Wednesday, August 17, 2011

German Cookies

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Rasanya ramai kawan2 yg dah mula buat biskut raya. Saya jadi teruja nak membuatnya, tapi minggu ni anak yg no 2 tngh trial exam PMR, yg no 3 plk periksa sklh agama. Bila maknya sibuk mengukis nanti, dah tentulah baca buku pun jadi tak keruan sbb nak menolong di dapur. Buku pula ntah kemana. Jadi hasrat nak wat kuih raya tu, terpaksalah di pendam dulu....iyeke...

Semalam tengahari saya buatlah juga biskut yg ringkas tapi amat popular di kalangan blogger masakan. Bila tngk bahan2 tu ringkas sangat, pastu takyah guna terap segala...cuma bulat2kan, leperkan dan tekan dngn garpu...sekejap je dah siap. Saya buatlah 2 adunan sekali, alang2 dah buat biarlah lebih sikit. Kali ni anak yg bongsu menolong dan tak sabar nak merasa. Bila satu bakaran siap, dialah tak sabar nak merasa.....last2 satu loyang dia sendiri yg makan. Tak kisahlah, walau simple kuih ni tapi sedap. Bila time berbuka, apa lagi kakak dan abangnya....merasalah biskut german ni, wow semuanya kata sedap sbb ranggup sangat. Diaorang pun tanya bila masa mama buat biskut ni...nape tak tunggu diaorang...hehehehe.... Bila dah merasa tu, takleh berhenti, nak lagi dan lagi dan lagiiiiii...

Terima kasih pada Rima kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Kali ni saya kopipes dari Mat Gebu. Ramai juga kawan2 yg dah mencubanya, antaranya K.Nor, Ika, Ita, Diana dan tak berapa ingatlah....maaf ya. Terima kasih sekali lagi. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
  • 80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)
  • 40 gram gula aising, diayak
  • Secubit garam (resipi asal tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

30 comments:

  1. Salam kak, tu diaaaaa beskut pertama dah siap!!! :D kita pun belum buat lagi german cookies tuk raya ni mmg masuk list lagi resepi nii :D tak sabo nk tunggu beskut akak seterusnyer :D

    ReplyDelete
  2. simple'y...sesuai utk org yg bkrja n ada ank kecik x smpat nk wt kuih.hehek...rsa dia cmna yer...?nk wt lah

    ReplyDelete
  3. dah masuk dlm list dah ni.akak pun nak buat gak german cookies ni..nampak sedap tu yatie..:)

    ReplyDelete
  4. gebu nampak biskut ni..nak try jugak.

    ReplyDelete
  5. wahhhh..... kak yatie dh stat buat kuih raya... pasni sure berderet2 resepi kuih raya kan..

    ReplyDelete
  6. Yatie

    aiii u pun dah buat arr?? kita jer kuih raya ada sket punya malass arr..tapi hajat dihati menggunung nak wat..last2 kita beli jer..but hten tgk ni GC tak leh tahan arr...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..tengok kukis ni mcm best je ni, kalau dh anak2 Yatie kata sedap ni rasa nak try la buat..Akak pejam sebelah mata tengok talam ubi kat bawah tu, sgt2 mengancam rupanya..terliur dah aiii!!

    ReplyDelete
  8. semua cakap best sekut ni kan. compom nak kena buat gak ni

    ReplyDelete
  9. salam kak yatie.. ramai dah buat biskut ni ye.. teringin gak rasa nak buat.. bila ada mood ni nak buat biskut raya..:)

    ReplyDelete
  10. Dah start wat sekut dah..sue ja blum start lagi..heee

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak..
    Saya cadang nak buat. Tengok2 tepung potato takde. Harap2 misi hujung minggu ni menjadi.

    ReplyDelete
  12. salam dek yatie manis...
    wah dah buat cekut raya dah .. kak ilah tak mau buat mod blm ada... putih melepak mcm pipi yatie niii hehehe bodek2 nak minta rasa sebalang boleh tak??hehehe

    ReplyDelete
  13. tengok banyak dah buat biskut nie..kayrul asyik jer kumpul resepi..seru nak buat tak datang2 lagi..hehehhe

    ReplyDelete
  14. kalau singgah sini kak, semua resepi yg ada nak cuba buat hehe.. masa jer belum betul2 ada .. bila baca anak2 akak kata sedap.. tiba2 terliur pulak hihi..

    ReplyDelete
  15. @ijayuji
    wkmsalam, ni kira percubaan pertama biskut raya Ika..saje panas2kan oven dulu...tngklah kalau rajin nnti akan menyusul biskut 2 dan 3 dan 4 dan.....hehehehe...

    ReplyDelete
  16. @ibu syafiq
    mmng simple dan sedap biskut ni..rasanya ala2 biskut butter/suji....tapi mmng best...ranggup dan cair di mulut..walaaaaa..

    ReplyDelete
  17. @anymz
    mmng sedap kak sekut ni..cubalah..

    ReplyDelete
  18. @hani@debumelukut
    cubalah, mmng best biskut ni..lagipun simple jek..

    ReplyDelete
  19. @tun_telani
    alaaaa baru 1 jenis je...saje panas2kan oven...

    ReplyDelete
  20. @Yat Maria
    tulah Yat, Yatie pun tngh malas ni sebenornya..suka buat, tapi nak nunggu bakor tu yg lama..walaweiiii..

    ReplyDelete
  21. @AZLINA
    wkmsalam, cubalah kak..mmng mudah dan sedap biskut german ni...talam ubi tu mmng kegemaran Yatie..maunya 1/2 loyang yatie yg makan sendiri..burukkan...hehehehe..

    ReplyDelete
  22. @izahdaut
    mmng sedap Izah sekut ni...buatlah dngn Bais dan Muaz..sure diaorang suka buat bebola tu..pastu Izah tukang tekan dngn garfu....uwaaaa bekerjasama gitewwww anak beranak..ekekekee..

    ReplyDelete
  23. @Juwita Jamaludin
    wkmsalam, buatlah Ita..mudah dan sedap..

    ReplyDelete
  24. @ibh
    alaaaaa baru 1 jenis je...mood merundumlah....hehehehe..

    ReplyDelete
  25. @Kak Sam
    harap2 begitulah kak sam, biskut ni mmng sedap..yg penting tak bnyk bahan dan mudah..cubalah..

    ReplyDelete
  26. @ilahjy
    wkmsalam K.Ilah Cayanggggg,
    tq kak...cubalah kak..mmng sedap kuih ni..mudah plk tu..

    ReplyDelete
  27. @kayrul-shah
    takpelah pelan..lama2 mood mengookies tu dtnglah..cubalah biskut yg mudah ni..sedap plk tu..

    ReplyDelete
  28. @atie aizam
    akak pun sama, teruja bila singgah blog kawan2..semuanya nak di buat..tapi tak laratlah..hehehehe..buat sekut yg mudah dan sedap jek..

    ReplyDelete
  29. Salam kak Yatie, saya teringin nak buat biskut ni tapi tak de penimbang, boleh tak akak bagi dalam sukatan cawan? terima kasih ye kak..

    shida, putrajaya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails