makan buah2an. Selain ayam, Hamka suka makam lauk udang, kat petiais tu mmng sentiasalah kena ada stok ayam dan udang. Kalau tak, dia takmo makan, mogok satu hari...hai macam2lah karenah anak2 ni. Kadang2 kita sebagai maknya, naik pening memikirkan apakah menu utk setiap hari.

Kalau cerita kisah dan telatah anak2 ni mmng takde habisnya....seronok jadinya. Hampir terlupa pula nak kongsi resepi ikan siakap masak tiga rasa ni. Kali ni saya cuba resepi dari SINI, mmng sedap sangat. Bau bunga kantan dan daun limau purut tu, membuatkan masakkan ni sungguh istimewa. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri.Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kopipes resepinya kat sini pula ya. Maaf sbb saya ada tambah sikit bahan2 rencah.



Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 ulas bawang putih- di cincang halus
  • 1/2 biji bwng besar- di cincang halus (saya tambah)
  • sedikit halia - dicincang halus (saya tambah)
  • 2 helai daun limau purut- di hiris halus
  • 1 batang bunga kantan - dihiris halus
  • 5 batang cili padi - dihiris halus
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar sos ikan/nampla- saya guna sos tiram je
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 cwn nenas - dipotong dadu (saya guna dlm tin je)
  • 1 biji tomato- di potong dadu
  • 1/2 btng timun - dipotong dadu (saya tambah)
  • sedikit garam dan jus lemon
Cara-Cara
  • Ikan siakap dibelah bahagian tengah, bersihkan, lumur dengan garam, tepung jagung dan sebiji telur (yang dipukul sedikit), kemudian digoreng hingga garing
  • Tumis bawang putih, bwng besar dan halia. Masukkan sos tomato, sos cili, cili padi dan bunga kantan
  • etelah layu, masukkan sos ikan, timun, nenas, tomato, jus lemon dan daun limau purut
  • Masukkan sedikit air, kacau rata, bubuh garam dan gula
  • Setelah mendidih, angkat dan tuang ke atas ikan siakap yang telah digoreng.
  • * Hias ikut selera masing2. Selamat Mencuba.

Monday, March 21, 2011

Kari Ikan Kerisik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih kerana masih sudi singgah blog ini walaupun takde n3 terbaru sejak2 ni. Ini adalah kerana saya terlalu sibuk dngn tugas2 yg perlu di selesaikan. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aktiviti memasak dan berblogging terpaksa di rehatkan sebentar. Oklah supaya tak menghampakan harapan pengunjung2 setia blog ini, hari ni saya nak kongsikan bersama resepi kari ikan kerisik buat teman2 semua. Pada pengemar gulai kari tu, bolehlah mencubanya. Saya mmng suka kari ikan kerisik dan di tambah lagi ada terung kat gulai tu..mmng sedap. Terpulang pada kawan2 kalau nak kuah pekat atau cair sedikit..Selamat Mencuba.


Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan saba/ mackarel jepun- potong ikut suka
  • 2 biji terung panjang
  • 2 sudu besar kerisik
  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • 2 sudu besar cili kisar/ cili serbuk
  • 2 keping asam gelugor
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • sedikit air jika perlu.
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
Bahan Tumis

  • Rempah tumis(1 btng kayu manis, 2 biji pelaga,1 bnga lawang, 1 biji cengkih
  • 2 ulas bwng putih -di hiris
  • 2 biji bwng merah- di hiris
  • 1 btng serai- di titik
  • 1 tangkai daun kari
Bahan Kisar
  • 1 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
Cara-Cara
  1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan. Kisar bahan2 yg perlu di kisar dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumis. Masukkan bahan2 yg di kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau lagi....
  3. Masukkan rempah kari ikan yg di bancuh dngn sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air sedikit, masukkan terung dan biarkan hingga separuh masak. Masukkan ikan tadi dan masukkan santan cair, biarkan mendidih.
  5. Masukkan santan pekat, kerisik dan gaul lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Bila dah cukup rasa, bolehlah matikan api dan hidangkan.

Thursday, March 17, 2011

Bingka Keladi

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Malam tadi saya buat bingka keladi. Bingka ni kena betul2 sejuk barulah cantik di potong. Malam tadi sempat juga saya merasa walaupun masih panas, bila pagi ni barulah dpt potongan yg cantik dan ambil gambar sekali. Kalau kuih bingka ni mmng kegemaran kami sekeluarga, tak kira bingka apa janji ada kerak lebih...hah3...itulah yg menjadi rebutan. Sebenarnya resepi asal dari bingka labu, saya gantikan labu pada keladi rebus....tu je. Bingka ni mmng lembut dan sangat sedap. Kalau kawan2 nak rasa tu bolehlah mencubanya. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.




Bahan- Bahan (loyang 9in x 9in)
  • 3 biji telur
  • 3 cwn santan (sederhana pekat)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter
  • 2 cwn keladi- yg telah direbus, di toskan dan dilecek
  • 1 sudu kecil pewarna purple (kalau takde letak warna merah+warna biru)
  • sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapukan sedikit butter di sekeliling loyang, panaskan sebentar .
  2. Masukkan keladi yg di rebus dlm blender, masukkan sekali telur, gula, garam, butter, santan dan tepung. Blend semuanya, kalau tak muat blend separuh2.
  3. Gaul sebati dan letak pewarna dan gaul lagi.
  4. Tuang dalam tin yang telah di lenserkan butter tadi.. Taburkan sedikit bijan di atas permukaan kuih.
  5. Bakar selama 1 jam, guna api atas dan bawah. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran lagi selama 10 minit dan guna api atas sahaja.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sehingga betul2 sejuk.
  7. Setelah sejuk bolehlah di potong dan di hidangkan. Selamat Mencuba...
** Boleh juga guna 1 cwn keladi rebus yg di lecek dan 1 cwn lagi di dadu sahaja, pastu gaul sebati dlm adunan....ikut selera masing2 ya.

Wednesday, March 16, 2011

Donat Pisang

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya buat donat pisang utk minum petang. Sebelum ni tak pernah rasa donat pisang, tu yg teringin sangat nak mencuba dan merasa donat pisang ni. Memang lembut dan sangat sedap donat ni. Sebelum ni pernah nampak di rumah Izah dan Mas buat donat ni,tak sabar nak buat masa tu..tapi takde stok pisanglah pulak, kali ni dah ada...apa lagi projek pun bermula. Resepi ni adalah dari K.Fida di MyR, terima kasih kak berkongsi resepi yg sedap ni..izinkan saya kopipes kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( Lebih kurang 30 keping )

  • 400 gm tepung roti
  • 100 gm tepung gandum
  • 11 gm yis segera (1 peket)
  • 100 gm gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk bread improver (opt)
  • 1/2 cawan air
  • 3 biji kuning telur
  • 300 gm pisang - lecek
  • 100 gm mentega - lembut
  • minyak masak untuk goreng terendam
Cara-cara
  1. Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.Masukkan pula pisang lecek dan mentega dan kacau sebati.
  2. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.(Tambah tepung jika adunan lembik atau tambah air jika adunan kering)
  3. Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
  4. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
  6. Salutkan donat pisang dengan gula atau choc cair ikut selera.
  7. Boleh juga dibakar...
Note = Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan jadi lembik. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg di perlukan. Selamat Mencuba

Kari Ayam Lengkuas

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya masak kari ayam lengkuas utk makan tengahari. Dalam kepala tu dah plan, bila petang... boleh buat lempeng pekak dan di makan bersama kuah kari ni utk minum petang. Walaweiii mmng sedaplah kari ayam lengkuas ni. Resepi macam biasalah ambek kat umah Mat Gebu yg mmng pakar memasak tu. Rasanya dah kerap sangat akak ke rumah Mat cari resepi...tapi mmng bestlah kari ni. Kalau nak rasa tu, kawan2 bolehlah cuba sendiri...barulah tau mcmana rasanya. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg best ni. Akak kongsikan kat sini pulak ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam, potong pada saiz sederhana besar
  • 4 biji kentang, belah 4 setiap satu, rendam
  • 2 keping asam gelugor
  • 1/2 camca besar gula melaka
  • 1/3 cawan cili kisar
  • 3 camca besar rempah kari daging (mat gun Baba's)
  • 2 inci lengkuas, hiris dan titik
  • 300 ml pati santan
  • 1200 ml santan cair
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 3 biji buah keras
  • 15 biji lada hitam
BAHAN TUMIS :-)
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 tangkai daun kari, asingkan dari tangkainya
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Rempah kari dibancuh dengan bahan kisar halus. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masuk cili kisar dan lengkuas, tumis hingga cili graring. Masuk bahan kisar halus + rempah kari dan masak hingga terbit minyak...
  2. Masukkan kentang dan gaul rata. Tambah ayam tadi gaul dan biar ayam kecut. Tuang santan cair, kacau dgn buar mendidih hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor, gula melaka dan perasankan dengan garam. Tuang pati santan dan masak dengan api perlahan sambik dikacau sekali sekala.
  3. Bila ayam masak dan kentang empuk, boleh matikan api, rasa dan jika perlu tambah garam. Hidangkan bersama nasi, roti atau pun lempeng pekak...

