Friday, March 4, 2011

Puding Kentang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita cuci mata dngn puding kentang pula. Pernah tak kawan2 makan puding kentang? Inilah kali pertama saya buat dan makan puding kentang ni. Rasanya ala2 nestum..sedap, lemak dan lembut je. Resepi asal adalah dari Dayang Jack. Terima kasih DJ berkongsi resepi puding yg mudah dan sedap ni. Alhamdulillah anak2 suka sangat puding ni,lebih2 lagi anak saya yg bongsu tu, asyik ulang2 buka petiais je. Berselera betul dia menikmati puding kentang ni.



Resepi Puding Kentang
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 2 biji ubi kentang sederhana saiznya (kisar bersama 180 ml air)
  • 200 g gula pasir
  • 200 ml santan pekat
  • 125 ml susu cair
  • 500 ml air
  • 3-4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
  • pewarna atau perisa mengikut citarasa - jika perlu
Cara-cara :
  1. Ubi kentang dicuci bersih(tidak perlu kupas kulitnya). Kemudian direbus bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah itu, kupas kulitnya, dan blend sehingga lumat bersama 180 ml air. Ketepikan.
  2. Satukan gula bersama air 500 ml dan serbuk agar-agar di dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut. Kemudian, masukkan ubi kentang yang sudah dikisar tadi diikuti santan, susu pekat dan susu cair. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
  3. Masukkan mentega dan tepung kastard. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
  4. Jika suka, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Kemudian tuangkan adunan di dalam bekas yg bersesuaian samada secara berselang seli mahupun berlapis. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.
Nota : seelok-eloknya guna bekas kecil kerana puding ini agak lembut. Tetapi boleh kurangkan sukatan air mengikut citarasa. Selamat Mencuba!

15 comments:

  1. akak...mas pun nak try gak nanti...
    sedapp yer...
    tengok jer mas terliur...he..he..

    ReplyDelete
  2. wah.. cantiiknya..
    macam dadih je yee..

    ReplyDelete
  3. wah kak yatie dah buat..saya dari semalam duk ulang2 tengok puding ni kt blog kak DJ..hehehe..ala ala sehati sejiwa kita kak yatie.tapi tak buat lagi la.. tak sampai la sejiwa tu ek..
    ooo hamka suke ye..acik jah pun nak buat jugak lak..kot pren pren hamka kat sini suke jugakk..hihi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikumwbh kak Yatie....mmmm Ayu busy sket weekend kat sini fri n sat...tp asyik duk ngulang tayang puding kentang ni jer...dah masuk list nak beli kentang weekend ni....mmm tak sabar nak wat.....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Tertarik le. Hehehe petanda demam kentang akan melanda.

    ReplyDelete
  6. assalam kak, wah cantiknya puding kentang ni kak....sure sedap ni...menarik resepi ni..:)

    ReplyDelete
  7. salam Yatie,

    wah! enak banget puding tu sih! terfikir nk buat gak ari ni tp kentang lom rebus lagi..hehe. Amacam?? best kan? fav DJ ni. kalau mkn gerenti non stop...hihi.

    Apa2pun, mekasih byk2 yer sudi cube resepi puding ni.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yatie...

    Mmg nampak sedap puding kentang ni...Kak Lin pun ada niat nak cuba....Insya Allah....

    ReplyDelete
  9. ayu jek puding akak tuk dalam bentuk lepp2 gituu..hehe...tu sejuk2 mmg layan laa kan kak..dah abis ke tu?mcm rasa nak memuding lagi laa..huu

    ReplyDelete
  10. alahai santeknya puding kentang lebiu tuh..kompom dah abes ni

    ReplyDelete
  11. Mas,
    Mmng sedap puding ni..lemak dan lembut jek..cubalah..

    Wawa,
    mmng sedap..cubalah..

    Izah,
    Klakorlah Izah ni...buatlah, mesti pren2 Hamka suka gak..Hamka bukan main suka lagi..ulang alik bukak esbok....sedap sangat katanya...kalau akak letak kaler ijau lagilah non stop dia makan...

    Nazrah,
    mmng sedap..berbaloi mencubanya...

    ReplyDelete
  12. Ayu Syafieza,
    wkmsalam, kalau mcm tu mmng kena buat cepatlah...sedap puding kentang ni..

    Kak Sam,
    wkmsalam, klakor je petanda demam kentang...tapi mmng sedaplah puding ni..cubalah..

    Nieza,
    wkmsalam, mmng sedap puding ni...anak2 akak suka betul...cubalah, mmng berbaloi..

    ReplyDelete
  13. DJ Dayang,
    wkmsalam, mmng sedap sangat puding ni...satu family suka sangat..tq DJ resepi yg best ni...makan mmng takleh berhenti...kih3..

    Kak Lin,
    wkmsalam, mmng sedap puding ni..cubalah kak..

    HaSue,
    mmng sedap makan puding bila musim panas ni...takleh berhentilah..terasa sejuk je tekak..

    Lina pg,
    mmng sedap dan lembut jek puding ni..cubalah, baru tau mcmana rasanya..

    ReplyDelete
  14. nampak seeedapnya yati .........
    kat umah ada kentang
    nanti boleh cuba resepi ni

    ReplyDelete