Sunday, June 13, 2010

Makaroni Goreng Pedas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya goreng makaroni untuk minum petang. Makaroni ni sesuai di makan waktu pagi dan petang. Hari ni saya masak ikut selera saya dan suami iaitu makaroni goreng pedas. Kalau anak2 lebih suka makan bersama sos spaghetti je. Bila dah rebus makaroni tu, saya bahagikan pada 2 bahagian, jadi semuanya dapat merasa. Oklah mari kita lihat resepi yg mudah dan semestinya sedap.



Bahan- Bahan
  • 500 gm makaroni
  • 1 cawan udang basah ( saya letak lebih..)
  • 1 tin cendawan butang(belah 4)
  • 2 biji buah tomato (potong dadu)
  • 1 biji capsicum hijau (potong dadu)
  • 1 labu bawang besar(potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih(cincang halus)
  • 5 s/b cili kisar
  • 2 s/b kicap pekat
  • 2 s/b sos tiram
  • 2 s/b sos tomato
  • 5 s/b minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
  • 1 kiub ayam
  • sedikit air jika perlu
  • daun sup & daun bawang (cincang halus)
Cara-Cara
  1. Didihkan air dan rebus makaroni sehingga lembut, letak sedikit minyak. Setelah empuk, angkat dan siramkan dengan air dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu dan wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masakkan sehingga naik minyak.
  4. Masukkan udang, kiub ayam dan kacau lagi sehingga nampak naik minyak.
  5. Masukkan kicap, sos tiram dan sos tomato dan gaul rata. Masukkan sedikit air.
  6. Masukkan pula makaroni, cendawan, tomato dan cili capsicum dan gaul lagi.
  7. Bila dah nampak sebati dan masak boleh di angkat dan hidangkan.
  8. Taburkan daun sup dan daun bawang.

11 comments:

  1. Salam kak yatie! kita tak pandai betul nak makan makaroni goreng mcm mee goreng ni, nanti nak cuba, td kita buatkan kids makaroni jugak tp creamy makaroni hihihi kita makan lain :D

    ReplyDelete
  2. salam yati...terigt ain ngan makaroni biras. memang sedap!!! dah minta resipi, tp lum pernah try buat lagi.hihi

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.

    kakchik singgah dari blog noorma ni. terpandang tajuk dan nampak gambar terus je rasa nak tengok.

    kini sudah tergoda dengan menu ini.

    salivating...

    ReplyDelete
  4. salam yatie..
    sedapnyaaa..terliur saya aihh...esp tang udang yg duk tergolek2 tu. sy klu masak pasta2 masta pun mmg suka grg cam mee, xreti sgt mkn yg letak sos tu..

    ReplyDelete
  5. makaroni tu macam terlebih lembik je,
    =),
    apa-apa pun nice,
    saya tetap suka org berblog pasal makanan,
    =)

    ReplyDelete
  6. Ika=> wkmsalam, ow tak pernah mkn ya...cuba sesekali Ika buat, mmng sedap...akak suka mkn makaroni goreng mcm ni drpd yg lain2 tu...takpe ikut selera masing2 kan..

    ReplyDelete
  7. Ain=> wkmsalam, cubalah mmng sedap...pedas2 mmng best..

    ReplyDelete
  8. Kakchik=> wkmsalam, terima kasih sudi singgah sini...tergoda ke, klau dekat Yatie dah bagi Kakchik rasa...

    ReplyDelete
  9. Zaiy=> wkmsalam, Yatie pun sama suka goreng je makaroni ni...tu yg letak udang lebih...terliur ke, nmpknya kena masak sendirilah ya....klau dekat Yatie dah bagi rasa...

    ReplyDelete
  10. Zaidharis=> sebenarnya akak mmng suka goreng mee/pasta lembab2 sikit...klau kering tak best sangat..

    ReplyDelete
  11. awesome... baru buat recipe as above.. menjadi.... thanx for sharing....

    ReplyDelete