Friday, January 28, 2011

Roti Burger

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Petang tadi saya buat roti burger...malam ni atau esok pagi bolehlah makan burger. Sebenarnya masa belanja barang dapur tempohari saya terlupa nak beli roti burger, daging burger sampai 4 paket....nak makan mcmana tuuu. So arini merajinkan diri membuat roti burger, kalau buat roti sendiri ni....biasalah anak2 yg tak sabar nak melihat hasilnya. Sebelum ni pun saya pernah buat roti burger, masa tu saya kat oberC, kat perantauan ni mmng susah sikit nak dpt roti yg kita boleh makan tanpa rasa was2...nak selamat kenalah buat sendiri. Bila dah balik Msia ni...semuanya ada, so kdng2 malas nak membuat roti sendiri. Resepi asal adalah dari Ros Jintanmanis dan saya kopipes dari Hana....boleh juga lihat di SINI. Terima kasih pada penyumbang resepi...jom kita tngk bahan2nya.




Bahan-bahan.
  • 250 gram tepung high protein/ tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 besar tepung susu
  • 1 ½ sudu teh yis
  • 1 biji telur (kecil) - (tinggalkan sdkit utk gliss pd roti)
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 100 ml susu segar
  • 60 ml air suam(saya tambah water roux 2 sb dan kurangkan sedikit air>>ikut Hana buat)
Untuk Gliss
  • baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
  2. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
  3. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  4. Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *hana tambah:Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
  5. Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  6. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

11 comments:

  1. Salam...mesti sedap burger buatan tangan sendiri..rajinnya meroti..kalau dekat boleh la dapat satu biji burger..

    ReplyDelete
  2. assallam yatie,
    buat sendiri lagi puas dan sedap kan?..dah puji2 ni akak nak satu,tapau bawak balik..hehe:)

    ReplyDelete
  3. As salam kak, wah ada roti burger pula...nak kena kejutkan cik bm yg sedang tidolah nk buat roti ni...hehe btw nk tapau juga roti gebus ni seketoi...hehehe

    ReplyDelete
  4. wahhh...sedang tengok kek chiffon keluar pulak roti burger...kalau pandai buat sendiri lebih baik buat dijamin bersih dan halal...hehehe,ima tak pandai nak meroti...meleleh jelah tengok roti kawan2...:)

    ReplyDelete
  5. caya la kak...betul2 cantik roti burger akak ni....macam yang dijual....
    terpesona mas tengok....

    ReplyDelete
  6. slh 1 menu list yg xbuat2 lagi...tengok kak yati buat lawa giler,gebuss lak tuh.. betul la kak mas kate,cam roti yg dijual kt kedai...

    *kak yatie, mie nk tnya. 1 adunan tu bape biji akak dapat??

    ReplyDelete
  7. gebusss muluss jer roti k'yati ni...sedapnyer burger..menggoda iman sungguh..he..he

    ReplyDelete
  8. Salam kak yatie....perghhh dah lah tembam, gebu pulak tu..mcm saya..haha, sedap ni hujan2 pekena sebiji..

    ReplyDelete
  9. nampak kredut2 roti tu menunjukkan lembuttt sesangat kan kak yatie kan

    ReplyDelete
  10. nampak sungguh menarik roti burger sendiri bikin ni:) ..ya btol jika buat sendiri amak anak pun sangat suka:)

    ReplyDelete
  11. aduii..mcm mana la nak kurus..tgk pic makanan pun dah terliur..kalau depan mata..tak tau la hehe

    ReplyDelete