Saturday, August 4, 2012

Bubur Som Som

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu kegemaran saya utk berbuka semalam. Biasanya buat hijau ataupun putih, kali ni saja je tambah 2 lagi pewarna. Macam biasalah anak2 mmng teruja kalau lihat kuih warna warni. Tak sangka Hamka suka bubur ni, dia rasa semua warna yg ada. Memang kekenyanganlah dia sampai urut2 perut tanda kekenyangan...adoyaiii Hamka.
Resepi dari Kak Fida ni mmng best. Kawan2 boleh juga lihat di SINI.


Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras-Yatie guna 1 cwn
  • 100 g tepung jagung-Yatie guna 1 cwn
  • 1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
SIRAP GULA MELAKA :-(saya buat separuh adunan sirap gula melaka ini)
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.
  4. Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama sirap gula melaka.

**Kali ni Yatie buat 4 warna, saja nak nampak lebih menarik bubur som2 ni dan anak2 teruja nak merasainya. Semasa masak adunan ni, Yatie masukkan sekali daun pandan yg disimpul dan masak spt biasa. Bila adunan dah masak tu, keluarkan daun pandan tadi dan saya bahagikan pada 4 dan warnakan. Kemudian cepat2 tuangkan ke dlm bekas yg di sediakan.

10 comments:

  1. Wah meriah kaler maler.nasib da wat ritu.klo idak kmpynan sy... cantikla bubur som2 akak :-)

    ReplyDelete
  2. teringat dulu arwah opah suka sangat dengan bubur som2 nih.... kuih dalam memori.. arwah buat sangat sedap ^^

    ReplyDelete
  3. Asslmkum kak!
    Jln2 kunun nak cari resepi tepung pelita. Tp rasa mcm nak buat bubur som2 pulak, bila tgk som2 akak yg warna warni tu. Heeeee

    ReplyDelete
  4. amboi...cantiknya bubur som som...

    ReplyDelete
  5. kakak iman bru je wat semlm tpi perisa pandan la

    ReplyDelete
  6. Salam kak yatie! salam ramadhan buat akak n family kat sana, maaf ya kak, sejak puasa ni tak masuk singgah bertandang kat umah akak sbb kita bz sikit lah puasa2 gini pastu sempat balas kunjungan mana yg tggl komen jerr huhu... sedapnyer bubur som som kita tak buat lagi puasa2 ni bubur som2 nanti nak buat juga lah, sbb puasa tahun ni kita byk buatkan kuih utk berbuka sbb malas nak makan nasik2 :D

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Yatie..sedapnya..kita suka sgt bubur som som ^^

    ReplyDelete
  8. Slmt berhujung minggu Yati sekeluarga.menarik nampak bubur sum sum dg pelbagai warna....rajin Yati warnakan satu2.belum pernah buat lagi bubur sum sum ini...

    ReplyDelete
  9. sukanya Nekcik kat kuih lama nii...senang buat..susah dapat..yang lembut dan lemak berkrim!!!buboh air daun pandan..lagi sedap

    ReplyDelete
  10. Wοw thаt was unusual. I јust wгote an еxtrеmely long соmment but after I cliсκed submit my сomment didn't appear. Grrrr... well I'm not ωrіting all thаt oνer
    аgаіn. Anyhow, just wanteԁ to ѕaу gгеаt blog!
    Full Post

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails