Monday, January 31, 2011

Cucur Nasi Udang Geragau

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Petang tadi saya masak cucur nasi udang geragau. Resepi asal adalah dari cucur nasi ikan bilis. Setiap kali nak buat jemput2, saya mesti guna resepi ni. Saya suka dngn rasanya.. walau dah sejuk, cucur ni tetap lembut. Bila musim hujan ni perut asyik lapar memanjang...anak2 pun asyik order itu dan ini je dngn mama nya, so saya buatlah cucur nasi yg mudah, sedap dan pastinya mmng laku punya. Makan dngn sos cili di tambah lagi dngn teh panas....wow sedap sangat. Jom kita lihat bahan2nya..




Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi sejuk
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 70 gm udang geragau kering (satu bungkus harga RM 1.50)- rendam, cuci dan toskan
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis ( saya belah 2, pastu buang biji dan cincang halus)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali udang geragau yg telah di cuci dan di toskan tadi. Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Bun Kari

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi ni saya makan bun kari. Bila hari hujan ni asyik nak makan yg panas2 je...so saya buatlah bun kari utk sarapan anak2 dan suami. Sambil buat kerja dapur, saya uli tepung, sementara tepung naik kita bolehlah buat kerja lain spt mengemas dan sebagainya. Anak saya mmng suka roti2 yg ada inti, mlm tadi saya buat inti kari lebih, macam2 boleh di buat dngn inti yg sedia ada. Bila nak guna mudah je dah tersedia inti tu. Lepas ni dah ada yg minta buatkan karipap dan pau...layan jelah. Resepi roti ni saya ambil dari Mat Gebu, Mat pula ambil dari Mamafami yg mmng pakar membuat roti tu, dan intinya lebih kurang sama mcm kita buat inti karipap. Memang sedap roti kari ni, terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kopipes kat sini pulak ya.. Resepi Basic Sweet Dough ni kita boleh buat macam2 jenis roti. Terpulang pada kreativiti masing2 ya.




Basic Sweet Dough
Bahan-Bahannya :-)
  • 400 g tepung roti (high-protein flour)
  • 6 gm garam
  • 4 gm bread improver
  • 5 gm gluten (saya ganti dgn bread softerner)
  • 80 gm gula halus
  • 11 gm instant yeast
  • 1 biji telur gred A
  • 190 m air ( = 190 ml)
  • 30 gm mentega
  • 30 mg lemak sayur
Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
  2. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel.
KAEDAH LAIN :-
  1. Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativiti masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
UNTUK BUN KARI :-
  1. Bagi2 kan doh kepada 16 bahagian (atau mengikut kuantiti yang diinginkan), leperkan doh, isi satu camca besar inti, dan cantumkan.
  2. Bulat2kan, susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega.
  3. Buat hingga siap. Sapu sedikit air pada permukaan doh roti.
  4. Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas....
Bahan Inti :-)
  • 2 cawan kentang yang telah didadu,
  • 1 tin tuna dalam tin, toskan- saya guna 200 gm daging hancur
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 cm halia, cincang halus
  • 1 1/2 camca besar serbuk kari ikan
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam (optional)
  • 1 tangaki daun kari
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :-)

UNTUK INTI :-
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari, serbuk lada hitam (jika guna) bersama air. Masak hingga terbit minyak. Masukkan daging hancur dan kentang, gaul rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

Sunday, January 30, 2011

Ikan Cencaru Sumbat Cili

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Sebelum masuk tidur saya nak n3 menu hari ni. Sebenarnya takdelah lauk special, cuma ikan bakar je. Bila hari hujan ni sedap pulak makan ikan bakar, kena pulak ikan tu fresh...ummpphhh mmng sedap betul. Resepi ni mudah je, cuma saya tambah sikit2 mengikut selera sendiri. Saya kopipes dari blog Masam Manis, sape lagi kalau bukan Azlita yg manis tu. Kalau singgah blog Ita, mmng rambang mata di buatnya.....bukan saja menu yg sedap2 malahan foto2 yg di ambil membuatkan sape yg melihatnya terpesona. Mmng kelas gitewww. Ada chance utk masuk majalah tertentu akan datang....sape taukan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sape yg tahu kan. Terima kasih Ita berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, Yatie kongsikan kat sini pulak ya..



