Tuesday, January 18, 2011

Crabstick In Pastry Puff

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi ni kita bersarapan dngn crabstick in puff pastry. Kalau buat puff yg ada crabstick ni, mmng cepat laku...ianya mmng kegemaran anak2 saya. Buatnya taklah susah mana...kawan2 juga boleh lihat cara2nya di SINI...Terima kasih Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...akak kopipes kat sini pulak ya..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
  • 10 batang crab stik
  • 1 kuning telur, dipukul sedikit
  • Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
  • Sos pencicah kegemaran anda
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi (seperti dalam gambar).
  2. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan.
  4. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..

14 comments:

  1. sedapnyer kak...nk cubalah sekarang... hari ni takde plan nk buat kuih apa2 lagi... TQ akak

    ReplyDelete
  2. wah suka puff nih ...pasti anak2 suka

    ReplyDelete
  3. lama dah tak buat puff, kena cari kulit pufff...sedappnya tengok puff akak ni...

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie...ehem ehem, ada lagi ke, lom sarapan nihh...

    ReplyDelete
  5. wah..senang brekfes mcm ni.masalahnya anak2 saya tak gemor lagi mkn puf puff ni.hehe

    ReplyDelete
  6. Salam Yatie...

    Kak Lin tak pernah buat puff sesekali teringin nak mencuba tentu sedap ni...teng0k pun dah terliur...

    ReplyDelete
  7. salam yatie...kesukaan fameli mama ni.. tpi skrg ni mlas nak msuk dapur..mkn nasi bungkus jaa..

    ReplyDelete
  8. akak nk cubalah buat..
    pastry puff ada..
    alamak..crab stick lak tak de..

    dah lama ngidam nak buat pastri...

    ReplyDelete
  9. alamak..saya tak suka ketam la pulak..huhuhu

    Jom try PASTA! :)

    ReplyDelete
  10. salam yatie,
    kita minta izin ambik recipe moist orange brownies tu ya..thanks for sharing..sementara tu, tapaukan kita 2 ketul crabstick puff ni boleh?..hehe

    ReplyDelete
  11. salam kak, sedapnya...nk tumpang sarapan jugalah kat sini...hehe

    ReplyDelete
  12. salam yatie..mokwo ubah suai apam kentang tuh jadi apam labu yek!! tapi buh ape2 pun apam nih memang sedap!! bak puff 5 ketui..kita minat nih!

    ReplyDelete
  13. Salam kak yatie
    sedapnya..belum rasa tgk gmbr aje dah mula terliur...:)

    ReplyDelete