Wednesday, August 10, 2011

Kerutuk Telur

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Semalam ada pengunjung blog saya bertanyakan resepi telur. Dia suruh saya kongsikan lebih banyak lagi resepi yg menggunakan telur sbb dia suka sangat makan telur. Kebetulan sebelum puasa aritu saya ada masak kerutuk telur resepi K.Nor. Memang sedap telur masak macam ni. Sebenarnya telur ni boleh di pelbagaikan masakan..contohnya tukarkan saja resepi ayam dan gantikan pada telur...rasanya boleh jugakan. Kita buat dia...layan jelah...sesekali makan lauk telur ni mmng sedap. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi kerutuk telur ni, izinkan Yatie C&P resepinya kat sini pula ya. Yatie takde rempah kerutuk so Yatie gantikan pada rempah kari dan kurma....sedap jugalah...maaf ya K.Nor, bila ada rempah kerutuk tu, Yatie masak ikut style K.Nor ok...


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam ~ (Yatie ganti 10 biji telur di rebus dulu)
  • 3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas (Yatie takde rempah kerutuk ni, so yatie gantikan dngn 2 sb rempah kari + 1 sb rempah kurma)
  • 1 cawan santan fresh
  • 1 cawan air
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun pandan
  • 1 bj bawang besar ~ potong 4
  • 2 bj cili merah ~ belah 2
  • nisan/gula melaka
  • garam
  • minyak
Bahan Penumis (rempah 4 beradik):
  • 1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
  • 5 kuntum cengkih- Yatie letak 2 je
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Bahan yg diblend:
  • 1 labu bawang besar
  • 3 bj bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1in halia
  • 1in lengkuas
  • 1in kunyit hidup
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  2. Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
  3. Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
  4. Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
  5. Masukkan ayam dan gaul sebati.
  6. Biarkan rempah mesra kat ayam/telur dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air.
  7. Biarkan hingga mendidih.
  8. Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka.
  9. Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik.
  10. Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
  11. Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai.
  12. Hidangkan panas2.
* Jika nak letak telur dlm kerutuk:
  1. Kupas kulit telur yg dah direbus, belah sedikit telur (2 atau 3 belahan - hanya kena putih telur jer)
  2. Kemudian goreng dalam minyak yg panas hingga kekuningan. Yatie tak goreng telur ni, cuma Yatie kelar2kan saja supaya rempah meresap dlm telur tu.
  3. Angkat dan toskan.(telur perlu dibelah supaya tidak meletup semasa proses menggoreng)

13 comments:

  1. Assalam yatie, lauk telur for sahur adalah wajib, boleh masuk list ni yatie..nampak sedap

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie!! kita suke sgt kalau telur rebus di buat masak2 mcm ni, tak kiralah masak sambal ke, kicap keee, mg suke ada rasa2 gitu sbb kalau telan telo rebus kosong2 gitu mmg tak best jerr hihihi..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak...
    nie pun dah lama dok tergoda .. tp lom buat lagi... nie tgk akak tayang nie terus teringat... tapi masih lg mood bercuti.. huhuu.... mmg nmpk sedap sgt

    ReplyDelete
  4. salam yatie..
    kadang2 jemu jugak mkn ayam, daging & ikan.. masak telur lagi berselera mkn lebih2 masa sahur..

    ReplyDelete
  5. salam yatie..akak segala menu telur mmg feveret akak..nnti leh try masak kerutub ni lak..selamat berbuka ye yatie!

    ReplyDelete
  6. Telur mesti sentiasa ada stok...kes emergency tak de lauk, then telur menjadi pilihan utama. Macam2 boleh dimasak dengan telur ni...

    ReplyDelete
  7. Yatie....sedapnya....kechur2...eh2...posa...posa.....nak makan kuih tako..jom singgah umah kak cek ..:)

    ReplyDelete
  8. resepi yg menarik..hari2 asyik membahan ayam @ daging..jemu gok!

    ReplyDelete
  9. salam yatie.. org guna rempah campur2.. tak ada rempah kerutuk ya.. nak k.nor poskan? :)

    ReplyDelete
  10. salam tuan umah, akhirnya ada juga resepi kerutuk.nanti leh try

    ReplyDelete
  11. kerutuk tahumakan je itu pun kat sini ada kawn masak.. pasni kena cuba ni

    ReplyDelete
  12. Assallamualaikum kak Yatie..
    Dah ada air dah rumah akak..hehhe...
    Sedap nampaknya tu...

    ReplyDelete
  13. salam,nampak sedap!nak cuba lah!kak yatie...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails