Tuesday, March 15, 2011
Selamat Hari Lahir Bonda
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Sebenarnya n3 ni nak letak masa 13.3 aritu, tapi line tenet ni slow sangat...jadi tak dapatlah nak ucap Selamat Hari Lahir pada bonda, Puan Ainon binti Kosnan masa tarikh tu. Syukur alhamdulillah saya dapat menghubungi bonda melalui hp pada tarikh 13.3 2011. Walau tak dapat balik utk sama2 meraikan hari ulangtahun bonda, namun saya tetap berdoa moga bonda di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik dan semoga hidup sentiasa di berkati dan di rahmati Allah SWT. Terima kasih bonda atas kesabaranmu membesarkan dan mendidik kami anak2mu. Jasamu tetap ku kenang hingga akhir hayatku. Sesungguhnya aku amat menyayangimu...
Ini adalah sebahagian dari foto yg sempat di ambil oleh adik saya semasa meraikan hari ulangtahun bonda tempohari. Masa ni ayahanda dan bonda baru balik dari menghadiri majlis kenduri kahwin saudara mara. Bila bonda balik je..alangkah terkejutnya bonda melihatkan persiapan yg di buat oleh adik2 dan kakak utk meraikan majlis tu. Gembira melihat ayahanda dan bonda tersenyum riang. Majlis di mulakan dngn doa selamat dan jamuan makan. Kak Iza masak laksa johor, Kak Zie masak pulut kuning dan kuih muih, Zana masak kari utk di makan bersama pulut kuning, Adik Zai menghadiahkan sebiji kek hari jadi, Adik Nini dan Adik Tika menyiapkan persiapan yg lain...yg pastinya majlis ni meriah gitu walau tanpa kehadiran saya. Harapan saya moga keluarga ini tetap bahagia dan sentiasa dlm limpah rahmatNYA. Aminn.
wahh..sweet couple.
ReplyDeleterindu plak ngan arwah abah n mak kat kampung..
selamat hari lahir buat mak kak yatie.semoga berbahagia bersama insan2 yang menyayanginya
selamat hari ulang tahun buat bonda akak.
ReplyDeletehari ni pulak hari ulang tahun anak saya. ingat tadi sama birthdate ngan bonda akak ;-)
Assalamualaikumwbh kak Yatie....semoga bonda dan ayahanda kak yatie....dikurniakan kesihatan dan dilimpahi dengan kehidupan yang penuh keberkatan hingga ke akhir hayat....Amen.
ReplyDeleteAlhamdulillah....Ayu pun masih mempunyai kedua2nya...:)
Salam. Selamat ulang tahun untuk bonda Yatie...
ReplyDeletekak yatie, birthday ibu kak yatie sama dgn ibu kak sari yusa,,,13 hb 3
ReplyDeletehappy belated birthday.....ayu doakan ibu kak yatie panjang umur dan gembira bersama family tersayang..amin
assalam yatie..selamat hari lahir buat bonda yatie.
ReplyDeletesemoga dirahmati
selamat ulang tahun utk bonda kak yatie...semoga sentiasa dirahmati n diberkati olehNya...amin.
ReplyDeleteSelamat ulang tahun buat bonda yatie.. moga d pjgkn umur.. sihat tubuh badan.. d murahkn rezeki dan sentiasa d bawah lindungan Allah S.W.T. Amin..
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat bonda kak Yatie semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu...tumpang bahagia tgk gambar ayahda dan bonda akak ni.:)
ReplyDelete