Bahan- Bahan
  • 2 ekor ikan cencaru yg besar
  • 50 sen cili merah*-saya guna 4 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*-saya tambah
  • 2 biji buah keras*
  • 1/2 inci halia*
  • sedikit belacan* - dibakar
  • sedikit asam jawa- saya guna 2 biji limau kasturi-perah ambil jusnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menggoreng ikan- saya bakar je..
Cara- Cara
  1. Ikan dibersihkan dan dibuang isi perutnya, tapi jangan dibuang kulit kerasnya. Kemudian basuh dan toskan airnya dan belah atau kelar belakangnya.
  2. Belacan dibakar, setelah itu ditumbuk sehingga lumat dgn cili merah, bawang merah, bwng putih, halia dan buah keras.
  3. Bila telah lumat, perahkan sedikit air asam jawa (saya guna jus limau kasturi) yg agak2 pekat ke dlmnya. Kemudian tambahkan garam secukup rasa dan sedikit gula, sambil digaul hingga rata.
  4. Sumbatkan bahan yg tlh ditumbuk ini kedlm perut ikan dan tmpt yg kita belah belakang tadi.
  5. setelah itu bolehlah digoreng hingga masak dlm minyak yg secukupnya....
**Saya masak 4 ekor ikan, 2 ekor saya bakar dlm 45 minit, bungkus dngn aluminium foil dan 2 ekor lagi saya goreng...mmng terasa kelainan bila di bakar dan di goreng....saya sukakan kedua2nya.

Putri Ayu

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat berhujung minggu, moga anda semua sentiasa ceria bersama keluarga tercinta.Terima kasih yg tak terhingga saya ucapkan pada kawan2 yg sudi mengucapkan tahniah dan mengambil bunga dari saya. Saya gembira dan amat menghargai persahabatan yg terjalin ini. Moga kita semua terus sukses di dlm bidang yg di ceburi. Jadi mlm tadi saya buatlah kuih yg menandakan hati saya sungguh gembira...terimalah kuih putri ayu yg ceria...kih3...

Pagi ni saya makan kuih putri ayu utk sarapan pagi. Sebenarnya saya buat kuih ni malam tadi, dapat banyak jugalah dlm 36 ketul...tu yg boleh makan sampai ke pagi. Resepi ni mmng resepi yg saya selalu guna bila buat kuih ni, ianya mudah sbb guna sukatan cawan. Kuih ni mmng lembut dan sedap sangat. Biasanya saya buat perisa pandan, kali ni saya letak pelbagai warna dan perisa...ini adalah gara2 anak2 saya yg sukakan warna yg ceria. Kuih yg asli pun di suruhnya letak macam2 kaler. Saya tak kisah, asalkan anak2 gembira dan mahu makan kuih yg saya buat. Kalau melihat anak2 gembira, kita sebagai ibu, lagilah berlipat ganda gembiranya begitulah sebaliknya. Oklah jom kita lihat bahan2nya.





Bahan-bahan ( dpt 36 ketul )
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil b. powder
  • 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
  • perisa pandan, atau perisa kegemaran
Inti Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
INTI KELAPA -
  1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
  4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.

Saturday, January 29, 2011

Kini 1000


Sebagai tanda terima kasih, di sini saya berikan sejambak bunga pada kawan2 semua. Sudilah kiranya menerima bunga ini tanda persahabatan dari saya dan blog Sinar Kehidupanku.

