Friday, August 5, 2011

Kiwi Gold Panna Cotta

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Bila malam ni barulah sempat nak update blog. Maklumlah siang tu busy sangat, nak BW umah kawan2 pun tertangguh je, nak balas komen kawan2 pun tak sempat. Apa pun saya amat2 menghargai kunjungan dari kawan2 semua. Bila berkesempatan nanti saya akan buat kunjungan balas ya. Ok, hari ni nak kongsikan bersama kiwi gold panna cotta yg saya buat utk berbuka puasa. Sebelum ni dah pernah buat, tapi tak sempat nak ambil gambar sbb cepat je dah abes panna cottanya. Memang sedap betul bila di makan sejuk....terasa nyaman je kat tekak. Kalau anda tak percaya, bolehlah cuba sendiri. Panna Cotta ni juga boleh di gantikan dngn buah2an kegemaran kawan2, contohnya strawberry, manggo, laici, blueberry dan sebagainya. Resepi asal guna kiwi hijau tapi saya terbeli kiwi gold dan guna jelah kiwi yg sedia ada.

Terima kasih sekali lagi pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Buat pengetahuan kawan2 semua, panna cotta ni mmng tak keras mcm agar2,teksturnya lebih kepada dadih...lembut je...dan ianya mmng mengambil masa yg lama utk jadi panna cotta yg elok. Pertama kali buat pun saya jadi jakun sbb panna cotta ni tak beku2. Bila dah 6 jam, pastu tuang puri kiwi...eloklah pulak tngk lapisannya. Kat situ barulah tau panna cottaku dah menjadi...hehehehe. Bila dah jadi tu, apa lagi..ngapp jelah, waduhhhh sedap betul, terasa nyaman je lalu kat tekak. Suami saya paling suka makan panna cotta yg saya buat pertama kalinya. Hari ni saya buat lagi utk berbuka puasa. Oklah, jom kita semak bahan2 yg di perlukan. Kalau nak merasa tu..cubalah sendiri ya....




Bahan- Bahan
  • 9 gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
  • 4 sudu besar air
  • 2 ½ cawan susu segar/fresh milk
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh vanila
  • 3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula
Cara Menyediakannya
  1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
  2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
  3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
  4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
  5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
  6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

15 comments:

  1. Salam Yatie

    kita pun suka kiwi gold ni...dah jadi pana cotta lagilah sodap kan...

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie!! sedap pulak bila tgk kiwi ni di buat puri gituuuu... kita nyer halalgel tu ada lagi sebungkus tapi ntah kat mana kita simpan kita leh lupa geram betull! nak order asyik terlupa jerrr nanti nak order jugak tak leh jadik niii :D suke sgt panna cotta sedap!

    ReplyDelete
  3. Yatie...bulan posa ni...bila lepas bebuka...memang sedap sgt makan2 manisan cam ni kan...sedapnya...sejuk nyaman masuk kat tekak...segar rasa bdn...:)

    ReplyDelete
  4. akak pun suka dgn panna cotta..sejuk je kan yatie..sejuk sebab letak dlm peti ais lah kan?.hehe
    menu yang sesuai sekali untuk berbuka..:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak..selamat pagi...mesti sedap dgn kiwi camni yer..Tun belum cuba buat dgn kiwi lagi..

    ReplyDelete
  6. dah lama mark rcp ni...trynya idok lagih...

    ReplyDelete
  7. Kak Yatie..Meh tukaq dgn dragon fruit jelly sue ya...heee

    ReplyDelete
  8. cantik pulak kiwi tu warna gold.. tak pernah jumpa lagi... hihi mcm jakun pulak ita ni..

    ReplyDelete
  9. wahh...terliurnya tengok dessert gini pepagi ni..
    sedappnya tengokk...

    ReplyDelete
  10. hmm..cedapnya...eh posa la...

    ReplyDelete
  11. Yatie..baru ni akak buat stoberi panna cotta pun cam tu yatie gak..jatuh..dok tunggu bila la nk beku..so pas ni dh tau kalau nak mkn panna cotta kena buat awal2..:)

    ReplyDelete
  12. Assalam Dik Yatie...datang nak ngendeng jer ...menitik air liur....rasanya mesti sedap...cuma Akak ni masih perak tak pernah tengok kiwi gold tu lagi..huhuhu!

    ReplyDelete
  13. Kak Yatie.. best tgk akak buat panna cotta ni.. Naz ni dok KIV lg menu ni..hehehe..

    ReplyDelete
  14. kak yatieee... saya pun nengok gak buah kiwi ni kat jusco..musim dia kot.. tapi ritu tengok je, terus teringatt kat hamka.. hahhaa.. tetibe teringat hamka lak..

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum Yati . Dpt mkn sejuk2 panna cotta ni nyamannya..
    Yati, semlm cuba resepi Talam Kastad Jagung Yati utk bawa potluck...sedap .t.kasih kongsi resepi .

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails