Wednesday, March 3, 2010

Karipap Sardin

Salam sejahtera dan bertemu kembali. Hari ni lewat sikit n3 sebab sibuk dok mengelim karipap. Bukannya apa, ada yang nak karipap inti sardin... inti kentang berdaging... dan ada juga nak inti keledek. Hari ni saya buat karipap inti sardin je...sbb mengikut undian inti sardin dapat tempat teratas....hahahaha...saja je. Kalau kawan2 di luar sana teringin nak buat karipap...terpulanglah intinya ikut selera masing2 ya. Hari ni saya guna resepi doh karipap dari Hana Kanazawa. Memang sedap dan rangup. Saya cnp ya Hana...maceh...




Bahan-Bahan
* 250g tepung gandum
* 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk letak semua myk panas pon bleh)
* 2 sudu besar minyak masak - panaskan
* garam
* 1/2 cwn air atau lebih sikit (tuang sikit2 sehingga jadi doh)

* INTI
* 1 tin besar sardin
* 3 btng lada merah besar>> di hiris
* 2 biji bwg besar
* 2 ulas bwg putih
* garam dan gula
* air dan sedikit lemon juice

**Inti di atas adalah untuk dua adunan.

Cara-cara
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin dan minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - Sardin di toskan airnya dan hancur2kan.... ketepikan.
  3. Hiris atau cincang bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan lada merah dan kacau rata. Kemudian masukkan sardin yg di hancurkan, gula dan garam sekucup rasa. Masukkan sedikit lemon juice dan gaul sebati. Kalau rasa dah ok, bolehlah di angkat dan sejukkan.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Setelah siap mengelim, goreng dengan api yang sederhana supaya karipap tak berjerawat/ mengerutu/gelembung.

6 comments:

  1. kat umah akak ni, hubby je yg suka karipap sadin, akak suka karipap daging, anak2 suka karipap telur. nasib semuanya boleh dpt kat kedai je, kalau takkk...adusss, penat gak nak melayan.hihi

    ReplyDelete
  2. cantik2 karipap sadin yatie

    ReplyDelete
  3. Ain>> kalau kat msia mmng senang...teringin je boleh beli...kat sini kena buat sendirilah...klau tak, hai tak merasalah...

    ReplyDelete
  4. A kl citizen>> ye ke cantik...thanks ya...kuih biasa je tu..

    ReplyDelete
  5. wahhh...pandainya yatie buat karipap...cantik,kalau kat msia nak makan senang je dapatkannya,itulah yang tak pandai sampai sekarang nak buat karipap...hehe

    ReplyDelete
  6. Ima>> alahai ima mudah je bab kelim2 tu...cubalah sesekali...klau dah tau mesti seronok nak buat lagi...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails