Thursday, April 29, 2010

Nasi Goreng Thai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Dah sarapan ke belum....kalau belum, jom makan Nasi Goreng Thai. Pertama kali makan nasi goreng ni, hai sedap betul, kalau tak percaya...cubalah. Resepi asal adalah dari majalah saji dan saya dapat resepi ini dari rumah Kak Ummi. Saya minta izin C&P resepi yg mudah dan sedap ni ya akak. Terima kasih banyak2.


Bahan-bahan

* 2 mangkuk nasi (4 cwn nasi sejuk)
* 2 biji telor
* 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
* 2 sudu kecil pes tomyam/1 kiub pati tomyam
* 1/4 cawan sayur campur/lobak & kacang dihiris halus
* 2 sudu besar cili kisar
* 8 tangkai cili padi - tumbuk
* 2 helai daun limau purut - hiris halus
* 2 sudu besar kicap manis
* 1 batang serai - dihiris halus
* 1 sudu kecil lengkuas yang dicincang
* 10 ekor udang basah(terpulang nak letak berapa..)
* Hirisan isi ayam
* Minyak masak

Cara Memasak
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
  2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam.
  4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam.
  6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.

11 comments:

  1. wahh..cam best je..tapi kan kak..die kata hiris daun limau purut kan..ayokk kantoi..saya nampak daun tuu..hikhik..nak nak.saya mmg slalu kalau makan kat kuor oder nasi goreng ni..nanti bleh goreng sendrik la

    ReplyDelete
  2. hi3 klakor je Izah ni...nak tangkap gambar kenalah letak sehelai daun limau tu kat depan...kat sini guna daun limau frozen je...tapi sedap gak...harum je...

    ReplyDelete
  3. sedeyyy..sedeyy...sambil dengar lagu sambil mkn nasi gireng thai..lagu kt umah yatie ni betul2 mencuit jiwa la.....

    ReplyDelete
  4. nasi goreng thai? hmm. leh try gak ni.. kat umah slalu wat nasi goreng kampung je.. haha..

    ReplyDelete
  5. salalm yatie, nasi goreng dah lama tak buat..sebab apa selalunya nasi kita habis ..nak buat nasi goreng tak cukup pulak..hehe sedap nasi goreng thai/tom yam ni!!

    ReplyDelete
  6. Salam k.yatie..ni feveret zla gak ni.Pon amik resepi ni kat blog ummi.Setakat ni baru 2kali buat..tp mmg best kan???

    ReplyDelete
  7. menarik tertarik tgk nasi goreng thai k. yatie tu! sedapnyaaa klu dpt rasa...

    ReplyDelete
  8. Salam. Wah sedap2! Nanti boleh try. Kononlah. Hehe ~

    ReplyDelete
  9. sush sbnrnye nk masak nasi goreng yg sedap kn ,,bukan sebarang2 jee

    ReplyDelete
  10. Best2nye resepi kat sini..mintak resepi2 ya sis nak cube ^-^ TQVM

    ReplyDelete
  11. Lebih kurang macam nasi goreng tomyam jaa..adoiyyyai lapo lahh..nk kna p BELI nehh.. Huhuhu..

    ReplyDelete