Friday, April 30, 2010

Gulai Nenas Ikan Merah

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Harap kawan2 semua sihat dan ceria selalu di samping keluarga dan tugas seharian. Dah masak ke belum? Lauk apa agaknya hari ini ya. Hari ini saya masak gulai nenas ikan merah. Sesekali makan lauk berlemak sedap juga, kena pula makan bersama ikan masin, mau bertambah2 nasi....sedap betul. Ok lah mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.


Bahan-bahan


* 1 biji nenas, kupas dan belah2(saya guna dlm tin je)
* 2 ekor ikan merah, potong 3
* 1 helai daun kunyit, dikoyak2kan
* 1 keping asam gelugor
* Garam dan gula secukup rasa
* 1 cwn santan pekat
* 2 cwn santan cair
* 8 biji bawang merah kecil*
* 3 ulas bawang putih*
* 4 biji cili merah*
* 1 inci kunyit hidup*
* 1 keping nipis hirisan lengkuas*
* 1/2 inci belacan*(*dikisar halus)
* 1 btng serai- di ketuk

Cara-cara
  1. Siang ikan dan bersihkan. Sementara itu kisar bahan2 yg bertanda *.
  2. Dalam periuk, masukkan nanas yg telah dipotong bersama bahan2 kisar, gaul rempah dan nenas hingga rata dan tenggekkan diatas dapur, masak dgn api perlahan utk 2 - 3 minit.
  3. Masukkan santan cair, biarkan mendidih. Masukkan ikan merah, asam gelugor dan daun kunyit yg telah dikoyak2kan tadi. Masukkan serai yg di ketuk tadi.
  4. Bila mendidih perlahankan api dan tuang santan pekat. Perasakan dgn garam dan gula. Biarkan mendidih sambil di kacau ...jngn pecah santan. Matikan api dan boleh dihidangkan bersama nasi putih panas dan ikan masin.

TAG GAME : My Best Friend

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebenarnya dah 3 hari saya di Tag dari seorang sahabat dialam maya iaitu Ayu(Citarasa Rinduan). Bukanlah bermakna tak sudi tapi dok memikirkan siapakah kawan baik saya. Sebenarnya ramai tapi tak tahu nak pilih yg mana dan terlalu banyak kenangan masa dulu2 hinggalah sekarang. Oklah inilah saja yg dapat saya letakkan di sini. Terima kasih ya Ayu atas ingatan ini. Semoga suatu hari nanti pasti kita bersua di alam nyata. Tunggu akak balik Malaysia ya...nak makan mee bandung citarasa rinduan...hi3..



1) Siapakah kawan baik anda?
-Rasanya ramai tapi tak payah nak sebut kat sini

2) 3 kenangan manis & 3 kenangan pahit
-KENANGAN MANIS
- Kami sering bersama2 walau kemana pun-kami saling memerlukan
- Sentiasa bergurau walau dalam keadaan sedih (utk menghiburkan hati masing2)
- Kawan2 datang semasa hari bersejarah saya walaupun duduk jauh

-KENANGAN PAHIT
- Berpisah selepas masing2 berumahtangga
- Kawan baik pandang rendah pada saya
- Tidak menghargai pemberian saya

3) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda,
apakah yang anda akan katakan padanya??
- Saya rindu dan sayang kamu

4) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger
- Kak Intan
- Kaksu
- Kak Ita

Mee Hoon Soto

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Moga anda semua sihat dan ceria2 selalu. Hari ini saya masak mee hoon soto. Resepi ni mudah saja, saya gunakan apa yg ada di rumah. Kalau di Malaysia bolehlah gunakan rempah soto atau sup bunjut, memandangkan di perantauan memang sukar mendapatkan bahan2 tersebut, jadi saya gunakan apa yg ada dan yg penting sedap. Ok mari kita lihat bahan-bahannya.


BAHAN-BAHANNYA

* 1 bungkus mee hoon - di rendam, di celur hingga lembut dan toskan
* 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
* 2 s/b serbuk ketumbar
* 1 s/b serbuk jintan halus
* 1 s/b serbuk lada sulah (saya tambah 1 s/k serbuk lada hitam)
* 2 batang serai - dititik
* 2 cm lengkuas - dititik
* Rempah tumis(1 kayu manis, 2 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
* 8 biji bawang merah *
* 3 ulas bawang putih *
* 1 inci halia *
* 1 kiub ayam
* 1 mangkuk kecil tauge - dicelur
* 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
* Sedikit bawang goreng
* Garam dan sedikit gula

CARA-CARANYA
  1. Tumbuk halus bahan yang bertanda *
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan tumbuk, kacau hingga garing. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan halus dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
  4. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  5. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama mee hoon yg telah di celur.
  6. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
Cara Penyediaan
  1. Masukkan sedikit mee hoon yang telah dicelur tadi kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
  2. Setelah siap bolehlah di makan.

Thursday, April 29, 2010

Nasi Goreng Thai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Dah sarapan ke belum....kalau belum, jom makan Nasi Goreng Thai. Pertama kali makan nasi goreng ni, hai sedap betul, kalau tak percaya...cubalah. Resepi asal adalah dari majalah saji dan saya dapat resepi ini dari rumah Kak Ummi. Saya minta izin C&P resepi yg mudah dan sedap ni ya akak. Terima kasih banyak2.


Bahan-bahan

* 2 mangkuk nasi (4 cwn nasi sejuk)
* 2 biji telor
* 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
* 2 sudu kecil pes tomyam/1 kiub pati tomyam
* 1/4 cawan sayur campur/lobak & kacang dihiris halus
* 2 sudu besar cili kisar
* 8 tangkai cili padi - tumbuk
* 2 helai daun limau purut - hiris halus
* 2 sudu besar kicap manis
* 1 batang serai - dihiris halus
* 1 sudu kecil lengkuas yang dicincang
* 10 ekor udang basah(terpulang nak letak berapa..)
* Hirisan isi ayam
* Minyak masak

Cara Memasak
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
  2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam.
  4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam.
  6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.

