Wednesday, June 30, 2010
My Son's Birthday
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Sebenarnya hari ini adalah hari ulangtahun yg ke 18 thn anak sulung saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata. Sudah 3 tahun kami tidak meraikan hari ulangtahunnya. Ini adalah kerana kami sekeluarga berada di USA, sementara anak saya berada di Malaysia. Memang berat dengan perpisahan ini...tapi kerana tanggungjawab kami sekeluarga terpaksa berpisah buat sementara waktu.
Pada thn 2007 kami sekeluarga pergi ke US kerana tugas...anak saya akan menghadapi peperiksaan PMR pada masa itu. Berkat perbincangan kami bersama dan atas nasihat guru2 anak saya meneruskan peperiksaan. Alhamdulillah berkat kesabaran,pengorbanan dan ketekunan...anak saya berjaya mendapat 8A di dlm PMR. Hati saya sebagai ibu yg melahirkan amatlah gembira sangat dan berasa amat bersyukur pada masa itu.
Pada thn 2009 pula anak saya sekali lagi menghadapi peperiksaan yg amat penting iaitu SPM. Saya selalu berdoa pada yg Maha Esa supaya anak saya berjaya dengan cemerlang. Memang berat menghadapi peperiksaan di mana ayah dan ibu berada di perantauan. Alhamdulillah sekali lagi anak saya berjaya dngn mendapat keputusan yg cemerlang iaitu 10A dlm SPM tempohari.
Sebenarnya bukanlah niat saya nak menunjuk2 atau berbangga dngn kejayaan ini....tetapi saya hanya ingin berkongsi kegembiraan yg saya kecapi berkat pengorbanan ini.
Perpisahan selama 3 tahun ini berbaloi rasanya, dan saya sentiasa berdoa moga kami sentiasa beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Terima kasih padamu Ya Allah.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun yg ke 18 thn pada anak saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata...moga di panjangkan usia, di beri kesihatan yg baik, di berikan rezeki yg berkat, menjadi anak yg soleh, berbakti pada ibu bapa,negara dan bangsa...dan semoga berjaya di dunia dan akhirat...Aminn.
Di sini juga ada saya sertakan gambar kek yg saya buat sempena hari ulangtahun anak saya. Biarlah anak saya sentiasa ingat bahawa mama,ayah serta keluarga di sini sentiasa ingat dan sayangkannya,walaupun pada saat ini anak saya tidak dapat merasai hasil masakan mamanya. Sesungguhnya kami amat merinduimu anakku. Sentiasalah ingat pesanan mama supaya taat perintah Allah dan pandai2 menjaga diri. Terima kasih pada anakku (M.Talhah..) kerana membahagiakan kami...perjalananmu masih jauh. Semoga anakku terus berusaha dan tidak jemu utk mencari ilmu dunia dan akhirat.
Tuesday, June 29, 2010
Nasi Minyak
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah nasi minyak yg saya masak dan di makan bersama ayam beriani tadi. Biasanya saya makan nasi putih saja...sesekali makan nasi minyak sedap pulak....alhamdulillah semuanya suka. Saya selaku yg tukang masak lagilah suka bila anak2 dan suami suka dngn masakan kita. Terima kasih sekali lagi pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Izinkan saya C&P resepinya di sini ya.
Bahan A
Bahan A
- 1 kg beras bathmati
- 3 sudu besar minyak sapi
- 1 liter air
- 1/2 cawan susu cair ] bancuh
- 50 gm daun ketumbar ] potong pendek
- 50 gm daun pudina ]
- 1 cawan kismis kuning
- 1 sudu besar perwarna kuning dibancuh dgn 1/2 cawan air
- 1/2 cawan air ]
- 3 ulas bawang merah ] hiriskan
- 3 cm halia ]
- 5 cm kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 kuntum buah pelaga
- garam secukupnya
- Beras dibasuh dan rendamkan selama 30 minit. Tapiskan.
- Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan B dalam periuk dan tambahkan air, masak sehingga mendidih.
- Masukkan beras, kismis, daun ketumbar dan daun pudina.
- Biarkan nasi masak seperti biasa.
- Bila telah masak siramkan bancuhan susu cair.
- Curahkan bancuhan pewarna kuning keatas nasi pada 3 tompok yang berasingan.
- Masakkan lagi sehingga nampak nasi cantik.
- Gemburkan nasi perlahan dan hidangkan.
Ayam Beriani
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Dah makan ke belum? Hari ni saya masak ayam beriani resepi dari chef terkenal iaitu Kak Hanieliza. Sedap sungguh resepi kali ni...saya makan bersama nasi minyak Kak Liza juga...tak dapat rasa masakan K.Liza, dapat cuba resepi darinya pun sudah memadai. Alhamdulillah kami sekeluarga suka dngn menu hari ni. Izinkan saya C&P resepinya di sini ya akak. Terima kasih banyak2.
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 1 ekor ayam [potong kecil]
- 4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
- 1 s/b serbuk lada (saya tambah...nak pedas sikit)
- 1 cawan plain yogurt
- 3 s/b tomato puree
- 2 biji tomato buah [belah 4]
- 3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
- 3 biji cili merah
- 2 biji cili hijau
- 2 labu bawang besar [belah 4]
- 1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
- garam
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 cm halia
- 2 cm kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 1 tangkai daun kari
- minyak
- Ayam dibuangkan kulit dan basuh. Toskan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
- Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
- Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
- Masukkan ayam dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
- Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
- Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.
Monday, June 28, 2010
Gulai Pedas Udang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Inilah lauk tengahari kami sekeluarga iaitu gulai pedas udang. Resepi ni saya ambil dari CMG yg menggunakan udang galah. Saya cuma menggunakan udang sederhana besar saja...tapi dah cukup sedap sangat. Terima kasih kepada CMG kerana berkongsi resepi yg sedap ini. Rasa memang suatu kelainan bila gulai ni di tambah dengan timun...mmng sedap.
