Wednesday, April 14, 2010

Moist Chocolate Cake

Salam dan bertemu kembali. Rasanya ramai yg sudah tahu membuat kek coklat. Terdapat banyak jenis dan banyak cara membuat kek coklat. Di sini saya ingin berkongsi salah satu resepi yang selalu saya buat dan semestinya sedap. Mari kita lihat resepinya.




Bahan Bahan (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)


* 3 biji telur
* 2 cwn gula halus
* 1 sudu kecil esen vanilla
* sedikit garam
* 1 cwn susu segar
* 1 cwn minyak jagung/m.masak
* 1 cwn air panas didih
* 2 cwn tepung gandum*
* 1 sudu kecil rata serbuk nescafe*
* 1/2 cwn serbuk koko*
* 2 sudu kecil baking soda*
* 1 sudu kecil baking powder*=>* diayak

Cara-cara
  1. Ayak bahan2 yg bertanda * dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang, masukkan esen vanilla, garam dan minyak.
  3. Masukkan pula susu dan letak air panas. Setelah itu, masukkan tepung dan bahan2 yg di ayak tadi. Gaul sebati.
  4. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain supaya air tak menitik atas kek. Setelah air mendidih bolehlah kukus kek dngn api sederhana.
  5. Sapu loyang dngn sedikit butter dan alas kertas minyak. Tuang adunan dan kukus selama 1 jam. Setelah masak, angkat dan sejukkan dahulu sebelum di potong.
  6. Kalau suka bolehlah di sapu chocolate ganache dan hias mengikut citarasa masing2.
Bahan Topping
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar minyak jagung/masak
  • 1/2 cawan serbuk koko
Cara-cara
Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api sederhana hingga pekat dan kacau sentiasa dengan whisker dan masukkan esen vanilla, kacau lagi. Bila telah pekat dan berkilat (dlm 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek yg telah sejuk.

=>Kek ini boleh juga di buat dalam bekas2 kecil seperti muffin dan cetak lompang yg dialas kertas muffin atau cupcake. Selamat Mencuba....

9 comments:

  1. salam kak yati,
    kek coklat ni, kukus ya kak...sedapnya nampak. Kira cantik juga kalu dikukus kan? Masuk list dulu. hihi

    ReplyDelete
  2. salam yatie...mmm nampak sedap sungguh!!!setiap kali tengok kek coklat teringin gak nak buat tapi buadak2 kat umah ni kureng kek berperisa coklat...tak tahu kenapa,kalau coklat tu makan pulak...huhu macam2

    ReplyDelete
  3. mmg nampak moist sesangat... nk kena wat nii

    ReplyDelete
  4. Salam, kek kak Yatie no 1. I likeeeeeeeee...

    ReplyDelete
  5. INDAHHOUSE=> wkmsalam, kek ni yg kukus punya...akak mmng suka yg ni..ada juga yg bakar...lain kali akak letak kat sini ya..

    IMA=> wkmslm, ow terbalik pulak ya...biasanya budak2 yg suka kek coklat...macam2..

    WATIERMAN=> boleh je, ambillah ni..bnyk lagi, nak berapa ptng...

    ReplyDelete
  6. IZAHDAUT=> mmng moist,letak dlm fridge pun still moist..cubalah..

    SARIYUSA=> wkmsalam, thanks...ni utk Yus..pilihlah nak yg mana..

    ReplyDelete
  7. salam ziarah..
    sedap2 je cake yg akak buat..blh try recipe tue.hehe.

    ReplyDelete
  8. saya selalu buat tak pernahnya lembab..nak try resepi akak pulak la

    ReplyDelete