Wednesday, April 28, 2010

Award Dari Shiori Dan IzahDaut

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sebenarnya baru hari ni saya berkesempatan untuk meletakkan award yg di beri oleh sahabat di alam maya iaitu Shiori dan IzahDaut. Saya merasa terharu dengan ingatan dan penghargaan dari kawan2. Dengan berbesar hatinya saya menerima pemberian award yang sangat cantik ini. Terima kasih banyak2....macam biasalah award ni ada syarat2 nya....inilah syarat2nya.



1. Thank and link the person that give you the award
- Thanks a lot to Shiori

2. Pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover

1- Kak Anis=> Anis's Diary
2- Kak Su=> Cerita Orang Mersing
3- Kak Aidah=> My Life...Aku Redha
4- Ayu=> Curlybabe's Satisfaction
5- Suri Sarawak=> Home Made Cake
6- Azila=> Apa Kata Hati
7- D=> NMY-House Of Satay
8- Ayu=> Citarasa Rinduan
9- Sari Yusa=> Alam Sari
10- Maz=> Ilham Dapur

3. Contact said blogs and let them know they've won this award
- OK....akan di beritahu...

4. State 7 things about yourself

1- Suka memasak dan menjamu selera
2- Suka mencuba sesuatu yang baru
3- Tak suka bertangguh bila buat kerja
4- Suka berkawan dengan sesiapa sahaja( yg ikhlas)
5- Suka baca buku masakan dan buku tentang agama
6- Tidak suka orang bercakap kasar dengan saya
7- Mudah simpati dengan orang

Oklah dah siap tugasan yg di beri. Harap kawan2 yg namanya tertera di atas sudilah terima award ini bersama tugasan sekali. Kalau nama di atas pernah di Tag dngn tugasan ini, abaikan saja. Tiada paksaan di sini. Semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Talapia Tumis Asam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap kawan2 semua sihat hendaknya. Hari ni saya masak lauk ikan. Resepi ni mudah sahaja....rasanya ramai kawan2 di luar sana tahu masak asam macam ni. Di sini saya ingin kongsi bersama adik2 atau untuk rujukan anak saya sendiri resepi yg mudah ini. Mari kita lihat bahan-bahannya.



Sayur Campur untuk hari ni..

Bahan-Bahan

* 2 ekor ikan talapia (ikan apa2 pun boleh)
* 3 batang lada hijau-di hiris
* 1 biji bawang besar- di hiris
* 5 biji cili padi- di tumbuk
* 2 ulas bawang putih- di tumbuk
* 1 inci halia- di tumbuk
* 2 batang serai- di ketuk
* Sedikit belacan
* 1/2 cwn air asam jawa
* Garam, gula & serbuk kunyit
* Minyak utk menumis
* 1 cawan air

Cara-Cara
  1. Siang ikan dan bersihkan. Gaul ikan talapia bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Tumbuk halia, bawang putih, cili api dan belacan.
  3. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bhn tumbuk tadi. Masukkan pula bahan yg di hiris...masukkan juga serai yg diketuk tadi.
  4. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan.
  6. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

Tuesday, April 27, 2010

Daging Lemak Cili Padi

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Dah masak ke belum...hari ni saya masak daging lemak cili padi. Rasanya sedap...inilah kali pertama saya masak daging lemak cili padi. Resepi ni saya dapat dari CMG dan saya minta izin utk C&P di sini pulak ya Che Mat. Terima kasih banyak resepi yang sedap ini. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.


BAHAN-BAHANNYA

*1 kg daging lembu,( jenis batang pinang)
*4 biji kentang sederhana besar, kupas, belah 4 dan rendam
*1 liter santan cair
*300 ml pati santan
*4 batang serai, dititik
*3 - 4 keping asam gelugor
*Garam dan secubit gula
*1/2 cawan cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)*
*1/2 inci kunyit hidup tua*
*1 inci halia*(*ditumbuk halus)
*- letak daun kunyit pun sedap

CARA MEMBUATNYA
  1. Daging dihiris lebar, cuci bersih dan toskan.
  2. Masukkan dalam periuk bersama serai titik, dan bahan tumbuk halus.
  3. Kacau rata dan jerang atas api sederhana hingga daging kecut.
  4. Tuang santan cair dan bila mendidih, masukkan kentang.
  5. Masak hingga kentang lembut, tambah asam gelugor, garam dan secubit gula sebagai pemangkin (kalau perlu tambah air sikit lagi).
  6. Tuang santan pekat, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, sambil dikacau sekali sekala.
  7. Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidang kan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain yang anda gemari....

Kuih Kaswi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya buat kuih kaswi untuk minum petang. Biasanya saya guna cetak kecil2, tapi hari ni nak cepat...jadi saya masak guna loyang je. Resepi asal adalah dari Sis Blackmore dan resepi ada di rumah Rinnchan dan saya C&P dari rumah Zana. Terima kasih ya akak2 semua.


Bahan-bahan :

* 1 cawan gula
* 1 cawan gula merah
* 5 cawan air
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung ubi
* 1/2 cawan tepung beras (saya tambah 2 s/b lagi)
* sedikit garam
* 3 sudu besar air kapur
* 1 sudu besar coklat paste (utk kuih nmpk gelap)
* Daun pandan
* Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
* Kelapa parut + garam

Cara-cara :
  1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan.Ayak semua tepung.
  3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur.Masukkan coklat paste.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair.
  11. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  12. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  13. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

Monday, April 26, 2010

Kek Chiffon Pandan

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya buat kek chiffon pandan. Saya memang suka sangat kek atau kuih perisa pandan...bau harum satu rumah bila di masak. Terdapat banyak resepi kek chiffon pandan, dan ini adalah salah satu resepi yg biasa saya guna dan alhamdulillah menjadi dan lembut sangat. Kalau kawan2 nak rasa, bolehlah cuba membuatnya ya... Inilah bahan2nya..