Tuesday, March 15, 2011

Selamat Hari Lahir Bonda


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Sebenarnya n3 ni nak letak masa 13.3 aritu, tapi line tenet ni slow sangat...jadi tak dapatlah nak ucap Selamat Hari Lahir pada bonda, Puan Ainon binti Kosnan masa tarikh tu. Syukur alhamdulillah saya dapat menghubungi bonda melalui hp pada tarikh 13.3 2011. Walau tak dapat balik utk sama2 meraikan hari ulangtahun bonda, namun saya tetap berdoa moga bonda di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik dan semoga hidup sentiasa di berkati dan di rahmati Allah SWT. Terima kasih bonda atas kesabaranmu membesarkan dan mendidik kami anak2mu. Jasamu tetap ku kenang hingga akhir hayatku. Sesungguhnya aku amat menyayangimu...

Ini adalah sebahagian dari foto yg sempat di ambil oleh adik saya semasa meraikan hari ulangtahun bonda tempohari. Masa ni ayahanda dan bonda baru balik dari menghadiri majlis kenduri kahwin saudara mara. Bila bonda balik je..alangkah terkejutnya bonda melihatkan persiapan yg di buat oleh adik2 dan kakak utk meraikan majlis tu. Gembira melihat ayahanda dan bonda tersenyum riang. Majlis di mulakan dngn doa selamat dan jamuan makan. Kak Iza masak laksa johor, Kak Zie masak pulut kuning dan kuih muih, Zana masak kari utk di makan bersama pulut kuning, Adik Zai menghadiahkan sebiji kek hari jadi, Adik Nini dan Adik Tika menyiapkan persiapan yg lain...yg pastinya majlis ni meriah gitu walau tanpa kehadiran saya. Harapan saya moga keluarga ini tetap bahagia dan sentiasa dlm limpah rahmatNYA. Aminn.

Monday, March 14, 2011

Kuih Bakar Pandan 2

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak n3... sejak pergi Sedenak mood memasak bertambah2. Macam2 yg nak di cuba, almaklumlah bertemu sifu katakan. Saya mmng kagum dngn kerja tangan Mat Gebu, begitu teliti orangnya...senang kata mmng Mat sempurnalah kalau bab mengemas dan memasak ni..mengalahkan kaum wanita. Terima kasih sekali lagi Mat atas layanan yg di berikan..rasanya kami semua tak serik utk berkunjung kerumah Mat lagi...itu pun kalau di jemput lagilah.

Ok hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi kuih bakar pandan yg sangat mudah. Resepi asal adalah dari Cikgu Zana, terima kasih kak berkongsi resepi bingka yg sangat lembut dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya di sini ya. Resepi kuih bakar juga boleh lihat di sini.


Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
  2. Blender hingga sebati
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
  4. Taburkan bijan (jika suka)
  5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Saya bakar lebih masa bergantung pada kepanasan oven masing2.

Sunday, March 13, 2011

Gambar- Gambar Sepetang Di Sedenak- Mat Gebu

Assalammualaikum dan bertemu kembali. Ini adalah antara foto2 yg sempat di ambil masa sepetang di Sedenak. Macam biasalah gambar Mat Gebu takleh letak kat sini atas permintaan Mat.


Seri makan kek.....Hamka ronda2 rumah Mat...

Ben bersama Mat Gebu..tu tiffin birunya..
Bersama SueJoshua
Bersama Ayu, Mak et dan Yusa
Sis Lin dan Ayu

Saturday, March 12, 2011

Sepetang Di Sedenak - Mat Gebu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni takde menu masakkan sebab hari ni saya pergi ke rumah blogger terkenal di Sedenak, siapa lagi kalau bukan Mat Gebu. Syukur Alhamdulillah, dapat juga saya berjumpa dengan Mat walaupun terlewat sedikit. Biasalah kita hanya mampu merancang, Allah saja yg menentukan segalanya...alhamdulillah dngn izinNYA saja saya dapat bertemu dngn Mat, Ben, Zila, Ayu, Sis Lin, Sariyusa, Sunah, Mamanya, MakET, SueJoshua, Ady Budika, Cikali serta rakan2 blogger yg lain. Seronok sangat bertemu dngn mereka semua.

Akak ucapkan ribuan terima kasih pada Mat Gebu kerana bersusah payah menyediakan juadah makanan yg sedap2. Siap bawakan akak puding triffle lagi....mmng sedap sangat. Tak sangka betullah dapat merasa betul2 masakkan dari air tangan Mat sendiri....macam mimpi rasanya. Walau sebelum ni hanya kenal di alam maya, kini impianku menjadi kenyataan...bertemu pula di alam nyata. Tentu kawan2 tertanya2 mcmanalah rupa Mat ya...ahhhaaa sini akak citer sikit...uish tak payahlah. Kalau nak tau tu kenalah datang rumah Mat sendiri, tapi jangan main serbu je ya....kang terperanjat pulak Mat. Kalau boleh tu beritahulah awal2 supaya Mat dapat sediakan menu yg sedap2 spt tadi...uwaa balik rumah dngn perut kekenyangan....hehehe..

Sebenarnya saya sampai lewat tadi. Ini adalah di sebabkan tugas yg perlu di selesaikan oleh suami saya. Suami saya kena menghadirkan diri di Fiesta Internasional Horses Show di UTM. Saya dah siap awal, tunggu punya tunggu dekat pkl 3.15 baru kami bertolak. Kasihan Yusa yg sabar menunggu akak kerana sudah berjanji utk pergi bersama. Terima kasih Yus kerana bersabar dan sanggup menunggu akak. Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke rumah Mat Gebu. Terima kasih juga sbb beri akak blueberry cheese tart yg sangat sedap tu.

Bila sampai je rumah Mat, alamak berdebar2 rasanya nak jumpa rakan2 blogger yg lain. Mula2 yg saya nampak adalah Ayu citarasa rinduan. Tak sangka dia sambut saya siap peluk cium pipi lagi....terharu rasanya. Di ikuti dngn Mak ET dan Mamanya. Maaflah Mak ET dan Mamanya kerana menunggu akak begitu lama. Kita jumpa sekejap je sebab Mak ET dan Mamanya dan bersiap2 utk pulang kerumah masing2. Lagipun mereka semua dah sampai awal.. tu yg balik awal juga. Bayangkan saya baru sampai dah kena bergambar sana sini...walaweiiii malu rasanya. Terpaksalah tebalkan muka je ni. Bila kenangkan kawan2 dtng dari jauh dan nak bertemu kita ni...tu yg terus bergambar sakan...seronok rasanya.

Tiba2 terdengar suara jejaka memanggil saya...K.Yatie....K.Yatie....eeehhhh K.Yatie datang. Bila ku toleh...uwaaa itulah dia JEJAKA SEDENAK yg inginku temui selama ini. Siapa lagi...tu diaaaa Mat Gebuuu...mmng gebu orangnya, kulit putih melepak, sopan santun, berbudi bahasa...Seronok rasanya dpt juga menjejakkan kaki kerumah Mat Gebu. Kawan2 jangan jelessss ya. Pada yg belum pernah bertemu tu, insyAllah pasti suatu hari nanti kamu dpt bertemu juga...lebih2 lagi blogger2 masakkan. Mmng teruja nak bertentang mata dan bergurau senda dngn Mat kan. Macamana kita lihat keramahan Mat di blog, begitu jugalah keramahannya di alam nyata. Semua mesti menyenangi dngn tingkah laku Mat ni.

Ok lepas citer pasal Mat...citer pula pasal blogger terkenal dan di gelar mamat hensem ni. Siapa lagi kalau bukan Ben Ashaari. Kalau lihat gambar Ben mmng hensemkan.....lihat betul2 mmng macam tulah orangnya. Ben ni pemalu sikit orangnya..sekali sekala je dia borak...ke akak yg malu nak borak dngn Ben.....kih3... Kalau isterinya Zla mmng peramah, seronok akak bersembang dngn Zla ni...ada saja yg di bualkan, maklumlah citer orng pompuan. Lagipun hari ni Ben tak berapa sihat dan sangat sibuk dngn aktiviti Vlog bersama Mat Gebu. Cuma akak tabik betullah dngn Ben ni, walau tak sihat sanggup datang juga demi tugas dan janji yg sudah di materikan.

Jutaan terima kasih juga pada 1 tube.my yang memberi peluang kepada kami bertemu dngn para blogger. Semoga dngn pertemuan ini akan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Maaf sekiranya saya terlepas pandang, maklumlah ada yg baru bersua muka buat pertama kali...ada pula yg tak tau adanya kewujudan blog...takut pula di katakan sombong dan tak bertegur sapa...maaf sekali lagi. Ok lepas ni kita tengok pula gambar2 yg sempat di ambil masa gathering di rumah Mat Gebu...tunggu....