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah, hari ni genaplah jumlah follower blog Sinar Kehidupanku mencecah 1000 orang. Gembira dan terharu di buatnya. Blog yg berusia 1 tahun 26 hari ini mempunyai jumlah follower yg membanggakan. Saya tak sangka mempunyai pengikut yg begitu ramai buat masa ni, saya amat2 menghargainya. Kalau tak kerana kawan2 semua, mungkin blog ini tak wujud sehingga hari ini. Mungkin ada juga kawan2 di luar sana yg tak berapa senang dngn kehadiran saya di alam maya ini, maaf andainya itu yg berlaku. Saya hanya manusia biasa tidak terlepas dari membuat salah dan silap. Saya hanya ingin berkongsi kegembiraan bersama kawan2 semua dan berkongsi serba sedikit ilmu masakan yg telah di cuba. Mmng banyak cabaran dan dugaan selama berblogging, anda semualah penguat semangat saya utk terus berada di alam maya ini. Moga persahabatan yg terjalin ini akan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Terima kasih atas sokongan dan dorongan kawan2 semua. Terima kasih juga pada Follower ke 1000 iaitu adik ElLe LyNN yg menggenapkan jumlah follower ke 1000. Tak lupa juga pada adik IqbalHakimi kerana menjadi follower akak yg ke 999....cantik nombor tu kan. Anak bongsu saya suka n0 999 sbb no talipon kat TV katanya, boleh talipon polis, bomba dan kecemasan..macam2 di buatnya.

Friday, January 28, 2011

Roti Burger

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Petang tadi saya buat roti burger...malam ni atau esok pagi bolehlah makan burger. Sebenarnya masa belanja barang dapur tempohari saya terlupa nak beli roti burger, daging burger sampai 4 paket....nak makan mcmana tuuu. So arini merajinkan diri membuat roti burger, kalau buat roti sendiri ni....biasalah anak2 yg tak sabar nak melihat hasilnya. Sebelum ni pun saya pernah buat roti burger, masa tu saya kat oberC, kat perantauan ni mmng susah sikit nak dpt roti yg kita boleh makan tanpa rasa was2...nak selamat kenalah buat sendiri. Bila dah balik Msia ni...semuanya ada, so kdng2 malas nak membuat roti sendiri. Resepi asal adalah dari Ros Jintanmanis dan saya kopipes dari Hana....boleh juga lihat di SINI. Terima kasih pada penyumbang resepi...jom kita tngk bahan2nya.




Bahan-bahan.
  • 250 gram tepung high protein/ tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 besar tepung susu
  • 1 ½ sudu teh yis
  • 1 biji telur (kecil) - (tinggalkan sdkit utk gliss pd roti)
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 100 ml susu segar
  • 60 ml air suam(saya tambah water roux 2 sb dan kurangkan sedikit air>>ikut Hana buat)
Untuk Gliss
  • baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
  2. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
  3. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  4. Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *hana tambah:Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
  5. Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  6. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

Thursday, January 27, 2011

Strawberry Marble Chiffon Cake

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya buat kek chiffon perisa strawberry. Kalau ada perisa mcm ni mmng cepat je laku. Anak2 saya mmng suka buah dan perisa strawberry. Kali ni saya guna strawberry emulco je, alhamdulillah mmng sedap kek ni. Saya guna resepi kek chiffon pandan dan saya marblekan je adunan tu, terpulanglah pada selera masing2 ya...kalau guna perisa lain, jadilah marble lain. Ok jom kita tngk bahan2 yg di perlukan.
Sementara nak taip resepi ni, saya makan kek chiffon yg berbaki 5 potong....hehehe...sedap betullah....



Bahan A
  • 6 biji kuning telur
  • 2/3 cawan minyak masak/ Mazola
  • 2/3 cawan susu cair
  • ½ sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
  • 2 sudu kecil baking powder* diayak
Cara-cara menyediakan Bahan (A):
  1. Pukul kuning telur, garam dan gula sebentar atau sehingga sebati.
  2. Masukkan minyak & susu cair dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama b. powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Bahan C
  • 2 sudu besar strawberry emulco
Cara-cara menyediakan Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga kembang, masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
  2. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  3. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu biarkan plain dan satu lagi di campurkan bahan C (strawberry emulco)
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang secara berselang seli ...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

Roti Pintal Manis

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Dah bersarapan ke belum ya pagi ni? Pagi ni saya makan roti pintal manis dan cicah bersama nescaffe panas. Mmng sedap betul roti buatan sendiri ni...makan tanpa rasa was2. Sebenarnya dngn menggunakan resepi basic doh dari K.Nor ni, kita dapat pelbagaikan bentuk dan rasa roti ni. Semuanya terpulang pada selera masing2 ya. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan lembut ni. Saya uli tepung guna tangan je..alhamdulillah menjadi juga. Pada kawan2 yg takde BM macam saya ni...jangan bimbang dan ragu2....cubalah, pasti menjadi.




