Tuesday, August 14, 2012

Biskut Badam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah anakanda Mohamad Talhah selamat sampai ke Msia pada hari ahad pkl 2 ptng. Gembira dan terharu sangat sebab dpt berjumpa semula utk bercuti sempena raya tahun ini. Biskut badam ni biskut pertama buat bersamanya. Maklumlah masa kat UK Talhah berangan nak biskut raya sendiri, jadi dikesempatan inilah dia belajar serba sedikit utk membuatnya bersama mama.

Sebelum ni saya buat biskut badam guna resepi di SINI, kali saya guna resepi dari blog Kak Norlie pula. Resepi ni mudah je sbb guna sukatan cawan dan saya copy ikut kesesuain sendiri. Biskut ni sedap dan rangup. Kalau kawan2 berkenan tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cwn badam hancur
  • 2 cwn tpg jagung*
  • 2 1/2 cwn tpg gandum*(*di ayak bersama)
  • Utk hiasan, 2 biji telur kuning dan badam cincang
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula + kuning telur dan esen. Gaul sebati je.
  2. Masukan badam hancur ,tpg jagung dan tpg gandum dan uli menjadi doh yg lembut.
  3. Canai dan terap mengikut acuan pilihan.
  4. Letakkan di loyang dan sapukan telur kuning di permukaan biskut dan taburkan sedikit badam cincang.
  5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dngn suhu oven 160C.

5 comments:

  1. Seronok kan bila anak anak ada di depan mata..berseri serilah raya tahun nie..biskut badam feberat saya...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Yatie... mesti happy kali ini, anak-anak semua ada di sisi. Nak beraya rumah Yatie boleh ke... nak raya juga niskut raya dia...

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnye biskut badam nih.Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari raya kak!.
    Makin meriah la raya akak tahun ni kan.. :))

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya kak Yatie....
    Seronok la tahun nie bila anak yang jauh dimata ...balik beraya...sng resepinya..nnti nak try:))

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails