Wednesday, June 16, 2010

Kek Chiffon Oren

Salam dan bertemu kembali. Hari ini saya buat kek chiffon oren merangkumi kek kegemaran saya serta keluarga. Saya suka sangat makan kek chiffon tak kiralah perisa apa. Kek chiffon ni sedap, lembut dan gebu, jadi mmng sesuai sangat dngn selera saya. Resepi asal adalah dari Gert dan saya C&P dari rumah Mat Gebu. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Ramai kawan2 yg dah cuba buat kek ni, pada yg belum buat tu, bolehlah mencubanya.




BAHAN A :-
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*)
  • 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
  • 6 kuning telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji oren, diparut kulitnya( saya letak sikit je...)
  • 3/4 cawan jus oren
  • 1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-
  • 6 putih telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

13 comments:

  1. sangt cantik kek chiffon itu..akan tetapi semngat kek chiffon tak mai lagi ke ampang ni..cemana tu?hihi

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie! alahaiiii bestnyer akak punyer loyang tu, nanti nak carik yg mcm ni jgklah! :D

    ReplyDelete
  3. salam yatie...nmpak gebu betul cifon yati. geram!!

    ReplyDelete
  4. wahhh gebus betul tu yatie :)

    ReplyDelete
  5. Izah=> thanks...tunggu semangat chiffon dtng barulah buat ya Izah....

    ReplyDelete
  6. Ika=> wkmsalam, carik jngn tak carik Ika...loyang mcm ni lubangnya kecik je....

    ReplyDelete
  7. Ain=> wkmsalam,mmng gebu dan lembut kak kek ni...kalau suka bolehlah cuba buat...

    ReplyDelete
  8. K.Nor=> mmng gebu kak kek chiffon ni..

    ReplyDelete
  9. salam akk.akk sye nk tnye cm na nk uat bg permkaan kek chffon cantik cam kek akk..sye uat slalu permukaan atas mrekah...akk bkar pkai api atas n bwah or api bwah aja...tlong ye...sye mnat ngan kek chiffonnnn

    ReplyDelete
  10. akk cm na nk uat bg coklat masakan nmpak bklat bla nk isi kt almnd lndon

    ReplyDelete
  11. eemmm...tgk rupa pun dah tahu sedap..2 belum lg mkn. Sy mmg suka sgt kek ni. Thanks sbb sudi kongsi resepi.

    ReplyDelete
  12. eemm..tgk rupa kek 2 pun dah tahu sedap. 2 blum mkn lg. timakasih sudi kongsi resepi ni. nnt nak try gak lah. :)

    ReplyDelete
  13. kalao tade minyak jagung/sayur,bule ganti dgn ape ye? heee.

    ReplyDelete