BAHAN-BAHANNYA :-
BAHAN-BAHANNYA :-
- 10 ekor udang galah (saya guna udang sederhana je,dlm 500gm...)
- 2 biji timun
- 2 helai daun kunyit, disiat2
- 2 batang serai, dititik
- 1 keping asam gelugor
- 800 ml santan cair
- 300 ml pati santan
- Garam dan gula secukup rasa
- 20 - 30 biji cili padi hijau*
- 1 inci kunyit hidup*
- 7 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)
- Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecil, kerat muncung nya yang tajam dan juga sedikit kulit kepalanya. Perlahan2, menggunakan hujung pisau tarik keluar kotoran dari kepalanya. Buat hingga siap, cuci bersih dan toskan. Timun dikupas kulit, kerat 2 setiap biji, belah 4 setiap keratan. Ketepikan.
- Dalam periuk, satukan udang, serai titik, bahan tumbuk halus dan sedikit santan cair. Kacau rata dan masak atas api sederhana hingga udang kecut (jadi warna kemerahan). Tuang lebihan santan cair, kacau dan biar mendidih.
- Tambah asam gelugor dan timun. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan secubut gula. Masukkan daun kunyit dan biar mendidih perlahan 2 - 3 minit sambil dikacau selalu.
- Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman. Kalau rasa tak nak guna cili padi, takut pedas, boleh ganti dengan cili merah dalam 3-4 biji...
Kuih Lapis Kacang Hijau
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Sebenarnya hari ni saya masak bubur kacang hijau, jadi alang2 dah rebus kacang hijau tu...saya ambil sedikit untuk buat kuih lapis kacang hijau ni. Resepi asal adalah dari Kak Liza. Terima kasih akak resepi yg sedap ni. Kalau kawan2 nak rasa kuih ni bolehlah mencubanya.
Bahan A
Bahan A
- 2 cawan santan sederhana pekat
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 2 s/b tepung beras
- 2 s/b tepung jagung
- Sedikit garam
- 1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
- 1/2 cawan air
- pewarna hijau
- 1/2 cawan air
- Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
- Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
- Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
- Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 5 inci.
- Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
- Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
- Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
- Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.
Award Dari Ana Dan Fiza
Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya nak letak award dan tag dari Ana(Matahari) dan Fiza. Terima kasih kerana sudi memberi award happy ni...di sini juga ada di sertakan sekali tag, jadi saya cuba jawab sebaik dan seiklas hati.
1. Adakah anda rasa HAPPY sekarang?
Alhamdulillah happy..
2. Kenapa anda rasa HAPPY?
Bersyukur dngn apa yg di miliki...
3. Apakah yang boleh membuatkan anda HAPPY?
Di beri kesihatan yg baik dan mempunyai keluarga bahagia.
4. Nyatakan warna yang anda suka
Semua warna...setiap warna ada keistimewaan tersendiri.
5. Beritahu 9 org yang anda mahu TAG
Rasanya ramai yg gembira di saat ini, jadi sesiapa yg sudi bolehlah mengambil award Happy ni....di saat kita gembira, janganlah kita lupa pada yg tidak bernasib baik...jadilah insan yg sentiasa bersyukur dngn nikmat yg Allah kurniakan.
1. Adakah anda rasa HAPPY sekarang?
Alhamdulillah happy..
2. Kenapa anda rasa HAPPY?
Bersyukur dngn apa yg di miliki...
3. Apakah yang boleh membuatkan anda HAPPY?
Di beri kesihatan yg baik dan mempunyai keluarga bahagia.
4. Nyatakan warna yang anda suka
Semua warna...setiap warna ada keistimewaan tersendiri.
5. Beritahu 9 org yang anda mahu TAG
Rasanya ramai yg gembira di saat ini, jadi sesiapa yg sudi bolehlah mengambil award Happy ni....di saat kita gembira, janganlah kita lupa pada yg tidak bernasib baik...jadilah insan yg sentiasa bersyukur dngn nikmat yg Allah kurniakan.
Saturday, June 26, 2010
Ayam Perap Masak Merah Madu
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya masak lauk ayam lagi. Resepi kali ni saya dapat dari rumah Kak Ummi. Semasa tinjau rumah K.Ummi tempohari, kebetulan saya memang sedang elok nak masak lauk utk tengahari. Melihat pada bahan2 semuanya ada, jadi saya pun terus sediakan bahan2 dan perap selama 2 jam. Alhamdulillah setelah siap masak, ternyata memang sedap masakan ini. Terima kasih pada K.Ummi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini. Saya C&P resepinya di sini ya. Lauk ni saya makan bersama nasi putih hangat dan sayur2an saja.
Bahan:-
Bahan:-
- 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
- 2 sb. rempah kari ayam
- 1 sb. serbuk kunyit
- 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 inci halia (ditumbuk)
- 2 labu bawang besar (dikisar)
- 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
- 5 sb. madu
- 1 sudu besar gula merah
- 2 sb. puri tomato (akak letak 4 sb.)
- garam secukup rasa
- 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat
- Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (akak lebih 4 jam..hehee)
- Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
- Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
- Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
- Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
- Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
- Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
- Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.
Gula Oh Gula
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya nak berkongsi sedikit info tentang gula. Sumber ni saya C&P dari blog Lovely Kitchen. Terima kasih E-na. Ada pelbagai jenis gula, tapi tahukah kita setiap gula mempunyai fungsi yg berbeza dan tersendiri. Jom baca....
JENIS-JENIS GULA DAN FUNGSINYA
Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan.
1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.
2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
7. Sirap emas (golden syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.
8. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.
