Thursday, March 31, 2011

Sambal Ikan Terutup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sambal ikan terutup ni saya masak tengahari tadi. Walau ada sambal belacan dan ikan masin, saya tetap masak sambal ikan utk anak dara saya. Kalau ikan masak sambal mcm ni, mmng kegemaran anak saya. Mama dan ayahnya makan sambal belacan dan di gayakan bersama gulai pisang tadi, anak pula makan sambal ikan terutup...mmng best betul. Semuanya berselera. Resepi ni mudah je, jom kita tengok bahan2 yg di perlukan.


Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan cencaru/kembong/selar
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 4 biji limau kasturi- ambil jusnya
  • garam dan sedikit gula
  • serbuk kunyit utk menggoreng ikan
  • minyak utk menggoreng ikan dan menumis perencah
Bahan Kisar
  • 20 tangkai cili kering- rendam dlm air panas dan toskan
  • 4 biji cili merah
  • 5 ulas bwg putih
  • 2 labu bwg besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 1/2 in lengkuas
  • sedikit belacan
Cara-Cara
  1. Ikan di bersihkan dan toskan. Gaul dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar. Masukkan serai, masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan sedikit gula. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan perahkan jus limau kasturi. Gaul sebati.
  5. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah angkat dan hidangkan.

7 comments:

  1. kak yatieeee.
    aik pelik je nama nya tu? terurup tu apa.kalau kat kampung mcm bunyi nama terung jee.. hehe tapi mmg nampak best.nama je la sambal..memang kompom siokk di makan

    ReplyDelete
  2. jika dapat lauk camni ,kena dgn nasi panas boleh tambah berpinggan-pinggan ni.Cm mmg suka makan sambal..asalkan sambal semuanya suka:)

    ReplyDelete
  3. mas ingat nama ikan terurup tu...he..he..
    nampak sedapp la..boleh try nanti..he..he..
    mek jahh tu asyik ingat terung jerk...

    ReplyDelete
  4. selamat malam kak yatie..
    wah!! kalau dapat sambal ikan terutup sure ayu makan nasi tambah hingga 2 kali

    sedapnya.....

    ReplyDelete
  5. sedapnye... lagi2 kalau makan dgn nasi panas2. mau bertambah makan.

    ReplyDelete
  6. wah akaaak... ada sambal ler...ikan tu mesti rasa sedap... terliur sudah... :)suka kalau bab2 sambal ngan ikan nie.. sedap sesgt...

    ReplyDelete
  7. Assalam kak yatie,wah sedap2nya menu akak arini ya..

    ReplyDelete