Saturday, June 19, 2010

Daging Masam Manis

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah menu saya hari ini iaitu daging masam manis. Rasanya ramai tahu masak macam ni. Di sini saya ingin berkongsi resepi yg sememangnya mudah dan sedap. Daging ni memang sedap bila di makan bersama nasi putih hangat. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.


Bahan-bahan
  • 500 gm daging batang pinang
  • 1 labu bawang besar- dihiris
  • 1 inci halia- dihiris halus
  • 3 biji bawang putih- di hiris
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 cwn sos tomato atau secukupnya
  • 3 sb sos cili
  • 1 cawan air (lebih kurang)
  • garam dan gula secukupnya
  • hirisan nanas(saya guna dlm 1 tin je)
  • 1/2 cwn minyak utk menumis.
Cara-Cara
  1. Daging di gaul bersama kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan masukkan daging tadi, goreng sebentar dan gaul sebati.
  3. Masukkan cili kisar dan dikacau sehingga cili masak dan masukkan sos tomato,sos cili dan air.
  4. Kemudian masukkan hirisan nanas dan bawang besar ~ dikacau rata.
  5. Rasakan dgn garam dan gula. Sekiranya rasa dah ok bolehlah di angkat dan hidangkan.

2 comments:

  1. oo ada nanas tu yang buat masam masam manis tu... sedap ni....

    ReplyDelete
  2. Izahdaut=> memang sedap ada nanas tu...terasa masam manisnya...

    ReplyDelete