Bahan-bahan

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

Friendship Award Dan Tag Dari Maz

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ini saya berkesempatan untuk meletakkan award friendship dari seorang sahabat di alam maya iaitu Maz. Terima kasih di atas ingatan. Sebelum ini Maz juga pernah memberi saya award yg sangat cantik dan sungguh bermakna pada saya. Saya amat menghargainya....tapi ada syarat2 yg perlu di patuhi, mari kita lihat apakah syarat-syaratnya...


1) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD....
- Ok dah buat seperti yg di minta...

2)BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI....
-Dari sahabat yg baik hati iaitu Maz (Ilham Dapur)

3)TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH?
KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!)....
-Ok cuba jawab sebaik mungkin...

4)FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU....
- Nor Hayati=> nama sebenarku
- Yatie => nama panggilan dari kawan2
- Kak Yatie => nama panggilan dari adik2 dan orng yg lebih muda dari saya
- Cik Atie => nama yg anak2 jiran panggil
- Mama => nama panggilan dari anak2

5)FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE....
- 24.9 => My Anniversary
- 3.12 => Tarikh lahirku
- 17.7 => Tarikh lahir suamiku
- T.L ank2 => M.Talhah>29.6, Seri Izati>9.5, Seri Irdina>25.8, M.Hamka>10.12
- T.Lahir mak dan ayah juga mertuaku...dan banyak lagi..

6)FIVE THING YOU DONE YESTERDAY....
- Masak...pagi, tengahari dan malam..
- Mengemas rumah
- Ziarah rumah kawan
- Pergi shopping(belanja brng dapur...)
- Buat kek kegemaranku..

7)FIVE WAYS TO BE HAPPY....
- Memasak dan menjamu selera
- Dapat apa yg di idamkan
- Mendengar lagu sambil berblogging
- Suka berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara
- Suka bergurau bersama suami dan anak2

8)FIVE FAVOURITE MOVIES...
-Tak tahu yg ini, sebab tengok TV ikut apa yg tertera di TV....lebih suka tengok TV bersama2 keluarga....biar sama2 gembira..

6 - FIVE FAVOURITE HOBBIES....
- Memasak
- Berblogging
- Cuba resepi baru
- Suka baca berita terkini
- Suka kumpul pinggan mangkuk-> taklah yg mahal2

7 - FIVE FAVOURITE PEOPLE....
- Suami dan anak2
- Mak dan Ayah...juga mertuaku
- Adik beradik
- Saudara mara
- Teman2 yg nyata ataupun di alam maya(yg ikhlas..)

8 - FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION....
- Tempat bersejarah (sama ada dalam ataupun luar negara)
- D i mana tempat peranginan
- Turki
- Australia
- Italy

9 - FIVE REASON YOU ANSWER THE SERVEY....
- Sebab dah kena Tag dengan Maz
- Suka juga sebab terasa di hargai
- Sedikit sebanyak membantu memperkenalkan diri pd kawan2
- Untuk memeriahkan dunia blog
- Lepas ni boleh tag kawan2 yg lain...for fun

10 - FIVE PERSON TO TAG....PASTINYA AKAN ADA PENYAMBUNGNYEEE...hihi...
-Kak Su
-Kak Anis
-Kak Intan
-Kak Ita
-Kak Jalilah

Ok dah siap pun tugasan yg diberi. Kepada akak2 yg namanya tertera diatas, harap sudilah mengambil dan menjawab tag dari kawan2 blog sesama kita. Tiada paksaan....kalau ada kelapangan tu, bolehlah buat ya....tapi buat jelah...hi3..

Saturday, April 24, 2010

Sup Ayam Hadnyai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Dah makan ke belum...rasanya sesekali pekena sup ayam hadnyai memang sedap. Selalu saya masak sup simple je, kali ni saya masak sup yg berempah. Rasanya sedap sangat, lebih2 lagi bila di hirup kuahnya. Resepi asal adalah dari Pyhonda MyR, ianya juga ada di rumah Kak Nor dan Kak Ummi. Saya pula C&P dari rumah CMG, izinkan saya letak resepinya di sini ya CMG, terima kasih banyak2.


Kalau suka, makan bersama sambal kicap
BAHAN - BAHANNYA

  • 800 g ayam, dipotong sederhana besar
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
  3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
  4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak.
  5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  8. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja.....

Award Dari Azatie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 semua. Sebenarnya hari ni saya nak letak award pemberian dari seorang sahabat di alam cyber iaitu Azatie. Cantik sungguh bunga ni, terima kasih yang tak terhingga atas ingatan dan tanda persahabatan ini. Dengan berbesar hatinya saya menerima award ini...semoga persahabatan ini kekal abadi.

Friday, April 23, 2010

Roti Jala

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga anda semua sihat dan ceria sentiasa. Hari ni saya masak lauk kari, jadi saya merajinkan diri untuk buat lempeng dan roti jala. Alahai sedapnya bila lama tak makan roti jala. Mari kita lihat bahan-bahannya.


Bahan-Bahan

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu segar
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
  2. Blend hingga semua sebati. Biarkan sebentar.
  3. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali.
  4. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka. Selamat Mencuba.

Lempeng

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah resepi lempeng yg di makan bersama kari daging tadi. Lempeng ni sesuai di makan waktu pagi ataupun petang. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan. Rasanya semua dah tahu buat lempeng....jom kita tengok.



Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • minyak masak untuk oles di kuali
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan2 untuk lempeng, kacau rata dengan whisk dan tapis, boleh juga di blend semuanya.
  2. Rehatkan adunan 10 minit dan ketepikan sebentar.
  3. Panaskan non-stick frying pan. Sapukan dengan sedikit minyak masak.
  4. Tuang 1/2 cawan adunan tadi dan ratakan.
  5. Bila permukaan kelihatan pucat, terbalikkan lempeng tadi, masak hingga garing sedikit.
  6. Setelah masak, angkat dan letak dalam pinggan.
  7. Ulangi proses memasak hingga siap. Boleh hidangkan bersama kari daging tadi.

Kari Daging Sour Cream

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 semua. Dah masak ke belum? Hari ni saya masak kari daging cara mudah, tak payah blend bahan2 rempah dan tak guna santan. Rasanya sedap dan tak muak, inilah cara saya masak kari di perantauan, yg penting sedap. Lepas ni siaplah nak di gayakan makan bersama roti jala dan lempeng...tunggu...


Bahan-bahan

* 1 kg daging btng pinang (kalau daging biasa, rebus empuk dan toskan)
* 3 s/b rempah kari daging*
* 2 s/b serbuk cili*
* 2 s/b serbuk jintan*( bancuh dngn sedikit air)
* 3 biji kentang (belah 4)
* 4 s/b sour cream (plain yogurt pun boleh)
* Air secukupnya (3-4 cwn)

Bahan Tumis

* 1 biji bawang besar- dihiris
* 2 ulas bawang putih - di cincang
* 1 inci halia- di cincang
* 1 btng kayu manis, 2 biji pelaga,1 kntm bnga lawang
* 1 tangkai daun kari
* Garam dan gula secukup rasa
* Minyak utk menumis

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk.Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan daun kari. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  2. Masukkan pula rempah kari,serbuk cili dan serbuk jintan yg di gaul bersama sedikit air. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan sedikit air dan gaul lagi. Masukkan daging dan kentang.... gaul lagi.
  4. Masukkan sour cream dan tambahkan 2 cwn air lagi...biarkan sehingga daging dan kentang empuk, guna api sederhana je.
  5. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dan perasakan.
  6. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah matikan api dan hidangkan.

Thursday, April 22, 2010

Kuih Lapis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya buat kuih lapis merah untuk keluarga. Rasanya ramai kawan2 di luar sana yg dah tahu membuat kuih ini. Di sini saya ingin berkongsi resepi kuih lapis yg saya buat untuk rujukan kwn2 dan ank2 di masa hadapan.



Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah dan perisa rose
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan.

Award Dari E-na

Salam dan bertemu kembali. Hari ni saya nak letak award yang di beri oleh seorang sahabat di alam cyber iaitu E-na dari Lovely Kitchen. Terima kasih yg tidak terhingga di atas ingatan ini. Dengan berbesar hati saya menerima award yg cantik ini sebagai tanda persahabatan. Semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Saya juga mendoakan moga E-na terus kekal bahagia bersama pasangannya.

Wednesday, April 21, 2010

Chicken Teriyaki

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak ayam lagi....jangan jemu ya. Terpulang pada masing2 nak masak apa hari ni. Resepi ni ringkas dan mudah...yg penting sedap. Resepi asal adalah dari Kak Rinchan dan saya C&P dari rumah Hana. Terima kasih ya resepi yg sedap ini.


Bahan-bahan

* 2-3 keping dada ayam boneless- atau apa2 bahagian
* 3 inci halia - parut
* 3 ulas bawang putih - parut
* 3 sb madu
* 4 sb kicap manis
* 1 sb gula perang
* 1 sk garam

Cara-cara
  1. Cucuk2kan ayam menggunakan garfu.
  2. Satukan semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau lebih dalam peti sejuk.
  3. Panaskan non-stick dengan sedikit minyak dan panggang ayam tadi. Tutup kuali dan sesekali balik2kan ayam.
  4. Curahkan lebihan kuah perapan ke atas ayam dan sentiasa dibalik2kan agar masak sekata dan berkilat.
  5. Dah masak, angkat, hiris2 dan hidangkan. curahkan lebihan kuah ayam tadi.

Tuesday, April 20, 2010

Bistik Daging

Salam dan bertemu kembali. Hari ni saya masak bistik daging. Resepi ni saya dapat dari rumah Che Mat Gebu dan Che Mat dapat dari buku masakan Norzailina Nordin. Masakan ni memang sedap dan ringkas penyediaannya...lebih sedap lagi kalau ianya berkuah sedikit. Mari kita lihat bahan2nya dan saya minta izin C&P ya chef2 berdua, dan terima kasih banyak2.


BAHAN-BAHANNYA
500 gm daging batang pinang (kalau daging biasa, rebus hingga empuk dan toskan)
3 biji ubi kentang, di potong kiub 2 cm
4 camca besar tepung gandum
4 camca besar margerine
3 camca besar minyak masak
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
4 cm kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa
Kacang pis, untuk hiasan
BAHAN KUAH
200 ml air ( lebih kan sikit)
120 ml sos tomato
2 camca besar cili kisar
1 camca besar tomato puree
1 kiub stok daging (optional)

BAHAN DIKISAR
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA
  1. Daging dipotong kiub, cuci bersih, toskan dan lap dengan paper towel hingga kering. Gaul daging tadi bersama tepung, lada hitam tumbuk dan garam. Perap 30 minit dalam peti sejuk.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak + margerine hingga cair. Goreng daging tadi hingga perang. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan kayu manis dan bahan kisar, tumis hingga harum. Masukkan kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang 1/2 empuk.
  3. Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang empuk (tambah sedikit lagi air jika perlu). Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Hidangkan dengan menabur kacang pis sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama roti dan nasi...Selamat mencuba untuk semua!!!

