Thursday, January 20, 2011

Ikan Pedas Bunga Kantan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak ikan pedas bunga kantan. Berselera betul sesekali makan lauk lemak pedas ni, tambah lagi ada ikan masin dan sambal belacan....fulamak sedap betullll. Bau bunga kantan yg harum tu membuatkan lauk ni betul2 istimewa sekali.Pada kawan2 yg suka lauk lemak pedas ni, bolehlah mencubanya...



Bahan-Bahan
  • 5 ekor ikan mata besar/ apa2 jenis ikan kegemaran
  • 1 btg serai- diketuk
  • 2 kuntum bunga kantan- di belah 2
  • 2 biji buah tomato- di belah 4
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air
  • 1 keping asam keping
  • garam dan sedikit gula
  • sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ikan
  • minyak secukupnya
Bahan dikisar
  • 10 biji cili padi merah atau lebih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • sedikit belacan
Cara-Cara
  1. Ikan di bersihkan, cuci dan toskan. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng ikan separuh masak atau embal2....setelah masak, ketepikan dulu.
  3. Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Tumiskan bahan2 kisar dan masukkan serai, tumiskan sehingga naik bau.
  4. Masukkan air, santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Kacau lagi dan masukkan bunga kantan yg telah di belah 2.
  5. Masukkan ikan dan kacau lagi sehingga kuah mesra dngn ikan..... biarkan kuah mendidih.
  6. Masukkan buah tomato yg telah di belah 4...kacau lagi dan perasakan.
  7. Sekiranya dah ok, matikan api dan bolehlah diangkat dan di hidangkan.

16 comments:

  1. salam kak

    eerrmm lazatnya..ada bunga kantan lagi. kalau ikan duri....lagi sedap tu.

    ReplyDelete
  2. tk pernah mkn lg lauk ni tp tengok gambar pun dah terliur dah...nanti nak cuba lah

    ReplyDelete
  3. salam kak yati,
    mcm dpt rase je ikan akak tu..pekat dan likat..yummmy

    ReplyDelete
  4. Yatie..bunga kantan dah mahal kat pasar sini..klu belakang umah mak tu sampai tak terbuat gulai pulak..Dulu ada bawa blk pokok bunga kantan jiran pesan..ku tengok pokok tu tak naik2 mcm tak cukup vitamin..hehehe

    ReplyDelete
  5. salam yatie
    kak ilah tak pernah masak mcm ni masuk belacan..selalu sambal biasa jer masuk belacan umpama sambal ikan bilis/ sambal ikan.mesti ada kelainan santan campur belacan.. nanti kak ilah nak try laa..sellu nmpak dlm dapo che mat pun masuk belacan setiap masakan dia..
    dapat pula bunga kantan..ratah mcm tu jer..
    dah balik malysia semua ada kan..

    ReplyDelete
  6. Salam tuan umah,
    Ikan mata besar tu ikan lolong ke? Atau ikan apa?

    ReplyDelete
  7. Salam Yatie....

    Sedappppnya.....ni belum makan malam....bila tgk menu Yatie ni terus rasa lapar.....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...
    K yatie boleh mai hantar ke penang sikit tak. Kami la ni tak buleh beli santan le.

    ReplyDelete
  9. Salam Yatie akk suka lauk ikan gini..selalunya akk buat guna ikan keli je...emm sedapnya lama dah tak buat ni

    ReplyDelete
  10. Salam....

    amboi...seedapnya....teliuq ahh nengok ikan tu...cilok resepi nie he..he..he.. boleh kan??? tq.

    ReplyDelete
  11. sedappnya kak...klu ngan tukar ayam pun boleh kan...he..he...

    ReplyDelete
  12. ngeee sgt suka page ni ! sbb ada bnyk mknan sedap2 hehehe

    ReplyDelete
  13. kak yatie..saya dtg malam2 ke dapor kak yatie ni..1st time saya dengar masakan ni kak yatie..hmmm bunga kantan ngan masak lemak..fuhh harum betoi ni..ikan mata besar tu ikan apa akak?mmnanti ku cuba la lauk ni..

    ReplyDelete
  14. salam yatie,
    wah ini mesti nak cuba ni..kita memang suka lauk pedas2..macam ni..

    ReplyDelete
  15. Salam kak Yatie..
    Ishhhhh.. Lauk2 guna cili padi ni kegemaran Naz ni..

    ReplyDelete
  16. assalam kak, sedapnya...terliur saya mlm2 ni dgn bau harum bunga kantan pulak tu...kat sini x ada jual ..bw dr M'sia jer pastu frozenkan guna lak jimat2..hehehe

    ReplyDelete