Friday, March 11, 2011

Gulai Ayam Berempah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kita semua di kejutkan dngn berita tergempar iaitu Tsunami di Jepun. Dalam fikiran ni terus je teringatkan Hana Family's serta teman2 yg menetap di Jepun. Dalam hati sentiasa mendoakan moga teman2 yg berada di Jepun selamat dan sentiasa di bawah lindunganNYA. Harapan kita semua moga teman2 di Jepun sabar dan tabah menghadapi ujian ini...moga ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Bebalik cerita mengenai masakkan pula. Hari ni saya masak gulai ayam berempah. Resepi ni adalah dari Mat Gebu. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Rasa gulai ni seakan2 masak lemak cili api tapi ada sedikit kelainan dngn rempah ratusnya. Mat guna ayam kampung, akak pula guna ayam bandar.....tapi cara memasak tetap sama. Gulai ni mmng sedap, lebih2 lagi di makan bersama nasi putih hangat dan ulam2an...maunya bertambah2 nasi. Gulai Mat nampak cantik kuning je, akak pula seakan2 merah kuahnya..ini adalah kerana akak gunakan cili padi yg merah dan kisar sekali. Wow mmng pedas sangat...tapi lagi pedas lagi sedap kata suami akak. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya Mat. Hai tak sabar rasanya nak rasa masakkan Mat yg sebenar. Moga impian kan menjadi kenyataan....tungguuuu....


BAHAN - BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 5 biji kentang, kupas belah 4 setiap biji dan rendam
  • 5 batang serai, dititik
  • 3 keping asam gelugor
  • 300 ml pati santan
  • 1200 ml santan cair
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1/3 cawan cili padi kampung- saya guna cili padi yg merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalan periuk, satukan ayam, serai, kentang dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak atas api hingga ayam kecut. Tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih hingga kentang empuk.
  2. Masukkan asam gelugor, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan bila mendidih, kecilkan api. Tuang pati santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkam bersama nasi hangat dan lauk2 sampingan..Selamat mencuba..

Bubur Candil Labu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat bubur candil labu buat minum petang. Mulanya nak buat pengat labu, tapi anak saya yg bongsu tu suka sangat bubur candil...kira mmng peminat setialah. Biasanya bubur candil warna hijau, tapi kali ni saya adun sekali dngn labu rebus yg di lecek...mmng sedap. Warna oren asli dari labu tu membuatkan bertambah menyelerakan. Pada kawan2 yg nak merasa tu bolehlah mencubanya. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.


Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cwn labu rebus, toskan dan lecek halus
  • sedikit garam
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1 cwn air= tapiskan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Labu yg telah di rebus, di toskan dan di lecek halus.
  2. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  3. Masukkan labu yg telah di lecek tadi. Uli hingga menjadi doh, tak perlu tambah air sbb labu dah berair. Uli lagi sehingga menjadi doh lembut.
  4. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan spt bebola kecil adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  5. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  6. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  7. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  8. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Thursday, March 10, 2011

Ikan Siakap Sos Limau Purut

Assalammualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak ikan pula utk makan tengahari. Kali ni saya guna ikan siakap, ikan ni mmng sesuai sangat di masak sos limau purut. Kalau masakkan yg letak daun limau ni mmng kegemaran saya, terasa harum je masakkan tu. Resepi asal adalah dari Dr Liana dan saya kopipes dari K.Zai. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan di sini pula ya..jom kita semak resepinya.



Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 biji bawang besar - chopped
  • 1 inci halia - hiris halus
  • 4 sudu makan cili boh
  • 4 sudu sos ikan Namphla
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 helai daun limau purut- hiris halus
  • 4 sudu besar jus limau kasturi
  • tepung jagung utk goreng ikan,
  • 1/2 cawan air + 1 sudu besar tpng jagung
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kiub pati ikan bilis maggie
  • 6 biji cili padi - hiris halus
Cara-Cara:
  1. Cuci ikan dgn air asam jawa hingga bersih utk hilangkan hanyir ikan
  2. lumur ikan dgn garam dan tepung jagung seckupnya
  3. Goreng dlm minyak panas hingga garing . ketepikan.
Utk Sos:
  1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia hingga naik bau
  2. masukkan cili boh - tumis smpai garing
  3. Masukkan daun limau purut, jus limau, sos ikan namphla & sos tiram - kacau sebati
  4. Masukkan cili padi yg dihiris
  5. Perasakan dgn garam, gula, kiub ikan bilis maggi
  6. dan masukkan air
  7. Lastly masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sikit air
  8. bila kuah pekat, boleh angkat dan tuang atas ikan yg dah digoreng.
*if taknak guna cili boh pun boleh, nanti sos ni jadi warna kuning2 mcm tu..sedap jugak. rase die same je, cume warna je lain :)

