Tuesday, April 13, 2010

Ayam Panggang Berkari

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak ayam panggang berkari dan di makan bersama nasi goreng campur tadi. Biasanya lauk ringkas begini yang cepat laku. Maklumlah ayam panggang dan ayam goreng memang kegemaran kami sekeluarga. Resepi ini saya ambil dari rumah Dayang Jack. Saya minta izin letak di sini ya DJ resepi yg mudah dan sedap ini.



Bahan A :

* 1 ekor ayam sederhana (dipotong 4 dan dibersihkan)
* 3 sudu besar serbuk kari ayam
* 1 tangkai daun kari
* 1 kiub pati ayam
* 1 batang serai (ditumbuk)
* 1/2 inci halia (ditumbuk)
* 2 biji bwng putih (di tumbuk-saya tambah)
* 3 sk garam @ secukupnya
* 1 batang kulit kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 300 ml air

Bahan B :

* 3 sudu besar gula pasir
* 120 ml air
* 2 sudu makan jus lemon

Cara-cara :
  1. Rebuskan ayam bersama semua bahan A hingga 3/4 masak. Untuk bahan B, didihkan air dan larutkan gula.
  2. Sediakan dulang pembakar yang dibalut dgn kertas foil.
  3. Susunkan ayam bersama lebihan kuahnya tadi dan panggang selama 10-15 minit. Suhu bergantung pd oven masing2.
  4. Kemudian, keluarkan ayam, dan siramkan dgn sirap gula dan perahan jus lemon. Panggang lagi hingga masak sempurna.
  5. Keluarkan dan balik-balikan....masak lagi sehingga betul2 masak dlm 45 minit.

14 comments:

  1. adore tul kak yati punye menu..slalu nampak menyelerakan tau.....

    ReplyDelete
  2. salam, mcm senang ek kak yatie, bolehlah yus try weekend ni. Hubby dok tanya bila Yus nak panggang ayam lagi.. thanx 4 the recipe

    ReplyDelete
  3. salam kak yatie,
    bestnya nampak ayam panggang berkari tu kak. geram nengok seketul besar ngan nasi goreng lam pinggan tuh. hihi

    ReplyDelete
  4. erppp...
    eh salam kak.. kenyang sgt sendawa lupa nak bg salam.. hehe sedap kak.. kawan2 cakap thanx kat akak.. nnt diorang dtg berjamu lagi,

    ReplyDelete
  5. banyak makanan best2 kat sini.. nampak sedap2 plak tue.. tgk ayam panggang kari nie dah jadi lapar plak.. huhhu..

    ReplyDelete
  6. wah menarik gak ayam panggang berkari ni,tak pernah cuba..mesti sedap ni:)

    ReplyDelete
  7. salam...

    trm ksh byk2 yer krn sudi mencube resepi ni...enjoy eating! ;)

    ReplyDelete
  8. salam kak yatie, periksa nama kak yatie di pages empayar hitam saye.. hehe

    ReplyDelete
  9. sedapnya kak yatie...nak cuba, try , test lah plak......apa rasanya yerk...hehehe

    ReplyDelete
  10. Izahdaut=> thanks..apalagi ambillah seketoi ayam tu....cepat2 nnti abes..

    Sari Yusa=> wkmslm,mmng mudah je yus...cubalah,ratah2 gitu je yg sodap...

    ReplyDelete
  11. INDAHHOUSE=> wkmslm, mmng sengaja letak seketoi besar ayam tu...sbb nak ratah2..mmng mabeles tau..

    CIK MANGGIS=> mmng sedap ayam panggang ni...mudah dan tak bnyk bhn2..cubalah..

    ReplyDelete
  12. PADIN=> ye ke sedap tu, alhamdulillah..snng2 dtng lagi ya....mekaceh banyaklah sbb list nama akak kat empayar hitam di blog Padin tu...tak tau nak ckp apa lagi..terhutang budi rasanya..

    CHAON CORNERZ=>ciannya..lapar ya, sila2 jemput menjamu selera...kongsi dngn Padin ya ayam tu...cukup ke?

    ReplyDelete
  13. DAYANG=> sama2, thanks juga pada dayang sbb kongsi resepi yg sedap ni..suka sngt..

    LIZA HANUM=> wkmsalam, cuba jngn tak cuba..mmng sedap...

    ReplyDelete
  14. Salam Pn. Yatie, saya mohon ambil resepi nie yee dan berapa resepi dari blog Pn. Yati, b..........nampak sedap

    ReplyDelete