Thursday, January 13, 2011

Spiral Sausage Bun

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Hari ni saya bf sosej bun lagi....anak2 mmng suka kalau buat roti mcm ni...bolehlah di bawa utk bekalan sekolah. Saya buat malam tadi...jadi pagi ni senanglah dah ada sarapan, takyah susah2 bersilat kat dapur pagi2. Resepi saya guna dari resepi sosej blossom bun....mmng sedap dan lembut je, cuma kali ni saya tukar bentuknya saja. Terpulang pada citarasa masing2lah ya. Resepinya boleh juga lihat di SINI ya..




Bahan-bahan
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
  • Mayonnaise secukupnya
  • Sos cili/sos tomato, secukupnya
  • Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  3. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar)
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

17 comments:

  1. dah lama teringin nak buat roti tp takut tak jadilah kak...

    ReplyDelete
  2. akak...dah jangkit virus roti balik...sukanya...best dan sedap kan kak roti ni...mas pun suka..nak ambik seketol bolehhh..

    ReplyDelete
  3. wow cantikk! yg bunga2 tuh lom terai lagik.. biasa wat yg pjg2 tuh hah..hubby kite suker beno roti neh...

    ReplyDelete
  4. wah kak yati.. sedap suker roti sosej ni.. ader lagi.. kena join makan ha ha ah ah

    ReplyDelete
  5. salam..waah...sedapnya roti...teringin nk wat la..sedapnya...tetiba lapar kembali huhu

    ReplyDelete
  6. Salam Yatie...
    Terliurrrr Tgk Spiral Sausage Bun Tu...Mcm Senang Jer Nak Buat....Mesti Anak2 Suka Ni... Kalau Kak Lin Yg Buat Tak Tahu Jadi Apa...Ahaks

    ReplyDelete
  7. mak ai jeles ny akak nengok bun tu, cantik betul hasil kerja tangan yatie

    ReplyDelete
  8. salam kak yatie, saya pun meroti juga...nanti kita tukar yer..btw cantik roti akak tu..:)

    ReplyDelete
  9. salam yatie...
    samalah ngan anak2 saya suka sangat kalau wt roti ni.. tp ibunya ni tah kenapa belum kena angin meroti lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum tuan khemah hehehe....akak dtg bawak tupperware kosong ni...

    ReplyDelete
  11. Salam Yatie, emmm mmg sedap roti sosej ni, lebih sedap buat sendiri kan! Aritu ada buat style yg memanjang, anak2 serbu langsung x smpt snap pic nya..lps ni nak ikut style membulat tu pulak...

    ReplyDelete
  12. Salam yatie, waduh...menggoda tekak roti tu...mintak sikit dah lama akak tak meroti...
    akak mintak izin copy resepi kuih lapis... jeles tgok yatie punya kuih2 semua cantik2.. boleh buat kelas masakkan ni hehe... terima kasih resepinya..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikumm
    Salam perkenalan. Selalu jumpa yatie kat dapur hana dan k nor. Singgah kat sini, mak ai tak kurang hebatnya. Kira yatie pun dah masuk dalam senarai tenaga pengajar saya kat tadika masak memasak. Tak kisah kan?

    ReplyDelete
  14. Watie,
    Cuba je, mesti jadi punya...sedap tau roti mcm ni....

    Mas,
    Mmng suka dan sedap bila buat sendiri...tapi tulah, kdng2 takde masa...busy sejak anak2 start sekolah ni...nah akak bagi 2 ketoi..hehehhe..

    Hana,
    Kalau Hana yg buat lagi CUN punyer..mmng sedap roti ni...kalau akak buat roti mcm ni...mmng laku punya kat umah ni...

    ReplyDelete
  15. Halamanku/Erma,
    Jomlah mkn sama2...mmng sedap roti mcm ni..

    Efa,
    TQ sudi singgah sini...mmng sedap roti sosej ni...cubalah mmng berbaloi..

    Lin Rosly,
    wkmsalam, mmng sedap roti sosej ni...akak cubalah buat, pasti menjadi dan tentunya menjadi kegemaran anak2...

    K.Aidah,
    TQ kak...cubalah kak, mudah je buat roti sosej ni...ikut step by step..mesti jadi punya..

    ReplyDelete
  16. Nieza,
    wkmsalam, ow sama meroti gak ya...jom kita tukar2...apa pun mmng best kan buat roti sendiri...suami dan anak2 lagi teruja nak menikmati kesedapan roti buatan kita sendiri..alhamdulillah..

    K.Madihah,
    wkmsalam, yatie pun kdng2 mcm tu gak...ada angin2 tertentu...kalau time rajin, semuanya nak di buat..kalau angin M....,tak berasaplah dapur..

    NoorMasri,
    wkmsalam, sila2..nanti Yatie isi bekal kosong tu ya...harap sudilah merasa rotiku ini..kih3..

    ReplyDelete
  17. Azlina,
    wkmsalam, mmng menjadi kegemaran anak2 roti sosej ni..yg bentuk bunga tu mmng cepat laku...anak2 tak sabar nak makan masa ni...hehehe...

    KakSu,
    Wkmsalam, mmng sedap roti ni...bila free tu, akak bolehlah buat...TQ kak sudi mencuba kuih lapis tu....Yatie mmng minat dan suka buat kuih kukus2 tu..suka makan gak...ekekke..

    Kak Sam,
    wkmsalam, TQ sudi singgah sini...salam perkenalan juga dari Yatie...tak kisahlah, ilmu mmng utk di kongsikan bersama..

    ReplyDelete