Wednesday, March 9, 2011

Pau Pandan Inti Kelapa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat pau inti kelapa muda. Kali ni saya cuba resepi dari K.Fida@MyR. Resepi asal pau putih je, kali ni saya tambah sedikit pandan emulco supaya terasa wangi adunan tepung tu. Mula2 nampak kat rumah K.Ilah pau pandan tu....rasa teruja pulak nak merasa dan membuatnya. Anak saya Hamka mmng peminat setia warna hijau, jadi mmng suka sangatlah dia makan kuih pau ni. Terima kasih K.Fida berkongsi resepi pau yg sedap dan lembut ni, izinkan saya kopipes kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( 20-24 biji )
  • 500 gm tepung Hong Kong (3 3/4 cwn rata, 10 g=1sb rata)- ayak
  • 50 gm gula halus (3 1/2 sb rata)
  • 250 ml air suam- saya tambah 1 sudu kecil pandan emulco, kalau nak hijau lagi tmbh pewarna
  • 2 sk yis segera
  • 2 sk double acting baking powder
  • 1 sk garam halus
  • 40 mg crisco / shortening (3 sb rata)
  • secukup inti ayam atau ayam BQQ- saya buat inti kelapa
Cara-cara
  1. Satukan air suam,gula,garam,yis,baking powder dlm mangkuk mixer dan kacau rata lalu masukkan tepung dan diuli dgn hook beater hingga rata dan masukkan crisco dan putar lagi sehingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Sekiranya adunan masih melekit,tambah tepung dan uli terus.Tutup mangkuk mixer dgn plastik dan perap doh selama 30 minit.
  2. Ambil sedikit adunan (akak timbang 40 g dan dapat 24 biji) dan dibulat2kan hingga habis.Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula(diponjot atasnye) ikut krativiti masing2.Alas setiap pau dgn kertas kuih yg digunting bulat atau potongan daun pisang.Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.
  3. Kukus pau selama 10 minit atau sehingga masak dlm kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu.

Ayam Masak Merah

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya masak lauk kegemaran kami sekeluarga. Ayam masak merah ni mmng sesuai sangat di makan bersama nasi putih hangat dan nasi kegemaran. Resepi ni mudah je...sesiapa yg nak merasa tu bolehlah mencubanya. Jom kita semak resepinya.



Bahan-bahan.

  • 1 ekor ayam
  • 1 sk serbuk kunyit(utk goreng ayam)
  • 1 sk garam(utk goreng ayam)
  • 1 cwn sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kerisek
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 cawan cili kisar
  • 2 btng serai
  • 1 inci lengkuas
Bahan Tumis
  • 1 btng kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 bji cengkih
  • 1 biji bawang besar(hiris)
  • 1 ulas bwng putih (hiris)
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk mengoreng ayam dan menumis
  • Daun sup sebagai hiasan.
Cara-cara.
  1. Potong ayam ikut suka,basuh dan toskan.Lumur serbuk kunyit dan garam dan goreng hingga separuh masak.Ketepikan dulu..
  2. Blend bawang besar, bwng merah, bawang putih,halia,cili kisar,serai dan lengkuas.
  3. Panaskan kuali dan letak minyak utk menumis.
  4. Tumis bawang besar yg di hiris bersama2 dngn kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan cengkih.
  5. Masukkan bahan2 yg di kisar. Tumis hingga naik bau/naik minyak.
  6. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air(agak2 je).
  7. Masukkan garam, gula dan kerisik.Gaul hingga sebati.
  8. Akhir sekali masukkan ayam yg telah di goreng tadi.
  9. Biarkan sambil di gaul sebati.Dah siap boleh di hidangkan.
  10. Taburkan daun sup sebagai hiasan.

Jelajah Blog: Kategori Ibu

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Malam ni saya terpanggil utk turut serta dlm Segmen Jelajah Blog Ibu yg di kendalikan oleh blogger terkenal Ben Ashaari. Rasanya masih sempat lagi ya Ben, maklumlah dari pagi hingga ke petang akak mmng busy...ini pun kena pastikan anak2 dah siap segala tugasan sekolah barulah maknya boleh mengadap lappy. Ini tandanya akak memberi sokongan yg padu dlm segmen kali ini...maklumlah segmen utk para2 ibu, jadi rasa teruja pula utk menyertainya dan berkongsi sesuatu. Segmen kali ini macam biasalah ada syarat2nya...dan syarat2nya adalah spt di bawah..