Source : Hajah Noraini bt. Haji Zakaria
JENIS-JENIS GULA DAN FUNGSINYA
Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan.
1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.
2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
7. Sirap emas (golden syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.
8. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.
Source : Hajah Noraini bt. Haji Zakaria
Friday, June 25, 2010
Kuih Serimuka
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya nak masukkan resepi kuih serimuka yg saya buat malam tadi. Saya memang peminat setia kuih serimuka, jadi saya cuba pula kali ni resepi dari Kak Liza. Alhamdulillah kuih ni memang menjadi dan semestinya sedap. Terima kasih ya akak, minta izin C&P resepinya di sini pula.
Lapisan Bawah:
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.
Lapisan Bawah:
- 2 cawan pulut
- 2 1/2 cawan santan cair ( saya guna 1 1/2 cwn je..)
- sedikit garam
- Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
- Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
- Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
- Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
- Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan jus pandan + warna hijau
- 3/4 cawan gula
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung kastad
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
- Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
- Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.
Thursday, June 24, 2010
Pizza Gebu
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua baik2 saja hari ini. Dah makan ke belum....rasanya ramai kawan2 dah masak untuk makan tengahari ni. Kemungkinan juga ramai kawan2 yg berpuasa sempena bulan rejab yg mulia ini...alhamdulillah. Hari ni saya buat pizza. Sebenarnya banyak resepi dan cara membuat doh di blog kawan2 yg lain. Di sini sekali lagi saya buat pizza menggunakan resepi Mat Gebu. Ramai kawan2 yg sudah mencubanya, dan ternyata memang gebu dan sedap. Bahan topping tu terpulang pada kita utk letak apa2 bahan. Kali ni saya guna daging cincang dan taburan yg lain. Minta izin saya C&P resepinya di sini ya CMG...terima kasih banyak2.
Pizza yang sudah masak
Pizza yang telah ditabur cheese
Pizza yang belum dimasak.
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :
UNTUK PIZZA GEBU :-
Pizza yang sudah masak
Pizza yang telah ditabur cheese
Pizza yang belum dimasak.
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :
- 300 g tepung gandum (tpng roti pun boleh)
- 6 g instat yeast
- 20 g mentega
- 10 g gula halus
- 1 camca teh bread improver (optional)
- 1/4 camca teh garam
- 1 1/2 camca besar madu
- 170 ml air
- Sedikit tepung untuk ditabur
- 1 cwn daging cincang ( saya masak sebentar+ sedikit garam)
- 5 btng crab stick (ptng serong)
- 4 hirisan gegelang red capsicum
- 4 hirisn gegelang yellow capsicum
- 4 hirisan gegelang green capsicum
- 1/2 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
- 10 biji buah zaitun hitam
- 1 cawan sos pizza/ sos prego/ sos spaghetti
- 175 g keju mozzarella atau secukupnya (di parut)
- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
- Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.
- Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
UNTUK PIZZA GEBU :-
- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.
- Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
- Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella.
- . Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran.
- Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
Wednesday, June 23, 2010
Apple And Pecan Muffin
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga anda semua ceria2 selalu. Inilah muffin yg saya buat utk minum petang. Muffin ni sedap dan rasanya seakan2 apple cake. Resepi asal adalah dari Che Mat Gebu. Izinkan saya C&P resepinya di sini ya CMG....terima kasih banyak2. Kalau kawan2 nak tahu rasanya....kenalah cuba sendiri ya.
Pecan tu sebagai hiasan ya...jngn masukkan seketol2...adunan berat nanti.
BAHAN - BAHANNYA :-)
Pecan tu sebagai hiasan ya...jngn masukkan seketol2...adunan berat nanti.
BAHAN - BAHANNYA :-)
- 180 g mentega
- 100 g gula perang (brown sugar)
- 40 g gula halus
- 2 biji telur saiz A
- 80 ml susu segar
- 200 g tepung gandum*
- 2 camca teh baking powder*
- 1/4 camca teh serbuk kayu manis (optional)*(*digaul rata dan ayak)
- 1 biji epal hijau, kupas kulit dan parut kasar
- 10 - 15 biji kacang pecan, cincang kasar
- 1 camca teh esen vanilla
- Panaskan oven pada suhu 180C, alas bekas muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Putar mentega, gula perang dan gula halus hingga rata. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
- Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis, gaul rata. Masukkan esen vanilla, epal dan cincangan kacang pecan, gaul rata menggunakan spatula.
- Sudukan ke dalam bekas muffin tadi 3/4 penuh, buat hingga siap dan bakar 20 - 25 minit hingga kuning keemasan mengikut keadaan oven masing.
- Sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Kuantiti mengikut saiz muffin cup masing.....
Kupang Goreng Kunyit
Salam dan bertemu kembali. Lauk kupang ni saya masak tengahari tadi juga. Kupang ni biasanya saya suka masak kering2 tetapi hari ni saya masak berkuah sikit sebab tukar2 selera. Lagipun anak2 memang suka yg berkuah sedikit dan sesuai sekali bila di tambah kentang. Bagi yg sukakan kupang, bolehlah cuba resepi yg sememangnya mudah dan sedap ni. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.
Bahan-Bahan.
Bahan-Bahan.
- 600 gm kupang yg dah di kopek
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam(utk gaul bersama kupang)
- 2 biji kentang (kupas kulitnya dan potong serong)
- 1 biji bawang besar, dihiris
- 2 biji bawang putih, dihiris halus
- 1 inci halia, di hiris halus
- 5 btng lada hijau, dihiris serong
- garam dan gula secukup rasa
- Bersihkan kupang, cuci dan toskan. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit, perap sekurang2nya 20 minit.
- Panaskan minyak di kuali. Goreng kentang yg di potong serong tadi.....gaulkan dan biarkan sedikit empuk.
- Setelah empuk, masukkan kupang yg di perap tadi dan gaul sebati....tutup kuali sebentar.
- Masukkan hirisan bawang besar, bwng putih, hirisan halia dan hirisan lada hijau . Gaul hingga sebati dan tutup kuali sebentar.Perasakan garam dan gula.
- Setelah siap angkat dan hidangkan. Sedap di makan bersama nasi putih hangat.
Tuesday, June 22, 2010
Daging Hitam Berempah Madu
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Hari ni saya nak letak resepi lauk yg saya masak tengahari tadi iaitu daging hitam berempah madu. Lauk ni sesuai sangat di makan bersama nasi putih hangat. Terima kasih kepada Kak Ummi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Kalau dekat maunya nak bagi akak rasa hasil masakkan Yatie ni...sedap sangat kak lauk ni. Sepeti biasa izinkan Yatie C&P resepinya di sini ya....biar senang anak2 atau kawan2 yg teringin nak masak lauk seperti ini.
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 500 gm daging batang pinang - dihiris nipis
- 2 batang serai - diketuk
- 1 inci halia - diketuk
- air secukupnya
- 2 sb. rempah kari daging
- 1 sb. rempah kurma
- 1 st. serbuk ketumbar
- 4 sb. kicap pekat manis
- 1 sb. serbuk cili kering (yg kasar2)
- 1 sb. sos Honey BBQ Blackpepper (gambar di bawah/brand lain pn boleh)
- 1 st. cuka
- 3 sb. madu
- 1 st. gula (optional)
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 cm halia
- Daging direbus dengan air secukupnya dan masukkan serai dan halia yang diketuk. Rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan api sederhana.
- Masukkan serbuk kari daging, serbuk kurma, serbuk cili kering, serbuk ketumbar dan serai yang direbus bersama daging tadi. Kacau sebentar.
- Masukkan daging dan kacau balik rata-rata.
- Tambah kicap pekat manis, cuka, sos honey BBQ, madu dan garam secukup rasa.
- Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masak hingga rempah meresap dan naik berminyak.
- Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!
Monday, June 21, 2010
Kuih Lapis Pelangi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 semua. Rasanya semua dah bersarapan pagi ni. Kuih lapis ni saya buat utk minum petang. Biasalah kalau dah siap masak, anak2 mesti bertanya.... Mama nak buat kuih apa hari ni. Anak bongsu saya suka sangat kuih lapis, sama dngn mamanya yg sukakan kuih jenis berkukus. Ini adalah antara kuih lapis yg selalu saya buat dan rasanya lembut dan sedap. Buat kuih lapis ni kenalah bersabar, sekiranya kuih yg kita buat tu tak menjadi, janganlah kita salahkan pd tuan punya resepi. Kita mestilah kaji di mana silapnya kita...mungkin kita kukus sekejap sangat atau sukatan tak berapa betul.
Pastikan setiap lapisan yg kita kukus tu membeku, kadang2 lapisan yg pertengahan kena lebihkan masa sikit sbb lapisan dah tebal....masa ini kita kena pandai mengagak ikut kesesuaian. Sekiranya adunan tak membeku betul, adunan akan bercampur dngn adunan warna lain.Inilah saja cara saya utk pastikan kuih lapis ni menjadi dan cantik. Di sini saya sekadar berkongsi sedikit petua utk pastikan kuih lapis ni menjadi. Kalau yg rajin tu bolehlah guna 7 warna pada setiap adunan sebab namanya kuih lapis pelangi. Saya guna loyang 10 inci utk resepi ini. Kawan2 bolehlah buat separuh adunan sekiranya terasa kuih ni terlalu banyak.
Bahan-bahan
Pastikan setiap lapisan yg kita kukus tu membeku, kadang2 lapisan yg pertengahan kena lebihkan masa sikit sbb lapisan dah tebal....masa ini kita kena pandai mengagak ikut kesesuaian. Sekiranya adunan tak membeku betul, adunan akan bercampur dngn adunan warna lain.Inilah saja cara saya utk pastikan kuih lapis ni menjadi dan cantik. Di sini saya sekadar berkongsi sedikit petua utk pastikan kuih lapis ni menjadi. Kalau yg rajin tu bolehlah guna 7 warna pada setiap adunan sebab namanya kuih lapis pelangi. Saya guna loyang 10 inci utk resepi ini. Kawan2 bolehlah buat separuh adunan sekiranya terasa kuih ni terlalu banyak.
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
- 1 sudu kecil garam
- pewarna merah, hijau, putih, kuning
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
- Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
- Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
- Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
- Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
- Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
- Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.
Sunday, June 20, 2010
Marble Cheese Brownies
Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya nak letak resepi brownies yg saya buat tadi. Biasalah anak2 kalau ada sesuatu peristiwa penting mesti suruh mamanya buat kek. Alang2 memang dari semalam nak buat brownies ni, saya pun kata pada mereka, inilah kek sempena hari bapa. Anak2 biasalah bila permintaan mereka di penuhi....seronok bukan main lagi. Resepi asal adalah dari Kak Rinnchan dan saya C&P dari rumah Maz. Ramai kawan2 yg dah mencubanya dan ternyata memang sedap sangat. Kepada kawan2 yg belum mencuba tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih kepada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ini.
Bahan-bahan Brownies :
Bahan-bahan lapisan cheese:
Bahan-bahan Brownies :
- 250g butter
- 1 cwn serbuk koko
- 3 biji telur gred B
- 1 1/2 cwn gula castor
- 1/2 cwn susu cair
- 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
- 1 tsp baking powder*
- 1 tsp soda bikarbonate*
- 1 tsp esen vanilla
- Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
- Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
- Masukkan susu cair dan kacau sebati.
- Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
- Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
- Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
- Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
- 250g cream cheese
- 1 cwn gula castor
- 1 biji telur gred B
- Pukul cream cheese hingga gebu.
- Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
Selamat Hari Bapa
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Di kesempatan ini daku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua lelaki yang bergelar bapa, ayah, abah, papa, daddy, baba dan sebagainya......semoga semuanya sentiasa di rahmati sepanjang kehidupan ini.
Selamat Hari Bapa ku ucapkan kepada ayahanda tercinta iaitu Ramlan Bin Wahid. Semoga panjang umur, sihat selalu, bahagia menjalani kehidupan seharian dan semoga sentiasa di limpahkan rezeki dan rahmatnya.
Segala pengorbananmu untuk membesarkanku dan adik beradik akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku... Jasamu tidak terbalas hingga ke hujung nyawa dan sesungguhnya daku berbangga memiliki ayah sepertimu.
Tanpa mu, diri ini tiada kan wujud di muka bumi ini....tiada kan ku dapat melihat segala apa yang berada di dunia yang penuh cabaran ini...
Terima kasih atas segala pengorbananmu kepadaku dan keluarga...jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku. Terima kasih juga kepada ibuku kerana memahami ayahku selama ini. Semoga mereka berdua sentiasa di rahmati.
Selamat Hari Bapa juga ku ucapkan kepada ayah mertua ku iaitu Haji Jabor Bin Haji Ikhsan. Kasih sayangku terhadapmu sama seperti kasihnya daku terhadap ayahku sendiri.
Selamat Hari Bapa juga ku ucapkan istimewa buat suamiku Mohd Khata Bin Haji Jabor. Terima kasih kerana menjadi ayah terbaik buat anak2ku, menjadi suami yg memahamiku dan sentiasa bersamaku di kala susah dan senang. Semoga suamiku pnjng umur, diberi kesihatan yg baik dan semoga di limpahkan rahmat buatmu. Sesungguhnya daku dan anak2 amat mengasihi dan menyayangimu. Daku bersyukur memiliki suami sepertimu.
Saturday, June 19, 2010
Daging Masam Manis
Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah menu saya hari ini iaitu daging masam manis. Rasanya ramai tahu masak macam ni. Di sini saya ingin berkongsi resepi yg sememangnya mudah dan sedap. Daging ni memang sedap bila di makan bersama nasi putih hangat. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 500 gm daging batang pinang
- 1 labu bawang besar- dihiris
- 1 inci halia- dihiris halus
- 3 biji bawang putih- di hiris
- 4 sudu besar cili kisar
- 1 cwn sos tomato atau secukupnya
- 3 sb sos cili
- 1 cawan air (lebih kurang)
- garam dan gula secukupnya
- hirisan nanas(saya guna dlm 1 tin je)
- 1/2 cwn minyak utk menumis.
- Daging di gaul bersama kunyit dan garam.
- Panaskan minyak dan masukkan daging tadi, goreng sebentar dan gaul sebati.
- Masukkan cili kisar dan dikacau sehingga cili masak dan masukkan sos tomato,sos cili dan air.
- Kemudian masukkan hirisan nanas dan bawang besar ~ dikacau rata.
- Rasakan dgn garam dan gula. Sekiranya rasa dah ok bolehlah di angkat dan hidangkan.
Ubi Ungkep
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Dah sarapan ke belum? Tentu sarapan yg sedap2 rasanya. Hari ni saya nak n3 tentang ubi ungkep yg saya buat pagi tadi. Biasanya saya rebus, goreng atau di buat kuih je dngn ubi ni. Hari ni saja je nak makan ubi ungkep seperti yg mak saya masak masa kecik2 dulu. Lama tak makan ubi yg sedap seperti ini, kebetulan saya nampak resepi yg sama ini di rumahAyu dan resepi asal adalah dari Cikgu Zana. Kalau kawan2 nak tau rasanya tu bolehlah cuba resepi yg mudah ni....jom kita tengok bahan2 yg di perlukan.
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 1 kg ubi- dipotong seperti nak merebus dan bersihkan
- 4 sudu besr ketumbar*
- 3 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- segenggam ikan bilis*-lagi banyak lagi best
- sedikit kunyit/serbuk
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- Tumbuk bahan*.
- Panaskan minyak dan tumis bahan* dalam kuali hingga berbau harum dan masukkan garam.
- Masukkan ubi dan gaul rata. Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi dan sedikit gula.
- Tutup kuali dan biarkan sehingga empuk. Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
- Kacau perlahan sehingga air ubi kering, tutup api.
Friday, June 18, 2010
Double Berry Cheese Cake
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya teringin nak makan kek yg ada cream cheese di dalamnya. Alhamdulillah bila singgah blog kawan2 saya jumpa resepi seperti yg diinginkan. Tanpa membuang masa dan bahan2 pun semuanya ada, saya pun terus mengadun kek yg sedap ni iaitu Double Berry Cheese Cake. Resepi asal adalah dari Chef Wan dan saya C&P dari rumah chef yg sememangnya pakar dlm membuat kek dan memasak iaitu Mat Gebu. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Kalau kwn2 nak tahu cara2nya lebih lanjut, bolehlah singgah di blog Mat Gebu. Saya guna jem strawberry dan jem blueberry....tu yg tak terang kalernya....tapi rasanya memang sedap.
BAHAN-BAHANNYA :
BAHAN-BAHANNYA :
- 250 g cream cheese
- 150 g mentega
- 3/4 cawan gula halus
- 3 biji telur gred A'
- 1 3/4 cawan tepung gandum*
- 1 camca teh baking powder*
- 1/2 camca teh soda bicarbonate*(*digaul dan diayak)
- 1 camca teh esen vanilla
- 1/4 cawan susu segar
- 4 camca besar blueberry filling
- 4 camca besat strawberry filling
- Sedikit "snow powder", untuk hiasan (jika suka)
- Panaskan oven pada suhu 175C, sapu bundt-pan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ratakan dan ketuk keluar lebihan tepung (dalam gambar mat guna acuan silicone). Ketepikan.
