Saturday, June 12, 2010

Daging Kicap Kerisik Berempah

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah lauk yg saya masak pada hari ini iaitu daging kicap kerisik berempah. Resepi asal adalah dari Dayang Jack dan saya C&P dari rumah Ika. Terima kasih pada anda berdua kerana resepi yg sedap ni. Lauk daging ni sesuai di makan dngn apa2 juga jenis nasi. Saya makan bersama nasi mentega. Kalau kawan2 nak rasa...mestilah cuba resepi ni.


Bahan-bahan :
  • 1 kg daging btng pinang (kalau daging biasa, rebus dan toskan dulu..)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
  • 2 sb kicap pekat
  • 3-4 sb cili kering kisar
  • kicap manis/kicap masin secukupnya
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)-saya guna yg serbuk
  • 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)- saya guna yg serbuk
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk) - saya guna yg serbuk
  • air asam jawa
  • 2-3 sudu makan kerisik
  • 1 sb Sos Tiram>>yg ni kita tambah
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Ambil 2-3 sudu besar bahan2 mesin dan gaul2kan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis bahan2 mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga daging empuk.
  5. Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.

6 comments:

  1. salam yatie...aduhai sedap sungguh nampaknya daging kicap kerisik tu...kalaulah dapat merasa bersama dengan nasi mentega tu pasti bertambah sedap jadinya...huhuhu

    ReplyDelete
  2. kalau singgah sini gerenti tangkap leleh air liur dgn resepi2 yg...umphhh...:-)

    ReplyDelete
  3. Salam kak yatie!!! kat sini dah kul 10.15mlm kat sana mesti dah nak tgh hari atau pun tgh hari hihihi... baru free sikit ni kak td sibuk kemas brg2 dapur tuk seminggu :D, sedaplah kak, kita nanti nak gantikan dgn ikan :D

    ReplyDelete
  4. Ima=> wkmsalam, mmng sedap daging msk mcm ni...klau dekat Yatie dah bagi rasalah Ima...

    ReplyDelete
  5. Aril Lanang=> akak masak biasa2 je...thanks sudi singgah sini..

    ReplyDelete
  6. Ika=> wkmsalam, mmng sedapkan lauk mcm ni...Ika cubalah guna ikan dulu..nnti akak cuba pulak ok..

    ReplyDelete