1. Sila letak BANNER ini
  • Ok dah letak tu....
2. Tajuk JELAJAH BLOG KATEGORI IBU dan linkkan ke entri ini
  • Ok lepas ni akak link ke sana...
3. Siapa yang layak masuk ? Blogger blogger yang sudah bergelar ibu.
  • Mmng layak sangat sebab sudah berumahtangga dan mempunyai anak...layakkan...
4. Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda.
  • Nama saya Nor hayati Ramlan. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Saya surirumah sepenuh masa yg sentiasa berbakti utk suami, anak2 dan keluarga tercinta. Saya merupakan anak ke 3 dari 8 orang adik beradik. Dalam 8 beradik tu, hanya seorang saja lelaki. Walau surirumah, saya juga menerima tempahan menjahit pakaian. Segala tugas di lakukan di rumah. Saya mengemas, masak, menghantar dan mengambil anak2 sekolah, menjadi cikgu pada anak2....tetapi saya seronok kerana dpt melakukan tugas di rumah di samping dpt melihat sendiri anak2 membesar di depan mata. Saya sukakan kesederhanaan.
5. Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
  • Perkara paling utama adalah semasa lepas melahirkan anak...walau masih terasa sakit melahirkan anak pertama...bila dengar tangisan pertama tu....hai macam tak percaya...syukur yg tak terhingga kerana saya sudah bergelar ibu walaupun di usia yg muda...rasa sakit masa tu tiba2 hilang...seronok dpt membelai dan menyusukan pada saat itu....hai kalau nak cerita takde habisnya ni....yg kelakarnya semuanya serba kekok....maklumlah dulu single...skrng dah ada beg tangan....kena menyusukan lagi....(walau kekok, syukur sangat sbb anak2 saya semuanya menyusu badan sehingga berumur 2-3 thn......)
6. Kenangan pahit anda ?
  • Masa berpisah dengan anak sulung 3 thn yg lepas. Masa tu saya mengikuti suami sambung belajar di US. Berat hati masa tu..sana anak, sini suami. Saya pasrah dan sentiasa berdoa moga segalanya di permudahkan. Lebih hiba lagi bila anak di timpa kesusahan, masa tu ayah dan ibu jauh di perantauan..hai bayangkan hati seorang ibu...menangis siang dan malam mengenangkan nasib anak yg di tinggalkan. Semuanya 3 thn lepas...sekarang kami sudah kembali bersatu dan mengecapi kebahagian. Syukur alhamdulillah kerana segala hajat dan cita2 di makbulkan Allah.
7. Kata kata khas buat si suami ...
  • Malulah nak cakap kat sini...pertama sekali nak ucap Yatie sayang sangat2 kat abang. Terima kasih kerana menyayangi, memahami dan menghargai diri ini. Terima kasih juga kerana mendidik Yatie dan anak2. Terima kasih juga kerana sanggup susah senang bersama. Moga ikatan yg terjalin ini berkekalan selamanya dan sentiasa di rahmati.
8. Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..
  • Buat anak2 mama, walau di mana kamu berada ingatlah pesan mama dan abah. Taat perintah Allah swt dan jauhi larangannya...kelak hidupmu sentiasa di rahmati. Jadilah insan yg berguna dan sentisalah hormat sesama insan...sesungguhnya kita sama di sisi Allah, yg membezakan kita hanyalah amalan kita....renungkanlah..
9. Apakah harapan anda kepada anak anda.
  • Harapan moga anak2 menjadi anak yg soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat. Menjadi anak yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan keluarga..Aminn.
10. Nasihat buat si gadis di luar sana
  • Jagalah maruah dan harga dirimu. Taat perintah Allah dan jauhi larangannya. Hormatilah ke dua orang tuamu dan sentiasa ingat nasihat mereka. Kelak dirimu sentiasa dlm rahmatNYA.
Oklah setakat ini dulu. Rasanya dah kering idealah....maklumlah selalu tulis resepi, kali ni kena buat karangan pulak. Moga ada sesuatu yg kita boleh kongsikan bersama. Saya nak ucapkan Selamat Hari Wanita sedunia buat wanita2 di luar sana. Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kita semua.

Tuesday, March 8, 2011

Bingka Susu

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya buat kuih bingka susu utk minum petang. Oleh kerana bingka ni kena betul2 sejuk, jadi malam barulah boleh di potong dan merasa kuih bingka ni. Memang lembut dan sedap kuih ni, terasa2 lemak manisnya. Bingka ni sungguh istimewa sebab tak menggunakan santan...mmng kena dngn namanya Bingka Susu. Pada kawan2 yg nak rasa tu, bolehlah mencubanya sendiri. Terima kasih pada Kak Fida kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...izinkan saya kongsikan di sini pula ya.




BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 50 gm gula pasir (opt)
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
BAHAN B :-
  • 500 ml air
  • 100 gm mentega / majerin
  • 50 gm tepung kastard
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam
Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan.

Monday, March 7, 2011

Roti Sosej Berkeju

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni saya bf roti sosej berkeju. Kalau roti yg ada sosej ni mmng kegemaran anak2. Saya buat malam tadi, jadi pagi ni boleh buat sarapan dan bekalan utk anak2 ke sekolah. Biasanya saya buat 2 adunan, bila petang tu bolehlah anak2 sambung makan lagi. Biasalah, kalau makanan kegemaran anak2 ni mesti buat lebih supaya puas diaorang makan...lagi pun mamanya buat sendiri, jadi bolehlah makan lebih. Kalau beli tu lainlah, kalau dah habis...habislah jawabnya...tiadalah acara ulang2 makan..betul tak? Roti ni mmng lembut dan sedap sangat, nak sedap lagi bolehlah di makan bersama sos cili. Resepi asal adalah dari Chef Norzailina Nordin dan saya C&P dari Mat Gebu. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan resepinya di sini pula ya.




BAHAN -BAHANNYA :-)
  • 270 g tepung roti (high protein flour)
  • 50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
  • 60 g gula halus
  • 1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
  • 2 1/2 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 1 biji telur gred C
  • 140 ml air
  • 30 g mentega
  • Sosej secukupnya (mat guna sosej "Ayamas"= 14 batang)
  • 2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan masukkan1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
  3. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Saturday, March 5, 2011

Ayam Harum Thai

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ayam harum thai. Kebetulan hari ni anak bujang saya balik cuti, makanan kegemarannya adalah tomyam. Rasanya dah selalu sangat saya masak tomyam bila dia balik. Jadi hari ni saya masak resepi yg lain sedikit tetapi masih berkaitan dngn perencah tomyam. Dalam kepala ni dok fikir dan terbayangkan betapa sedap dan berseleranya bila anak bujang saya makan lauk macam ni, maklumlah masih lagi berkaitan dngn tomyam. Syukur alhamdulillah mmng sedap masakan ni kena dngn selera kami sekeluarga. Resepi asal adalah dari Try Masak dan saya kopipes dari Kak Ummi. Terima kasih Kak Ummi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Maaflah sbb Yatie tak letak lada benggala, takde stok buat masa ni...so Yatie guna lada merah biasa je. Pada kawan2 yg nak rasa tu bolehlah cuba resepi ni....mmng sedap. Jom kita semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka)
  • 2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
  • 4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai)
  • 2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah, saya guna lada merah je)
  • sedikit gula dan garam secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • daun sup - dihiris halus-halus
Cara Memasak:-
  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan A sampai wangi.
  3. Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.
  4. Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
  5. Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
  6. Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.
  7. Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.

Friday, March 4, 2011

Puding Kentang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita cuci mata dngn puding kentang pula. Pernah tak kawan2 makan puding kentang? Inilah kali pertama saya buat dan makan puding kentang ni. Rasanya ala2 nestum..sedap, lemak dan lembut je. Resepi asal adalah dari Dayang Jack. Terima kasih DJ berkongsi resepi puding yg mudah dan sedap ni. Alhamdulillah anak2 suka sangat puding ni,lebih2 lagi anak saya yg bongsu tu, asyik ulang2 buka petiais je. Berselera betul dia menikmati puding kentang ni.



Resepi Puding Kentang
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 2 biji ubi kentang sederhana saiznya (kisar bersama 180 ml air)
  • 200 g gula pasir
  • 200 ml santan pekat
  • 125 ml susu cair
  • 500 ml air
  • 3-4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
  • pewarna atau perisa mengikut citarasa - jika perlu
Cara-cara :
  1. Ubi kentang dicuci bersih(tidak perlu kupas kulitnya). Kemudian direbus bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah itu, kupas kulitnya, dan blend sehingga lumat bersama 180 ml air. Ketepikan.
  2. Satukan gula bersama air 500 ml dan serbuk agar-agar di dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut. Kemudian, masukkan ubi kentang yang sudah dikisar tadi diikuti santan, susu pekat dan susu cair. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
  3. Masukkan mentega dan tepung kastard. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
  4. Jika suka, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Kemudian tuangkan adunan di dalam bekas yg bersesuaian samada secara berselang seli mahupun berlapis. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.
Nota : seelok-eloknya guna bekas kecil kerana puding ini agak lembut. Tetapi boleh kurangkan sukatan air mengikut citarasa. Selamat Mencuba!