BEN ASHAARI BUAT HAL LAGI !!!!!!


  • Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semuanya. Bertemu kembali setelah beberapa hari tidak bersiaran. Ini adalah kerana.....Ben Ashaari Buat Hal Lagi.....jadi akak pun menyepikan dan melarikan diri buat sementara waktu dari Ben ni. Percaya ke?.... takdelah....sebenarnya Ben ni berniat baik. Dia ada segmen istimewa untuk blog masak2. Mula2 akak keliru Ben nak geledah dapur, dan ini membuatkan akak betul2 risau.
  • Maklumlah akak ni masih baru, jadi barang2 dan peralatan dapur tu, guna apa yg ada je....takdelah yg mahal2 dan antik2 macam Che Mat Gebu dan Kak Ummi tu. Rupanya sangkaan akak ni salah. Sebenarnya Ben nak tolong kita para ibu2, kakak2 dan adik2 yg mempunyai blog masak2 supaya lebih di kenali. Terima kasih atas tugas murnimu itu.
  • Seperti biasa adalah syarat2 yg perlu di patuhi....syarat2nya seperti di bawah ini.
(1) HEADER BEN ASHAARI PERLU ADA...(okey akak dah letak kat atas tu....)

(2) KETERANGAN RINGKAS MENGENAI BLOG ANDA.
  • Blog SINAR KEHIDUPANKU ini masih baru lagi dan di tubuhkan pada 3.1.2010. Mula2 berblog sekadar isi masa lapang dan suka2 saja. Bila dah bertambah kawan2, jadi seronok dan lebih bersemangat untuk update dari semasa ke semasa dan bertukar2 resepi.
  • Mula berblog nak bercerita kisah kehidupan keluarga sepanjang di perantauan,tetapi lebih suka dan cenderung pada masakan......sebab setiap hari kita masak dan makan...jadi dari situ kita tak akan keputusan idea untuk update blog setiap hari.
  • Resepi yg di paparkan sebahagiannya adalah resepi2 yg telah di cuba...samada dari resepi sendiri, kwn2 sesama blog dan majalah. Berpuas hati dngn hasil masakan yg telah di cuba, dan ingin di kongsi bersama kawan2, adik2 dan anak2 yg inginkan pengetahuan memasak.
  • Berblog ni tidak membuang masa....kita akan dapat banyak pengetahuan dan maklumat.
(3) APAKAH MENU ISTIMEWA YG ADA DLM BLOG ANDA.....BERIKAN SEKALI LINKKNYA....

* Pada akak resepi yg mendapat sambutan di sini adalah PIZZA. Setiap kali akak buat pizza, ramai kawan2 memberi maklum balas di cbox dan comment box. Maklumlah nak beli sekeping pizza ni mmng mahal, jadi eloklah kawan2 cuba buat sendiri dan letakkan topping berapa banyak ikut suka....tapi harga cheese tu mahal sedikit, jadi boleh juga di tukar pada mayonise.

(4) DARI MANA ANDA TAHU MENGENAI SEGMEN INI....LINKKAN SEKALI PADA NAMANYA..
  • Dari En Ben sendiri. Pada 16.4.2010 akak bersiap2 nak pergi bercuti selama 3 hari, bila buka blog...ada jemputan dari Ben untuk sama2 join segmen ni. Rasa gembira tetapi tak dapat menyiapkan tugasan pada masa itu. Sepanjang bercuti akak mencari idea juga utk mengarang...pening juga di buatnya...maklumlah dah lama betul tak mengarang begini panjang.
  • Jadi ini sajalah yg yg dapat akak berikan....terima kasih yg tidak terhingga kepada Ben atas segmen ini. Akak betul2 menghargainya...terima kasih juga kepada Puan Azila kerana memahami tugas En Ben Ashaari yg sentiasa sibuk.
  • Okey Ben akak dah siap lunaskan tugasan yg di berikan. Harap ianya menepati dengan kehendak dan syarat2 yg di berikan. Pada kawan2 dan bloggers yg ingin di geledah dapurnya oleh Ben, silalah klik DISINI dan tinggalkan link anda di blog Ben.
  • Niat Ben ni baik, dia mahu kawan2 semua.... sama2 di kenali dan menaikkan rating serta popularkan blog sesama kita. Di harap semuanya mendapat manfaat dari segmen ini.

Monday, April 19, 2010

Ayam Panggang Kerisik

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Ayam panggang kerisik ni saya masak hari jumaat lepas, sama dngn acar nenas tu. Masa hari jumaat tu, saya pergi bercuti, jadi saya siapkan bekalan ayam panggang dan acar nenas ni utk mkn tengahari dan dinner sekali. Maklumlah di perantauan ni mmng sukar utk mendapatkan masakan mcm di Msia semasa perjalanan. Oleh kerana kesibukkan yg terlampau, tak sempat nak N3masa tu. Hari ni kita tengok jelah ayam panggang ni...kalau nak minta, memang dah habis...hi3....Ayam ni mmng sedap sbb bau kerisik tu yg harum dan mengasyikkan. Kalau nak tahu rasanya macamana...cubalah.
Resepi ni saya dapat di rumah JC. Saya minta izin C&P ya JC resepi yg sedap ini....terima kasih banyak2.



