Wednesday, June 16, 2010

Sotong Berempah Madu

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Dah makan ke belum kawan2 semua. Hari ni saya masak sotong berempah madu resepi Kak Dayang. Rasanya sedap sangat, lagi2 bila di makan bersama nasi putih hangat....tersangatlah sedapnya. Terima kasih ya akak resepi yg mudah dan sedap ni. Saya C&P resepinya di sini pula ya.


Bahan-bahan :
  • 500 g sotong basah (dibersihkan dan dipotong. Gaulkan bersama dgn sedikit kunyit dan garam. Kemudian rebus hingga 3/4 masak. Toskan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk lada sulah/ lada hitam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dgn 2 sudu besar air)
  • 3 sudu besar cili kering kisar/cili giling
  • garam dan sedikit gula secukup rasa
Bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk lada sulah. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis. Kacau lagi. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Masukkan sotong, madu, cili merah, dan bawang besar. Gaulkan hingga kuahnya pekat dan barulah dimasukkan jus limau. (boleh tambah garam/gula jika perlu)
***jika kurang pedas, boleh tambah cili api.
***serbuk jintan boleh dikurangkan jika suka.

12 comments:

  1. Salam kak yatie!! dah nak tido eak? nak ambik sotong tu bwk balik tau! kita tgh lapo niiii :D

    ReplyDelete
  2. sedappppnye sotong....
    ade lagi tak?? hulur sepiring.. wat lauk malam ni.. :P

    nyumm nyummm..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Komen saya bukan pasal sotong tetapi Kuih Talam Keladi posted on 9 March 2010. Cara-caranya saya tak faham especially No. 2 dan No. 6. Berapa banyak santan yg digunakan out of 600 ml untuk bancuhan bawah dan atas. Tiada quantity dituliskan disitu. Maaflah, dah lama nak tanya, hari baru tergerak hati. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. sedap sangat ye yatie. maksudnya akak wajib cuba resipi ni nanti.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Yatie..

    Mintak sotong semangkuk utk bersahur esok boleh?

    ReplyDelete
  6. Ika=> wkmsalam, ambillah ni...akak mmng tunggu2 Ika dtng tadi...nasib baik dtng, klau tak akak bagi orng lainlah....hi3..

    ReplyDelete
  7. Jassnani=> ada lagi ni...tapi tinggal 2 ekor je...jadilah buat rasa2 ya....

    ReplyDelete
  8. Melatie=> wkmsalam, kalau kelapa parut guna dlm 1 1/2 biji....perah dan asingkan pekat dngn cair...saya guna santan dlm tin je....sbb kat sini susah nak dpt santan tu..

    Caranya ikut arahan yg di beri...no 6 tu utk adunan atas ( gaul sementara menunggu lapisan bawah masak....itu je..)

    ReplyDelete
  9. Ain=> mmng sedap kak...Yatie mkn hingga menjilat jari....cubalah....

    ReplyDelete
  10. Nida=> wkmsalam, boleh je....ni akak bagi semangkuk....selamat berpuasa Nida...

    ReplyDelete
  11. salam kak...nmpak sedaplah....pandai akak masak...kena cuba ni....

    ReplyDelete
  12. Erienz=> wkmsalam, mmng sedap.. kalau sudi cubalah.....akak masak sempoi2 je..

    ReplyDelete