Friday, April 16, 2010

Ketam Masak Kari

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semuanya. Dah masak ke belum? Hari ini saya masak sempoi je iaitu ketam masak kari. Selalunya saya masak lemak cili api, kali ni tukar pada masak kari pula. Rasanya sedap dan menepati dengan selera kami sekeluarga. Jom kita lihat resepinya yg mudah ini.



Bahan-bahan
* 1 kg ketam (7 ekor sederhana)
* 3 cawan santan
* 4 sudu besar serbuk kari
* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 '' halia
* 2 batang serai (di ketuk)
* 2 keping asam keping
* 2 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil gula
* 1 biji buah tomato dan 1 biji lada hijau(di potong)
* minyak masak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Ketam di siang dan di bersihkan. Serai di ketuk.
  2. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk halus.
  3. Panaskan minyak, tumis serai dan masukkan pula bahan2 yang di tumbuk tadi dan di ikuti dengan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Masukkan pula ketam.
  5. Kacau sehingga mendidih dan masukkan belahan tomato dan potongan lada hijau.
  6. Kacau lagi sehingga masak.
  7. Setelah cukup rasa matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.

6 comments:

  1. salam yatie..semlm pok k.atie meng'kari'gak...arini ngesop jer!yuk mangan yuk!

    ReplyDelete
  2. kak yatie..sedapnyee kari ketam.. tak penah makan pong lagi masak cm nii...

    ReplyDelete
  3. salam yatie...sedapnya nampak kari ketam tu!!!selalu ima buat lemak cili api...tak pernah lagi cuba kari ketam ni...mesti sedapkan..

    ReplyDelete
  4. salam k.yatie...adusssssss,leh kecur air liur tgk ketam2 tus.bestnyerrrrrrrrr

    ReplyDelete
  5. Azatie=> wkmsalam, wow sedap tu lauk sup...yuk mangan bareng2....uweenak loh..

    Izahdaut=> wkmsalam, mmng sedap kari ketam ni..cubalah mcm masak lemak juga..

    ReplyDelete
  6. Ima=> wkmsalam Ima, cubalah pasti tak mengecewakan...sedap tau..

    Azila=> wkmsalam Zila,kecur ke...pegi beli ketam cepat...kalau nak cepat, goreng je pun dah syedap..hi3..

    ReplyDelete