Thursday, March 31, 2011

Gulai Lemak Pisang Muda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak cepat sikit sbb teruja sangat jumpa pisang muda ni. Dah tak sabar nak makan utk tengahari arini, maklumlah lauk2 mcm nilah yg membuka selera setelah bertahun2 tidak berjumpa....uwaaaa klakorlah pulak mendengarnya. Saya terliur betul bila tngk kat rumah akak Madihah aritu, kebetulan semalam adik bongsu saya bawakan setandan pisang kapas, hampir semuanya masak, tapi ada 2 sisir yg mak bawakan utk saya masak gulai. Alahai mak, macam tau2 je saya teringin bebenor nak makan gulai pisang muda ni. Bila dah masak gulai pisang ni, sambal belacan dan ikan masin mmng tak tinggal...tak payah lauk lain pun takpe. Maunya bertambah2 nasi saya makan. Terima kasih mak kerana kirimkan pisang ni buat kami di sini....sayang mak.

Oklah mari kita lihat resepi gulai pisang muda ni. Kali ni saya ikut resepi K.Madihah, mmng sedap sangat. Terima kasih kak berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya di sini pula ya.


Bahan2
  • 1 sisir pisang muda [apa2 pisang yg sesuai ~ MaDiHaA guna pisang lilin + pisang lemak manis]
  • 1 biji kelapa ambil santan secukupnya [santan kena lebih dari masak gulai lemak biasa sebab pisang akan menyerap kuah]
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • garam & perasa secukupnya
  • 1 helai daun kunyit ~ disiat2 atau disimpul
Bahan2 ditumbuk halus
  • 3~4 ulas bwg merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 15 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup [boleh gak kalau nak campur sikit kunyit serbuk atau guna yg serbuk saja]
  • segengam ikan bilis - dikopek bersih & rendam air panas
Cara2 menyediakannya
  1. Pisang di potong hujung & pangkal.. Cara memotong terpulang pada anda.. ada yang suka potong serong, ada yg suka tumbuk separuh hancur (masuk dlm lesung batu dan tumbuk2 bagi pecah sikit2 jer) & ada juga yg suka siat2 kulitnya dan barulah dipotong serong.. kulit yg disiatkan tu jangan dibuang tapi masuk sekali dlm gulai sebab ianya boleh dimakan.. Tapi kalau tak suka kulit tu.. buang je lah ye...
  2. Masukkan pisang dlm periuk dan masukkan air agak2 sama paras dgn pisang. Rebus pisang sekejap agak2 nampak layu je.. kemudian buangkan airnya.
  3. Masukkan santan dalam periuk berisi pisang serta semua bahan2 lain spt bahan yg ditumbuk, daun kunyit, kiub ayam, garam & perasa secukupnya.
  4. Didihkan santan sambil sentiasa dikacau agar tak meruap santan tu. Biarkan seketika dan rasakan apa yang kurang... Then bolehlah tutupkan apinya dan hidang bersama2 nasi putih, ikan masin atau ikan jeruk, sambal belacan & ulaman.

9 comments:

  1. emm sedapnye kak yatie..lama eina x makan gulai ni...

    ReplyDelete
  2. wahh sedapnya yatie.... mmg dh lama x mkn gulai pisang ni....

    ReplyDelete
  3. hmm..sedapnyer yatie, gulai pisang muda tu..menu mcm ni mmg favorit sy..suke sngt..tp pisang muda tu yg payah nak jumpa..

    ReplyDelete
  4. Assalam kak yatie,menu2 kampung nih mmg sedap kan kak,fuhh tambah lak ada ikn masin n sambal belacan,mmg terangkat,kalu mak mertua lalu kat belakang pong mmg xnmpklah,mmg xnmpk la sbb lalu kat blkng kan kak,ngee..Kita tukaq kalo anak menangis pong wat xdengar jerla,hehe..

    ReplyDelete
  5. salam yatie..

    betul kata yatie tu.. kalau dah lama tak makan memang rindu sangat nak mkn lauk2 kg mcm ni kan? tambah2 yatie yg lama dok luar negeri tak jumpa ngan pisang muda.. hehe.. apa2pun.. t.kasih mencuba resepi ringkas gulai tu.. akak tengok yatie masak pun akak dah terliur balik.. tambah lg ada sambal belacan & ikan masin.. diet dilupakan seketikalah jwbnya..hehe..

    ReplyDelete
  6. sedapnya tie gulai ni teringat dedulu time kenduri kalau sarapan sll gulai ni ,kerabu pucuk paku n ikan masin iskhhh kecur dah sekarang ni dah tak ade jamuan sarapan pg pun dah

    ReplyDelete
  7. Yummy.... sedap nyer yatie.... sy dh lama mngidam nk mkn gulai ni tp belum trcapai...klu kat rmh mak sy selalu klu pisang muda wat "acar pisang muda"...sedap gak... masam2 manis...

    ReplyDelete
  8. perhhhh..sedappnya...lama dah mas tak makan..

    ReplyDelete
  9. ...aduss...lama x kena gulai ni....selalunya kalau ke....'ikan bakar belamy..' pasti jumpa gulai ni.. tapi dah lama x kesana...huhuhuhu..kita kena kurangkan makanan bakar2 ni....(berkarbon....)

    ReplyDelete