BASIC DOUGH
  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
  • 100ml air
  • 100gm water roux*
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30gm butter
  • 30gm shortening
Cara-cara
  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
  9. =Saya buat bentuk lipan/silang2...biarkan naik...bila dah naik, sapukan sedikit telur yg di campur sedikit madu dan sedikit susu cair, pastu taburkan gula pasir di atas roti pintal....
  10. =Bakar selama 20 minit suhu 180C.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air
  1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

Wednesday, January 26, 2011

Rendang Ayam Kampung

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak rendang ayam. Sebenarnya resepi asal menggunakan ayam kampung, tapi saya guna ayam bandar je. Kalau balik kampung nanti, barulah tangkap ayam kampung kat rumah mak. Mak saya mmng banyak bela ayam kampung...kalau adik beradik semua balik kampung,masa tulah mak masak ayam kampung ni. Kalau ayam kampung tu, saya suka yg muda sikit....kalau yg tua, warna dagingnya pun birat sikit bila di masak....tulangnya pun makaiii, keras kejung....kulitnya pun....hehehehe takmo cakap lagilah...apa pun ayam kampung ni lebih sihat jika di bandingkan dngn ayam bandar.

Ok lah di sini saya kongsikan bersama resepi rendang ayam kampung yg sememangnya sedap. Kalau makan dengan nasi impit, lagilah sedap. Biasanya suami saya suka rendang yg berkuah sikit, jadi saya masaklah yg jenis berkuah. Terima kasih pada Mat Gebu.....macam biasalah kalau nak resepi yg best, saya singgah di DTS....kat sana macam2 adaaaaa....



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan
  • Santan kelapa secukupnya
  • Air panas, jika perlu
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 camca besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 camca besar penuh kerisik
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 13 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 15 biji cili padi (optional)
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai, hiris halus
BAHAN TUMIS :-)
  • 4 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
  3. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
  4. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.

Tuesday, January 25, 2011

Serimuka Pisang

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Petang ni kita makan dan cuci mata dengan serimuka pisang. Sebenarnya kuih ni saya buat malam tadi, ingat nak n3 pagi tadi, tapi line tenet slow sangat...so petang ni barulah berkesempatan n3. Apa pun kuih ni boleh lagi di makan menjelang petang. Kalau kuih talam kita nak tahan lama, kita hendaklah masak sebentar adunan tu sebelum di kukus. InsyaAllah kuih talam akak kelihatan cantik dan tahan lama. Kuih serimuka pisang ni ramai yg dah mencubanya, antaranya Kak Jun, Hana, Izah dan Mas. Pagi tadi nampak kat rumah Mas, terliur di buatnya...saya pun makanlah kuih serimuka pisang yg saya buat....mmng sedap dan wangi je bau pisang. Terima kasih pada penyumbang resepi asal iaitu Kak Hasiah MyR...saya kongsikan kat sini pulak ya..



Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
  • 2 sudu tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
  • sedikit pewarna kuning/oren
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
  2. Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas
  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.
  2. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
  3. * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.

Bubur Candil

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak bubur candil sebagai kudapan minum petang. Bubur candil ni mmng bubur kegemaran kami sekeluarga, kalau bulan puasa, bubur inilah menjadi menu wajib utk berbuka puasa. Saya mmng suka sangat bubur candil ni sejak zaman anak dara lagi. Teringat saya masa anak dara dulu...bila hari minggu je, suruh mak buat bubur candil ni. Kalau mak buat...banyaklah jadinya, seperiuk penuh...mmng puas makan ulang2. Sampai nak tidur pun, sempat ulang2 makan lagi....mmng suka sangat bubur candil ni. Biasanya sayalah yg kena mengentel tepung ni bulat kecik2...biasalah masa tu takde seni lagi, ada yg bulat besar dan ada yg bulat kecil....macam2 bentuk dlm periuk masa tu....hah3, klakor betullah bila teringat zaman dulu2.
Bila dah jadi emak orang ni...kenalah buat sendiri pulak, masa tu giliran anak dara saya pula yg membantu ibunya di dapur. Kalau kawan2 nak tahu, bubur inilah menjadi bubur kegemaran anak bongsu saya Hamka....Hamka suka bubur ni sebab warnanya hijau....dia memang suka sangat warna hijau...kalau tngk Hamka makan, seronok betul, siap bunyi lagi bila dia hirup kuahnya....slurrrrrpppp...
Oklah mari kita lihat bahan2 yg di perlukan utk membuat bubur candil yg mudah ni...


Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 1/3 cawan air+ jus pandan=utk uli tpng
  • sedikit pewarna hijau
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
  • 2 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  2. Campurkan air dan jus pandan sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  3. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  4. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  5. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  6. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  7. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Sunday, January 23, 2011

Siakap Bakar Berempah Woku

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Dah makan tengahari ke belum? Tentu ada hidangan istimewa di hari minggu ni....maklumlah, hari minggu nilah biasanya kita berkumpul bersama keluarga tersayang. Hari ni saya masak ikan bakar berempah woku...tak taulah kenapa namanya WOKU...tu kena tanya pencipta resepi yg sedap ni. Resepi ikan bakar ni saya ambil dari Mas dan Mas ambil dari rumah Kak Ummi. Kak Ummi pula ambil dari majalah rasa....mmng berbaloi mencuba resepi ikan bakar ni...sedap sangat hingga menjilat jari. Namanya ikan bakar, tapi rasa mcm ikan kukus...saya mmng suka sebab tak berapa garing. Guna ikan siakap segar mmng sedap...terasa2 kemanisan ikan tu. Terima kasih kepada penyumbang resepi yg sedap ni...izinkan saya C&P resepinya di sini ya.



Bahan -Bahan
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer!
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya - x ltk
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap
  • Daun senduduk secukupnya-tak letak sbb takde
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

Friday, January 21, 2011

Soto Ayam

Assalammualaikum, salam sejahtera dan bertemu kembali....kali ni saya masak soto ayam. Hari ni busy sikit, tapi nak makan punya pasal...saya pun merajinkan diri memasak nasi impit utk dimakan bersama kuah soto. Fulamak mmng sedap sangat,dan yg paling penting anak2 dan suami suka dan berselera betul makan hari ni. Selalu asyik makan nasi putih je, hari ni makan nasi impit pulak....ada kelainan sikit. Lagipun saya senang hati hari ni..dari pagi tadi asyik tersenyum jek....ini adalah gara2 terbaca n3 khas di SINI...mmng betul2 buat saya tersenyum je satu hari. Sesungguhnya saya mmng ikhlas berkawan dngn kawan2 semua samada di alam cyber ataupun di alam nyata. Oklah jom kita lihat bahan2 yg di perlukan utk masak kuah soto ni....rasanya bnyk resepi yg berlainan tetapi sama namanya...tak salah kita mencuba sesuatu resepi yg baru...yg penting mencuba,barulah tahu hasilnya....kan..




BAHAN-BAHANNYA
  • Nasi Impit secukupnya- saya masak sendiri guna rice cooker je...
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
  • 3 s/b rempah sup/ rempah soto
  • 1 ketul sup bunjut adabi
  • 1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 6 cwn air atau secukupnya
Bahan Tumis
  • Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
  • 2 biji bwng merah- di hiris
  • 2 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 btng serai- di titik
  • 2 cm lengkuas- dititik
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1/2 cwn kcng tanah- di goreng
  • 1 paket kecil su'un- di goreng
  • sambal kicap secukupnya
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam dan sedikit gula
CARA-CARANYA
  1. Kisar halus bahan yang bertanda *
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
  4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
  5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
  6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
  8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
Cara Penyediaan
  1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
  2. Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...

Mee Goreng Bonda

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sarapan apa ya pagi ni? Hari ni saya masak mee goreng bonda. Sebenarnya mee ni mcm mee goreng biasa je, cuma mee goreng ni ditambah sedikit kacang tanah goreng yg di tumbuk....mmng sedap. Resepi mee goreng ni adalah dari bonda saya sendiri, kalau makan mee goreng yg bonda masak, fulamak..... sedap sangat rasanya. Walaupun tak letak daging atau udang...masih tetap sedap rasanya. Itulah keistimewaan sentuhan air tangan bondaku. Rasanya kawan2 pun begitu jugakan...bangga dngn air tangan ibu sendiri. Ok lah jom kita lihat bahan2 yg di perlukan...



Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 cwn udang basah
  • 1 cwn daging hancur- guna daging yg dah di rebus pun ok juga
  • 1/2 cwn kacang tanah- di goreng dan tumbuk kasar2
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 biji tomato belah 6
  • taugeh dan sawi secukupnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar udang kering
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
  2. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
  3. Bila cili dah masak, masukkan daging hancur dan gaul sebati, masukkan udang,biar dalam 3 minit & masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Masukkan kacang tanah yg di tumbuk tadi dan gaul rata. Tambah garam dan gula jika perlu.
  4. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
  5. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi.

Thursday, January 20, 2011

Ikan Pedas Bunga Kantan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak ikan pedas bunga kantan. Berselera betul sesekali makan lauk lemak pedas ni, tambah lagi ada ikan masin dan sambal belacan....fulamak sedap betullll. Bau bunga kantan yg harum tu membuatkan lauk ni betul2 istimewa sekali.Pada kawan2 yg suka lauk lemak pedas ni, bolehlah mencubanya...



Bahan-Bahan
  • 5 ekor ikan mata besar/ apa2 jenis ikan kegemaran
  • 1 btg serai- diketuk
  • 2 kuntum bunga kantan- di belah 2
  • 2 biji buah tomato- di belah 4
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air
  • 1 keping asam keping
  • garam dan sedikit gula
  • sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ikan
  • minyak secukupnya
Bahan dikisar
  • 10 biji cili padi merah atau lebih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • sedikit belacan
Cara-Cara
  1. Ikan di bersihkan, cuci dan toskan. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng ikan separuh masak atau embal2....setelah masak, ketepikan dulu.
  3. Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Tumiskan bahan2 kisar dan masukkan serai, tumiskan sehingga naik bau.
  4. Masukkan air, santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Kacau lagi dan masukkan bunga kantan yg telah di belah 2.
  5. Masukkan ikan dan kacau lagi sehingga kuah mesra dngn ikan..... biarkan kuah mendidih.
  6. Masukkan buah tomato yg telah di belah 4...kacau lagi dan perasakan.
  7. Sekiranya dah ok, matikan api dan bolehlah diangkat dan di hidangkan.

Wednesday, January 19, 2011

Chocolate Bottom Banana Square

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Harap anda semua sihat dan ceria selalu di samping keluarga dan tugas seharian. Petang tadi saya buatlah kek coklat pisang....aritu jln2 rumah Hana, terliur dan tak sabar nak buat kek ni, pagi tadi nampak pula di rumah Izah dan Mimiey...makin teruja nak membuat dan merasa kek ni. Alhamdulillah dapat juga saya membuat dan merasa kek coklat pisang ni.. Resepi asal adalah dari Anie@NZ dan saya kopipes dari Hana. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni. Pada kawan2 yg belum cuba tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah ni..



Bahan-bahan
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 cawan serbuk koko - saya guna 1 sb coklat emulco je
  • 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs- tak letak,saya tabur coklat rice je kat atas kek tu...
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond/kacang nibs.
  4. Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square.

Tuesday, January 18, 2011

Crabstick In Pastry Puff

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi ni kita bersarapan dngn crabstick in puff pastry. Kalau buat puff yg ada crabstick ni, mmng cepat laku...ianya mmng kegemaran anak2 saya. Buatnya taklah susah mana...kawan2 juga boleh lihat cara2nya di SINI...Terima kasih Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...akak kopipes kat sini pulak ya..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
  • 10 batang crab stik
  • 1 kuning telur, dipukul sedikit
  • Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
  • Sos pencicah kegemaran anda
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi (seperti dalam gambar).
  2. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan.
  4. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..