- Putar mentega, cream cheese dan gula halus hingga kembang. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu, jangka waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu. Buat hingga habis.
- Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Isi 1/3 adunan ke dalam bundt-pan, sudukan strawberry filling, ratakan dengan chopstick. Kemudian, masukkan 1/3 lagi adunan dan sudukan pula blueberry filling, ratakan juga. Akhir sekali tutup dengan lebihan adunan, ratakan.
- Bakar 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Lepas 55 minit, periksa kek dengan mencucuk lidi sate di tengah2 bahagian kek, jika keluar bersih, kek pun dah masak. Jika belum ok, sambung membakar hingga kek masak. Sejukkan kan sepenuhnya atas jaringan. Ayak "snow powder" atas kek sebagai hiasan...
Thursday, June 17, 2010
Sup Tulang Pedas Masam
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya masak sup tulang pedas masam. Dah lama saya nak masak sup yg rasanya masam2 dan pedas ala2 mcm sup thai tu. Kalau makan kat kedai, teringat2 je rasanya yg pedas dan masam tu walau tak letak sambal kicap. Hari ni saya cuba resepi dari DJ...mmng tak mengecewakan, sedap sangat. Bagi penggemar sup tulang tu, bolehlah mencubanya sendiri. Izinkan saya C&P resepinya di sini ya akak...terima kasih kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni.
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 1 kilo tulang lembu
- 1 sudu makan perencah sup (tak letak pun ok)
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 biji buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- Cili padi secukupnya (diketuk)
- 2 biji bawang merah (ditumbuk)
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
- 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
- Garam dan gula secukupnya
- 1 labu bawang besar (dimayang)
- Bawang goreng
- Daun sup/daun bawang
- Air secukupnya
- Tumis bahan2 tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan air, perencah sup, tulang dan garam.
- Rebus hingga empuk. Barulah dimasukkan jus limau nipis, gula, bawang besar dan cili padi. Masak lagi untuk beberapa minit.
- Setelah masak, hiaskan dgn daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Wednesday, June 16, 2010
Sotong Berempah Madu
Assalamualaikum dan bertemu kembali. Dah makan ke belum kawan2 semua. Hari ni saya masak sotong berempah madu resepi Kak Dayang. Rasanya sedap sangat, lagi2 bila di makan bersama nasi putih hangat....tersangatlah sedapnya. Terima kasih ya akak resepi yg mudah dan sedap ni. Saya C&P resepinya di sini pula ya.
Bahan-bahan :
***serbuk jintan boleh dikurangkan jika suka.
Bahan-bahan :
- 500 g sotong basah (dibersihkan dan dipotong. Gaulkan bersama dgn sedikit kunyit dan garam. Kemudian rebus hingga 3/4 masak. Toskan)
- 1 labu bawang besar (dimayang)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 1 sk serbuk ketumbar
- 1 sk serbuk jintan putih
- 1/2 sk serbuk jintan manis
- 1/2 sk lada sulah/ lada hitam
- 2 sudu besar kicap pekat manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos tomato
- 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
- 2 sudu makan madu (dibancuh dgn 2 sudu besar air)
- 3 sudu besar cili kering kisar/cili giling
- garam dan sedikit gula secukup rasa
- 1 labu bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan cili kering dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk lada sulah. Kacau hingga sebati.
- Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis. Kacau lagi. Tambah sedikit air jika perlu.
- Masukkan sotong, madu, cili merah, dan bawang besar. Gaulkan hingga kuahnya pekat dan barulah dimasukkan jus limau. (boleh tambah garam/gula jika perlu)
***serbuk jintan boleh dikurangkan jika suka.
Kek Chiffon Oren
Salam dan bertemu kembali. Hari ini saya buat kek chiffon oren merangkumi kek kegemaran saya serta keluarga. Saya suka sangat makan kek chiffon tak kiralah perisa apa. Kek chiffon ni sedap, lembut dan gebu, jadi mmng sesuai sangat dngn selera saya. Resepi asal adalah dari Gert dan saya C&P dari rumah Mat Gebu. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Ramai kawan2 yg dah cuba buat kek ni, pada yg belum buat tu, bolehlah mencubanya.
BAHAN A :-
BAHAN A :-
- 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*)
- 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
- 6 kuning telur gred A
- 1/2 cawan gula halus
- 1 biji oren, diparut kulitnya( saya letak sikit je...)
- 3/4 cawan jus oren
- 1/4 cawan minyak jagung/sayur
- 6 putih telur gred A
- 3/4 cawan gula halus
- 1 camca teh cream of tartar
- Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
- Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
- Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
- Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...
Award Dari Cikgu Shaiful
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya nak letak award creative blogger dari Cikgu Shaiful. Terima kasih cikgu atas ingatan dan persahabatan ini. Sebenarnya award ini untuk orng yg kreatif menulis karya2 dan rasanya saya tak layak dngn award ini. Saya cuma memasak je dan nak cerita itu dan ini pun tak berapa pandai. Apa pun saya terima award ini dengan senang hati. Kalau kawan2 nak tahu lebuh lanjut tentang cikgu Shaiful, bolehlah singgah di blog LAGUNAMERBOK. Di sini saya ingin memberi award ini kepada orang yg sememangnya layak iaitu Ben Ashaari dan Mat Gebu. Diaorang ni memang kreatif betul...kalau tak percaya, jom singgah ke blognya.
Tuesday, June 15, 2010
Nasi Lemak Sapi
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Inilah nasi lemak sapi yg saya masak dan di makan bersama ayam percik. Rasa nasi ni sedap dan nak menyediakannya pun mudah je. Terima kasih pada K.Ummi kerana berkongsi resepi yg semestinya sedap. Kawan2 apa lagi...cubalah, memang tak rugi punya....terasa kelainan nasi lemaknya. Nasi lemak sapi ni juga sesuai di makan bersama lauk kegemaran masing2. Mari kita lihat resepinya...
Bahan-Bahan:-
Bahan-Bahan:-
- 3 cawan beras basmathi
- 3 1/2 cawan santan
- 3 sudu besar minyak sapi Ghee
- 2 batang serai - diketuk
- 1 labu bawang besar - kisar (saya hiris2 je..)
- 2 cm halia - kisar (saya hiris2 je..)
- 3 helai daun pandan
- garam
- Basuh beras dan toskan. (saya basuh dan rendam dlm 20 minit)
- Masukkan santan, garam dan daun pandan ke dlm rice cooker.
- Sementara itu, panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau. Bila nasi mendidih, masukkan bahan tumis, kacau rata. Biarkan nasi masak seperti biasa.
- Bila nasi dah masak, bolehlah di gemburkan guna chopstick dan bolehlah di hidangkan.
Award Dari Zana Rose Dan Shidah
Salam dan bertemu kembali kawan2 semua. Hari ini saya baru berkesempatan meletakkan award yg di beri oleh sahabat di alam maya iaitu Zana Rose dan Shidah. Terima kasih atas ingatan,dan sudah semestinya saya terima dengan hati yg senang. Maaflah kerana lambat mengambil dan meletakkan di blog. Di sini juga saya sertakan sekali jawapan tag yg di beri...
Ada beberapa pesanan dari pemberi award -
Copy award ni kat blog u all
=> Ok dah copy kat atas tu....
Buat ucapan korang kpd pmberi award dan perasaan u all
=> Terima kasih banyak2 di atas ingatan dan saya rasa gembira dngn pemberian award ini.
jawab soalan2 tag nie
DPT AWARD KENA JAWAB SOALAN NI ...OK
1. Ape yang bermain di fikiran anda sekarang
=> Tak sabar nak balik Malaysia, nak jumpa keluarga yg di sayangi..
2. Apakah nama samaran u all
=> Takde nama samaran...suka dngn nama yg mak dan ayah beri..... Yatie....
3. Berikan 3 orang yang anda sayang
=> Suami dan anak2
=> Mak dan ayah, mertua, adik beradik serta saudara mara....
=> Jiran dan kawan2 yg memahami...
4. Panggilan untuk si dia
=> Abang.
5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa
=> Saya hanya mahu diri ini terus di sayangi dan di hargai.....kalau suami beri sesuatu tu, saya terima dngn rasa penuh kesyukuran....
6. Blog mana yang u all suka visit n yang bleh aku follow gak
=> Semua blog yg boleh menambah ilmu, tak kiralah ilmu agama, ilmu masakkan dan sebagainya....
7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda
=> Kepada yg sudi bolehlah mengambil award ini sebagai tanda persahabatan....tak perlu buat tag tu pun tak mengapa....di sini tiada paksaan ya...semoga anda semua ceria selalu...
Ada beberapa pesanan dari pemberi award -
Copy award ni kat blog u all
=> Ok dah copy kat atas tu....
Buat ucapan korang kpd pmberi award dan perasaan u all
=> Terima kasih banyak2 di atas ingatan dan saya rasa gembira dngn pemberian award ini.
jawab soalan2 tag nie
DPT AWARD KENA JAWAB SOALAN NI ...OK
1. Ape yang bermain di fikiran anda sekarang
=> Tak sabar nak balik Malaysia, nak jumpa keluarga yg di sayangi..
2. Apakah nama samaran u all
=> Takde nama samaran...suka dngn nama yg mak dan ayah beri..... Yatie....
3. Berikan 3 orang yang anda sayang
=> Suami dan anak2
=> Mak dan ayah, mertua, adik beradik serta saudara mara....
=> Jiran dan kawan2 yg memahami...
4. Panggilan untuk si dia
=> Abang.
5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa
=> Saya hanya mahu diri ini terus di sayangi dan di hargai.....kalau suami beri sesuatu tu, saya terima dngn rasa penuh kesyukuran....
6. Blog mana yang u all suka visit n yang bleh aku follow gak
=> Semua blog yg boleh menambah ilmu, tak kiralah ilmu agama, ilmu masakkan dan sebagainya....
7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda
=> Kepada yg sudi bolehlah mengambil award ini sebagai tanda persahabatan....tak perlu buat tag tu pun tak mengapa....di sini tiada paksaan ya...semoga anda semua ceria selalu...
Monday, June 14, 2010
Ayam Percik 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Harap anda semua sihat disamping keluarga dan tugas seharian. Rasanya ramai yg pergi bercuti di saat ni, maklumlah cuti sekolah sudah bermula,hargailah masa terluang bersama keluarga. Rasanya ada juga diantara kawan2 yg tak bercuti kemana2 di saat ini...tak mengapalah, rasanya ada juga yg meraikannya dngn cara yg lain. Bagi saya dengan memasak masakkan istimewa untuk keluarga tu pun sudah memadai. Suami dan anak2 lebih menghargainya. Oklah hari ni saya masak ayam percik resepi K.Liza. Resepi ni nampak mudah tetapi sedap. Kalau kawan2 teringin tu, bolehlah mencubanya. Resepi ni saya C&P dari rumah K.Ummi. Terima kasih ya akak berdua resepi yg sedap ini.
Bahan A:-
=.Kalau nak makan, bolehlah di siram bersama kuah lebihan tadi.
Bahan A:-
- 1 ekor ayam dipotong 4 bahagian
- 3 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
- 1/2 cawan air asam jawa (akak letak 1/4 cawan jek)
- 1 sudu kecil gula ( saya letak 2 sb gula..)
- 1 sudu besar halba
- garam secukup rasa
- 15 tangkai cili kering
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 cm halia
- 5 batang serai
- Bersihkan ayam dan toskan. Gaul dengan garam.
- Masukkan ayam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, halba dan asam jawa dan masak hingga 3/4 masak atau hingga kuahnya agak pekat. Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
- Keluarkan ayam dan letak di atas pemanggang sambil disiram kuah tadi dan bakar ayam hingga nampak garing.
- Kuah lebihan tadi, bolehlah di masak hingga pekat sedikit.
=.Kalau nak makan, bolehlah di siram bersama kuah lebihan tadi.
Sunday, June 13, 2010
Makaroni Goreng Pedas
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya goreng makaroni untuk minum petang. Makaroni ni sesuai di makan waktu pagi dan petang. Hari ni saya masak ikut selera saya dan suami iaitu makaroni goreng pedas. Kalau anak2 lebih suka makan bersama sos spaghetti je. Bila dah rebus makaroni tu, saya bahagikan pada 2 bahagian, jadi semuanya dapat merasa. Oklah mari kita lihat resepi yg mudah dan semestinya sedap.
Bahan- Bahan
Bahan- Bahan
- 500 gm makaroni
- 1 cawan udang basah ( saya letak lebih..)
- 1 tin cendawan butang(belah 4)
- 2 biji buah tomato (potong dadu)
- 1 biji capsicum hijau (potong dadu)
- 1 labu bawang besar(potong dadu)
- 2 ulas bawang putih(cincang halus)
- 5 s/b cili kisar
- 2 s/b kicap pekat
- 2 s/b sos tiram
- 2 s/b sos tomato
- 5 s/b minyak utk menumis
- garam dan sedikit gula
- 1 kiub ayam
- sedikit air jika perlu
- daun sup & daun bawang (cincang halus)
- Didihkan air dan rebus makaroni sehingga lembut, letak sedikit minyak. Setelah empuk, angkat dan siramkan dengan air dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu dan wangi.
- Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masakkan sehingga naik minyak.
- Masukkan udang, kiub ayam dan kacau lagi sehingga nampak naik minyak.
- Masukkan kicap, sos tiram dan sos tomato dan gaul rata. Masukkan sedikit air.
- Masukkan pula makaroni, cendawan, tomato dan cili capsicum dan gaul lagi.
- Bila dah nampak sebati dan masak boleh di angkat dan hidangkan.
- Taburkan daun sup dan daun bawang.
Nasi Mentega
Assalamualaikum dan bertemu kambali. Inilah nasi mentega yg saya masak dan di makan bersama daging kicap kerisik berempah. Resepi ni saya dapat dari Kak Anis dan K.Anis dapat dari rumah Seri. Nasi ni sedap dan minta maaflah sebab saya ada tambah bahan2 lain sedikit mengikut kesesuaian. Terima kasih kepada anda berdua kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini.
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 4 cawan beras basmathi
- 11/2 inci tebal mentega (saya letak 4 s/b mentega)
- 2 biji bawang merah dimayang halus (saya guna 1/2 biji bwng besar)
- 1 helai daun pandan
- 1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga(saya tambah..)
- 2 kiub pati ayam
- 1/2 cawan kismis
- 4 1/2 cawan air
- Basuh basmathi dan toskan.(saya rendam dlm 20 minit)
- Panaskan mentega dan tumis bawang, diikuti rempah tumis hingga layu dan naik bau.
- Masukkan beras tadi dan kacau rata.
- Tambahkan air secukupnya.
- Masukkan daun pandan, kiub pati ayam dan kismis. Kacau rata.
- Masak nasi hingga masak seperti biasa.
Saturday, June 12, 2010
Daging Kicap Kerisik Berempah
Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah lauk yg saya masak pada hari ini iaitu daging kicap kerisik berempah. Resepi asal adalah dari Dayang Jack dan saya C&P dari rumah Ika. Terima kasih pada anda berdua kerana resepi yg sedap ni. Lauk daging ni sesuai di makan dngn apa2 juga jenis nasi. Saya makan bersama nasi mentega. Kalau kawan2 nak rasa...mestilah cuba resepi ni.
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 1 kg daging btng pinang (kalau daging biasa, rebus dan toskan dulu..)
- rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
- 2 sb kicap pekat
- 3-4 sb cili kering kisar
- kicap manis/kicap masin secukupnya
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)-saya guna yg serbuk
- 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)- saya guna yg serbuk
- 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk) - saya guna yg serbuk
- air asam jawa
- 2-3 sudu makan kerisik
- 1 sb Sos Tiram>>yg ni kita tambah
- 1 labu bawang besar
- 7 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- Ambil 2-3 sudu besar bahan2 mesin dan gaul2kan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
- Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis bahan2 mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
- Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga daging empuk.
- Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.
Talam Pandan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Sebenarnya kuih ni saya buat semalam tapi baru sempat n3 hari ini. Semalam sibuk sangat memilih gambar2 masa jln2, tu yg naik pening semacam. Rasanya terubat pening saya bila dapat makan kuih kegemaran saya...kuih2 talam. Bagi peminat kuih mcm ni bolehlah mencubanya, bagi yg tak tu...hi3 cuci mata jelah ya. Mari kita lihat resepinya.
Bahan Utk Lapisan Bawah
Bahan Utk Lapisan Bawah
- 1 cawan tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)
- 2 cawan santan cair + sikit garam
- 1 cawan jus pandan + pewarna hijau
- 1 sb air kapur
- Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
- Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
- Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
- Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
- = sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
- 1/2 cawan tepung beras
- 4 sudu besar tpng jagung
- 3 cawan santan sederhana pekat
- 1 s/k garam
- Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
- Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
- Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
- ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
- Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
- Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)