Wednesday, April 28, 2010

Talapia Tumis Asam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap kawan2 semua sihat hendaknya. Hari ni saya masak lauk ikan. Resepi ni mudah sahaja....rasanya ramai kawan2 di luar sana tahu masak asam macam ni. Di sini saya ingin kongsi bersama adik2 atau untuk rujukan anak saya sendiri resepi yg mudah ini. Mari kita lihat bahan-bahannya.



Sayur Campur untuk hari ni..

Bahan-Bahan

* 2 ekor ikan talapia (ikan apa2 pun boleh)
* 3 batang lada hijau-di hiris
* 1 biji bawang besar- di hiris
* 5 biji cili padi- di tumbuk
* 2 ulas bawang putih- di tumbuk
* 1 inci halia- di tumbuk
* 2 batang serai- di ketuk
* Sedikit belacan
* 1/2 cwn air asam jawa
* Garam, gula & serbuk kunyit
* Minyak utk menumis
* 1 cawan air

Cara-Cara
  1. Siang ikan dan bersihkan. Gaul ikan talapia bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Tumbuk halia, bawang putih, cili api dan belacan.
  3. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bhn tumbuk tadi. Masukkan pula bahan yg di hiris...masukkan juga serai yg diketuk tadi.
  4. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan.
  6. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

6 comments:

  1. tumis asam ni bila makan dgn sambal belacan..pergh....sedap.. :)

    slm kenal dari nabilah juga.. :)

    ReplyDelete
  2. salam..k.yatie...bilalah zla nak serajin k.yatie ni ek??feveret ikan talapia ni,tp paling xtahan tgk sayur tus...

    ReplyDelete
  3. salam yatie, dok sana dapat gak ikan talapia...mahal tak kat sana rege nya..
    ikan masak asam cam ni memang febret hb akak,tapi selalu wat ngan ikan kembung jer...fuhh bertambah2 makan nasik hehe..

    ReplyDelete
  4. Nabilah=> sambal belacan mmng sedap di mkn dngn lauk apa2 pun...kena pulak dngn sayur bening...wow..

    ReplyDelete
  5. Azila=>wkmsalam zla, thanks sudi singgah rumah akak ni...kalau betul2 mesti akak masakkan sedap2 tau...sayur tu masak biasa2 je...lagi best kalau dpt sayur yg tanam sendiri...kan..kan..kan..

    ReplyDelete
  6. Kaksu=>wkmsalam, kat sini mmng banyak ikan talapia je...kalau ikan lain tak berapa...bukan tempatnya agaknya...harga oklah dari takde....

    ReplyDelete