Monday, January 17, 2011

Aku Ini Berbintang SAGITARIUS

Assalammualaikum dan bertemu kembali. Sebelum tido ni saya nak wat segmen yg di anjurkan oleh Ben. Manalah tau dapat hadiah besar ke.....hehehe sape yg takmo kan (Guwau jek Ben...hehehehe)....Ok lah kali ni saya join segmen ni, sbbnya taklah susah syarat2nya...ini adalah gara2 saya tertarik dngn tajuk n3 dari Ben iaitu Aku Ini Berbintang SAGITARIUS...lagi pun saya mmng berbintang Sagitarius...sama pulak dngn bintang blogger terkenal ni....seronok gak rasanya..Ben betul ke tidak akak wat ni....ok jelah ya...Pada kawan2 yg berbintang Sagitarius tu bolehlah join segmen ni....cepat ya..


  1. Letak header Ben Ashaari blog -ok, siap...
  2. Tajuk : Aku ini berbintang SAGITARIUS .. dan linkkan ke entri ini..
  3. Tulis tarikh lahir anda .. 3 Disember 1973

Award Dari Azlita, Mas, Dan Mimiey

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Di kesempatan ini saya ingin menggantungkan award yg di beri oleh sahabat2 di alam cyber yg amat saya kasihi. Terima kasih saya ucapkan di atas kesudian Azlita, Mas dan Mimiey memberikan award ni pada saya. Saya pernah mendapat award yg sama sebelum ini, ianya datang dari Cikgu Shaiful...boleh juga lihat di SINI. Terharu dan gembira di buatnya. Blog masak2 saya ni sempoi je..takde yg istimewa dan kreatifnya. mungkin anda semualah yg menilainya sendiri. Saya dngn berbesar hatinya menerima Creative Blogger Award ni...semoga persahabatan yg terjalin ini akan mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita.

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.
FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
Jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Untuk maklum balas penerima AWARD ini, ikhlaskan hati untuk membuat entri/posting berkenaan AWARD ini dengan kreatif dan penuh estatik beserta FOWARD kepada 5 orang yang betul - betul layak menerima AWARD ini. anda juga boleh meletakkan AWARD ini di side bar atau dimana - mana yang bersesuaian. tinggalkan comment untuk ucapan manis anda.

Rasanya ramai lagi rakan2 yg layak menerima award ini, di sini juga saya sertakan nama rakan2 yg mmng kreatif dan rajin berkongsi cerita dan pengalaman masing2, kali ni saya singgah blog yg rajin bercerita pulak ya.......diantaranya ialah...
  1. Lela-Lelord
  2. Jaja'Z
  3. Lydia Miza- Hidup Itu Indah
  4. Atieaizam- Coretan Perjalananku
  5. Sweetsal

Cream Cheese Butter Cake

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hai terasa lama tak bersiaran...rindu rasanya. Ini bukanlah di sengajakan, tapi line tenet yg terlalu slow membuatkan mood berblogging ni kureng sikit. Oklah, kek ni saya buat hari jumaat lepas...ada lagi kat peti ais tuuu...kek ni sedap tapi bila dah letak dlm peti ais tu, biasalah..hampir terlupa nak memakannya.Resepi asal adalah dari Sue Denmark dan saya C&P dari Kak Ummi. Terima kasih kepada penyumbang resepi...saya kongsikan resepinya di sini pula ya..



BAHAN-BAHANNYA: (guna loyang bulat 9 inci)
  • 200 gm butter
  • 200 gm cream cheese
  • 250 gm gula kastor
  • 250 gm tepung gandum
  • 5 biji telur
  • 1 s/t baking powder
CARA-CARANYA:
  1. Pukul butter, cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu hingga adunan ringan, campurkan tepung bersama baking powder kemudian kaub balik tepung kedalam adunan hingga rata dan sebati.
  2. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter.
  3. Tutup adunan untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
  4. Bakar adunan kedalam oven pada suhu 180c hingga masak dan permukaan kek keperangan (kira-kira 50-60 minit) mengikut jenis oven masing-masing.