Bahan-Bahan

5 keping leg quarters ( saya guna 1 ekor ayam, di potong 4 bahagian)
3 sudu besar kerisik*
2 btg serai*
6 ulas bawang putih *
3 ulas bawang kecil*
2 sudu besar pes halia*
3 btg cili merah atau 3 sudu besar cili kisar* ( kalu nk lg pedas bole tambah lada kecil)
2 sudu teh serbuk ketumbar*
1 sudu teh serbuk jintan manis*
1 sudu teh serbuk kunyit*
2 sudu teh garam*

Cara-Cara
  1. Kisar semua bahan2 yg bertanda*.
  2. Kepingan ayam dikelar2, kemudian campurkan bahan kisar dgn ayam dan gaul rata (sumbat2 marinate dlm kulit ayam).
  3. Perapkan selama 1-2 jam. Panaskan oven atau grill pd suhu 400'F.
  4. Setiap setengah jam, balik-balikkan ayam.
  5. Bakar selama 1 jam 15 min atau hingga masak dan golden brown ( kulit ayam jadi ranggup)..Enjoy.

Acar Timun Nenas

Salam dan bertemu kembali. Apa khabar semuanya....harap kawan2 semua sihat2 hendaknya. Sebenarnya acar timun nenas ni saya buat hari jumaat lepas. Oleh kerana kesuntukan masa, tak dapatlah nak N3 hari tu. Jadi hari ni saya letak resepinya buat rujukan di masa akan datang. Resepi ni mudah je...mari kita lihat bahan-bahannya.



Bahan-bahan


* 1 batang timun
* 1 biji nenas (sederhana besar)
* 2 btng lada merah- dihiris
* 2 btng lada hijau
* 1/2 biji bawang besar
* 3 sudu besar cuka
* garam dan gula secukupnya

Cara-cara
  1. Kupas kulit timun dan nenas..... hiris nipis-nipis.
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Potong lada merah dan hijau serta bwng besar.
  4. Campurkan bersama cuka, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
  5. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di hidangkan.

Friday, April 16, 2010

Nagasari Nangka/ Jagung

Salam dan bertemu kembali. Inilah kuih utk minum petang kami sekeluarga. Resepi asal kuih ni adalah nagasari cendol, tapi di sebabkan tiada cendol di sini, saya gantikan cendol pada nangka dan jagung. Kuih ni sedap dan sejuk di tekak bila di makan. Memang terasa kelembutan dan lemak manisnya. Resepi asal adalah dari Kak Fida di MyR. Terima kasih ya akak resepi yg mudah dan sedap ini.

Kuih nagasari yg di letak jagung biji.

Kuih nagasari yg di letak potongan nangka.

Bahan-bahan

* 400 g cendol - dicuci dan ditapis (saya ganti 1 cwn nangka dan 1 cwn jagung biji)
* 1 cawan tepung jagung
* 1 sb tepung Hoen Kwee
* 1 cawan gula pasir
* 1 st garam
* 1,700 ml santan - drpd 2 biji kelapa (saya guna 500ml santan Kara+1,200ml air)
* 2 helai daun pandan - disimpul
* daun pisang utk membungkus - dipotong dan disalai=> saya guna mangkuk kecil2 je

Cara-cara
  1. Satukan tepung2,gula,garam,santan dan daun pandan di dlm periuk dan kacau rata. Masak atas api yg sedehana panasnya hingga pekat dan licin.
  2. Setelah itu bahagi 2 adunan tadi. Satu bahagian di letak 1 cwn nangka cincang dan satu bahagian lagi di letak 1 cwn jagung biji.
  3. Ambil 3 sb adunan dan bungkus dlm daun pisang yg disediakan tadi.Buat hingga habis. sejukkan pd suhu bilik dahulu.(tak perlu di kukus)
  4. Saya masukkan ke dalam bekas2 kecil dan sejukkan.
  5. Masukkan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.

Ketam Masak Kari

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semuanya. Dah masak ke belum? Hari ini saya masak sempoi je iaitu ketam masak kari. Selalunya saya masak lemak cili api, kali ni tukar pada masak kari pula. Rasanya sedap dan menepati dengan selera kami sekeluarga. Jom kita lihat resepinya yg mudah ini.



Bahan-bahan
* 1 kg ketam (7 ekor sederhana)
* 3 cawan santan
* 4 sudu besar serbuk kari
* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 '' halia
* 2 batang serai (di ketuk)
* 2 keping asam keping
* 2 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil gula
* 1 biji buah tomato dan 1 biji lada hijau(di potong)
* minyak masak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Ketam di siang dan di bersihkan. Serai di ketuk.
  2. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk halus.
  3. Panaskan minyak, tumis serai dan masukkan pula bahan2 yang di tumbuk tadi dan di ikuti dengan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Masukkan pula ketam.
  5. Kacau sehingga mendidih dan masukkan belahan tomato dan potongan lada hijau.
  6. Kacau lagi sehingga masak.
  7. Setelah cukup rasa matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.

Thursday, April 15, 2010

Tepung Pelita

Salam dan bertemu kembali. Hari ini saya buat tepung pelita untuk minum petang. Kuih ini adalah kegemaran kami sekeluarga. Resepi ini saya ambil dari Yani di MyR. Terima kasih Kak Yani resepi yg mudah dan sedap ini.



Bahan A


* 1 cawan tepung beras
* 1 cawan gula
* 5 cawan air
* 4 helai daun pandan dikisar
* pewarna hijau atau esen pandan
* 1 sudu kecil air kapur

Bahan B

* 4 sudu besar tepung beras(rata)
* 4 cawan santan
* sedikit garam

Cara-cara
  1. Tepung beras( yg 1 cwn), air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  4. Sementara itu satukan santan, tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan. Setelah sejuk bolehlah di makan.

Macaroni Seafood Gratin

Salam dan selamat sejahtera. Hari ni saya masak macaroni seafood gratin. Sesekali makan western food memang sedap. Masak macam ni biasanya saya tak makan nasi, sebab ianya mengenyangkan juga. Mari kita lihat bahan2nya. Sesiapa yg suka western food tu, bolehlah mencuba ya..

Macaroni Seafood Gratin yg siap di bakar.

Macaroni yg siap di tabur cheese, lepastu barulah di tuang white sauce dan terus di bakar

Bahan-bahan

200 gm macaroni (bila rebus letak sedikit minyak)
1 cwn udang (kopek kulit dan ptng 2)
1 cwn crab stick (potong 2-3)
1 labu bawang besar (mayang halus)
2 sudu besar mentega
2 cwn mozarella cheese

Cara-cara:
  1. Rebus macaroni hingga lembut, bila dah lembut..angkat dan lalukan dngn air paip dan toskan.
  2. Panaskan mentega,tumis bawang hingga layu
  3. Masukkan udang & crab stick dan gaul rata. Masak sebentar sahaja.
  4. Perasakan dgn sedikit garam dan lada hitam. Masukkan macaroni dan gaul sebati.
  5. Matikan api, angkat dan ketepikan dulu.
**White Sauce**
2 sudu besar mentega
1 cwn susu segar
1 tin mushroom soup
2 cwn air
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit oregano kering-utk tabur

Cara-cara masak White Sauce
  1. Panaskan butter, masukkan tepung dan gaul cepat2, masukkan pula susu, air dan mushroom soup. Gaul sebati, masukkan pula garam dan lada hitam. Ketepikan dulu.
Cara Penyediaan
  1. Sapu mangkuk casserol dgn mentega dan letakkan campuran macaroni tadi.
  2. Taburkan mozzarella cheese di atasnya dan tuang white sauce.
  3. Taburkan sedikit oregano kering diatasnya dan siap utk di bakar.
  4. Bakar selama 30 minit. Sedap di makan masa hangat2. Selamat Mencuba.

Wednesday, April 14, 2010

Ayam Masak Sambal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Hari ni saya masak ayam lagi. Jangan jemu ya dengan menu saya. Resepi ayam masak sambal ni mudah saja...tak perlu banyak bahan. Bau daun limau purut tu yg membuatkan masakan ini sedap dan menyelerakan. Kalau tak percaya....cubalah. Mari kita lihat bahannya.



Bahan
-bahan
1 ekor ayam=> potong 12
6 helai daun limau purut
4 sudu besar sos tamato
5 sudu besar kicap pekat
minyak utk menumis dan mengoreng ayam
garam dan sedikit gula=>jika perlu

Bahan2 Kisar
1 cwn cili kering kisar (dlm 20 tangkai )
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btng serai
1/2 cawan air

Cara-cara
  1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh, toskan dan gaul bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.... goreng separuh masak dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam sebati dan naik minyak.
  4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap. Boleh tambah garam dan gula sekiranya kurang rasa. Boleh juga tambah sedikit air.
  5. Masakkan sehingga naik minyak dan perasakan. Sekiranya dah cukup rasa bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.

Moist Chocolate Cake

Salam dan bertemu kembali. Rasanya ramai yg sudah tahu membuat kek coklat. Terdapat banyak jenis dan banyak cara membuat kek coklat. Di sini saya ingin berkongsi salah satu resepi yang selalu saya buat dan semestinya sedap. Mari kita lihat resepinya.




Bahan Bahan (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)


* 3 biji telur
* 2 cwn gula halus
* 1 sudu kecil esen vanilla
* sedikit garam
* 1 cwn susu segar
* 1 cwn minyak jagung/m.masak
* 1 cwn air panas didih
* 2 cwn tepung gandum*
* 1 sudu kecil rata serbuk nescafe*
* 1/2 cwn serbuk koko*
* 2 sudu kecil baking soda*
* 1 sudu kecil baking powder*=>* diayak

Cara-cara
  1. Ayak bahan2 yg bertanda * dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang, masukkan esen vanilla, garam dan minyak.
  3. Masukkan pula susu dan letak air panas. Setelah itu, masukkan tepung dan bahan2 yg di ayak tadi. Gaul sebati.
  4. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain supaya air tak menitik atas kek. Setelah air mendidih bolehlah kukus kek dngn api sederhana.
  5. Sapu loyang dngn sedikit butter dan alas kertas minyak. Tuang adunan dan kukus selama 1 jam. Setelah masak, angkat dan sejukkan dahulu sebelum di potong.
  6. Kalau suka bolehlah di sapu chocolate ganache dan hias mengikut citarasa masing2.
Bahan Topping
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar minyak jagung/masak
  • 1/2 cawan serbuk koko
Cara-cara
Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api sederhana hingga pekat dan kacau sentiasa dengan whisker dan masukkan esen vanilla, kacau lagi. Bila telah pekat dan berkilat (dlm 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek yg telah sejuk.

=>Kek ini boleh juga di buat dalam bekas2 kecil seperti muffin dan cetak lompang yg dialas kertas muffin atau cupcake. Selamat Mencuba....

Tuesday, April 13, 2010

Ayam Panggang Berkari

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak ayam panggang berkari dan di makan bersama nasi goreng campur tadi. Biasanya lauk ringkas begini yang cepat laku. Maklumlah ayam panggang dan ayam goreng memang kegemaran kami sekeluarga. Resepi ini saya ambil dari rumah Dayang Jack. Saya minta izin letak di sini ya DJ resepi yg mudah dan sedap ini.



Bahan A :

* 1 ekor ayam sederhana (dipotong 4 dan dibersihkan)
* 3 sudu besar serbuk kari ayam
* 1 tangkai daun kari
* 1 kiub pati ayam
* 1 batang serai (ditumbuk)
* 1/2 inci halia (ditumbuk)
* 2 biji bwng putih (di tumbuk-saya tambah)
* 3 sk garam @ secukupnya
* 1 batang kulit kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 300 ml air

Bahan B :

* 3 sudu besar gula pasir
* 120 ml air
* 2 sudu makan jus lemon

Cara-cara :
  1. Rebuskan ayam bersama semua bahan A hingga 3/4 masak. Untuk bahan B, didihkan air dan larutkan gula.
  2. Sediakan dulang pembakar yang dibalut dgn kertas foil.
  3. Susunkan ayam bersama lebihan kuahnya tadi dan panggang selama 10-15 minit. Suhu bergantung pd oven masing2.
  4. Kemudian, keluarkan ayam, dan siramkan dgn sirap gula dan perahan jus lemon. Panggang lagi hingga masak sempurna.
  5. Keluarkan dan balik-balikan....masak lagi sehingga betul2 masak dlm 45 minit.

Nasi Goreng Campur

Salam dan bertemu kembali. Hari ni saya masak nasi goreng campur. Biasanya saya masak nasi goreng utk sarapan, tetapi kali ini saya masak utk mkn tengahari. Saya masak nasi awal, lepas tu saya sejukkan sebentar. Inilah resepi nasi goreng campur yg sempoi tapi sedap.


Bahan-bahan
* 4 cwn nasi putih=>sejuk
* 1 cwn mix vegetable
* 4 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 7 biji cili padi =>ikut pedas masing2
* 2 sudu besar ikan bilis
* 1 cm belacan
* sedikit daun bawang n daun sup
* garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
  1. Tumbuk bawang merah, bwng putih, ikan bilis dan belacan dngn sedikit garam. Tumbuk cili padi tumbuk kasar2 je.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk tadi hingga kekuningan dan wangi.
  3. Masukkan nasi putih, kacau rata dan masukkan garam dan sedikit gula.
  4. Biarkan nasi masak nampak sedikit berasap dan gaul lagi.
  5. Masukkan mix veggie tadi dan kacau rata.
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tabur daun sup dan daun bawang, kacau rata. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di angkat dan hidangkan.

Monday, April 12, 2010

Bun Pandan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua, moga ceria2 selalu di samping keluarga dan tugas seharian. Hari ni saya nak tayang sikit roti yang saya buat malam tadi. Alhamdulillah roti yg saya buat menjadi dan lembut walaupun tak menggunakan bread softener dan bread improver. Masa mula2 nak buat tu, bimbang juga kot2 tak menjadi atau keras, tapi berkat keyakinan dan semangat yg tinggi akhirnya berjaya juga.

Sebelum ni ada juga buat roti, tapi ikut tekak sendiri kira oklah. Kalau nak kongsi resepi di sini, mestilah yg betul2 menjadi...kalau tak di katanya tipu pula. Oklah disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Ros@JMC yang banyak memberi tunjuk ajar tentang membuat roti. Ros juga yang mencadangkan supaya menggantikan bread softener/ bread improver kepada Water Roux. Di sini memang sukar utk mendapatkan bahan2 seperti itu. Selepas ni bertambah2 rajin rasanya nak buat roti lagi...dan lagi...dan lagi...hi3.

Akak minta izin letak resepinya di sini ya Ros. Mudah2an ramai lagi kawan2 terutama yg berada diluar negara utk mencuba membuat roti sendiri. Terima kasih banyak2.

Atas roti tu adalah taburan kelapa kering....memandai je...hi3



Bahan-bahanya
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 140 ml air suam/ atau susu segar
  • 1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver atau dough softner
  • sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
  • (kalau guna water roux,letak dlm 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)
Caranya
  1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
  2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

** Kalau nak guna water roux pun boleh jugak ni, tapi kurangkan sikit, kuantiti susu segar tu ye. agak-agak je, guna cecair tu dlm 100ml je, tengok doh tu macam mana nanti.


Ini adalah cara membuat Water Roux.( resepi asal water roux ni saya ambil di blog MamaFami`s spicen n splendour) terima kasih ye Mama.

50 gram tepung gandum

250 ml air

Cara-Caranya.

Masukkan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, Letak dlm bekas dan tutup dengan plastik wrap dan simpan dalam fridge. Sekiranya hendak gunakan, keluarkan dari peti ais dan biarkan sebentar dan boleh di gunakan. Water Roux ini tahan dlm masa 3 hari sahaja.

Sunday, April 11, 2010

Pancake

Salam dan selamat sejahtera kawan2 semua. Hari ni saya masak pancake buat sarapan pagi. Sebenarnya pancake ni bukan untuk sarapan pagi je...tetapi sesuai juga untuk minum petang. Saya akan masak pancake bila2 waktu di perlukan, lagi pun nak menyediakannya mudah saja. Resepi pancake ini adalah paling lembut dan sedap yg pernah saya buat. Kalau kawan2 nak rasa cubalah buat ya. Mari kita lihat bahan-bahannya.




Bahan-bahan
* 2 biji telur=>di pukul sedikit
* 4 sudu butter - cairkan
* 2 cwn tepung naik sendiri
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil cream of tartar
* 4 sudu besar gula
* 2 cawan susu segar=>suam
* secubit garam

Cara-Cara
  1. Campurkan tepung naik sendiri bersama garam, cream of tartar dan b.powder.
  2. Masukkan susu, gula dan telur dan gaul sebati. Gaul guna whisk je...masukkan butter yg di cairkan dan gaul sebati lagi.
  3. Pastikan adunan tepung tidak bergentel2, boleh juga di blend. Biarkan sebentar dalam 10 minit.
  4. Panaskan kuali non stick, oleskan sedikit butter dan tuang setengah cawan.
  5. Bila sudah mula bersarang, barulah terbalikkan. Bila dah keperangan, bolehlah di angkat.
  6. Hidangkan panas2 mengikut topping kegemaran masing2. Saya makan dengan cream cheese dan maple syrup. Boleh juga di makan bersama dengan honey.