Saturday, January 15, 2011

Ayam Masak Asam

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Harap anda semua sihat dan sentiasa ceria di petang sabtu ni. Hari ni anak2 cuti sklh, jadi saya masak lambat sikit...biasalah pagi2 dah sarapan mee goreng....mamanya masaklah lewat sikit. Dalam pada kelewatan di dapur, saya pun masak menu yg ringkas tetapi amat menyelerakan. Ini adalah hasil skodeng di dapur teman di S'pore iaitu Ayu yg mmng pakar memasak tu. Kalau singgah rumah Ayu, bnyk menu2 yg menambat selera dan tak sabar ingin mencubanya. Resepi asal dari Mrs-Noor@Myr dan saya kopipes dari Ayu. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni...



Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam-(Saya guna 1 ekor jadi bahan2 rempah digandakan)
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 biji bawang kecil
  • *1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • 10 biji cili api-dibelah 2 tapi tak putus
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • sedikit air -saya tambah
  • Garam dan sedikit gula
Cara-Cara
  1. Ayam dipotong sederhana besar & goreng hingga kekuningan(jangan terlalu garing)(saya gaulkan dengan sedikit garam & kunyit).
  2. Tumbuk bahan bertanda* dan tumis bersama serai hingga kekuningan.
  3. Masukkan cili padi, bawang besar, air asam & ayam(saya tambah air lagi sikit).
  4. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Masak hingga kuah agak pekat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, January 14, 2011

Kek Kukus Sandwich Lapis Jem

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Petang ni kita menjamu mata dengan Kek Kukus Sandwich Lapis Jem. Buat kek ni mudah je dan yg paling penting ianya lembut, moist dan sangat sedap. Anak2 saya suka sangat kek ni....kejap je dah licin, nampaknya lain kali kena buat lagi. Resepi asal adalah dari buku Chef Zubaidah dan saya kopipes dari Lyza(Nely's Kitchen). Kek asal menggunakan coklat emulco utk lorekkan di atas permukaan kek, tapi saya tukar pada strawberry emulco supaya rasanya sama dngn jem strawberry. Harap Lyza tak marah ya...terpulanglah pada selera masing2 ya. Terima kasih pada penyumbang resepi...mmng berbaloi but kek yg mudah dan sedap ni....izinkan akak kongsikan resepinya di sini pula ya.



Bahan-Bahan
  • 3 biji Telor B
  • 1 tsp Ovalet
  • 30 gm Air
  • 100 gm Gula Kastor
  • 100 gm Tepung naik sendiri
  • 20g m Susu Tepung (diayak)
  • 30 gm Minyak masak/minyak jagung
  • 1 tsp Coklat emulco-saya guna strawberry emulco
HIASAN
  • Jem secukupnya (saya gunakan jem strawberry)
Cara-Cara
  1. Panaskan air kukusan.
  2. Pukul Telor, gula dan ovalet sehingga putih dan pekat.(Speed laju).
  3. Masukkan tepung dan Susu tepung kedalam adunan dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan air dan gaul lagi.
  4. Akhir sekali masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati juga.
  5. Ambil 2 sudu adunan dan warnakan dengan Coklat emulco (untuk lorek atas adunan kek).
  6. Tuangkan adunan ke dalam acuan 9" x 9" x 3" segi empat yang telah dialaskan dengan kertas minyak dan paipkan adunan Coklat sepanjang kek dan tarik lorekkan dgn lidi untuk membuat marbel.
  7. Tutupkan acuan dengan aluminum foil.
  8. Kukus selama 20 minit dengan api sederhana sehingga masak.
  9. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Keluarkan kek dari acuan dan sapukan Jem (bahagian yang tak berlorek).
  10. Potongkan 2 bahagian dan tindihkan keatas kek.

Thursday, January 13, 2011

Spiral Sausage Bun

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Hari ni saya bf sosej bun lagi....anak2 mmng suka kalau buat roti mcm ni...bolehlah di bawa utk bekalan sekolah. Saya buat malam tadi...jadi pagi ni senanglah dah ada sarapan, takyah susah2 bersilat kat dapur pagi2. Resepi saya guna dari resepi sosej blossom bun....mmng sedap dan lembut je, cuma kali ni saya tukar bentuknya saja. Terpulang pada citarasa masing2lah ya. Resepinya boleh juga lihat di SINI ya..




Bahan-bahan
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
  • Mayonnaise secukupnya
  • Sos cili/sos tomato, secukupnya
  • Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  3. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar)
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....