Tuesday, June 22, 2010

Daging Hitam Berempah Madu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Hari ni saya nak letak resepi lauk yg saya masak tengahari tadi iaitu daging hitam berempah madu. Lauk ni sesuai sangat di makan bersama nasi putih hangat. Terima kasih kepada Kak Ummi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Kalau dekat maunya nak bagi akak rasa hasil masakkan Yatie ni...sedap sangat kak lauk ni. Sepeti biasa izinkan Yatie C&P resepinya di sini ya....biar senang anak2 atau kawan2 yg teringin nak masak lauk seperti ini.


Bahan-Bahan
  • 500 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 inci halia - diketuk
  • air secukupnya
  • 2 sb. rempah kari daging
  • 1 sb. rempah kurma
  • 1 st. serbuk ketumbar
  • 4 sb. kicap pekat manis
  • 1 sb. serbuk cili kering (yg kasar2)
  • 1 sb. sos Honey BBQ Blackpepper (gambar di bawah/brand lain pn boleh)
  • 1 st. cuka
  • 3 sb. madu
  • 1 st. gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Daging direbus dengan air secukupnya dan masukkan serai dan halia yang diketuk. Rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan api sederhana.
  3. Masukkan serbuk kari daging, serbuk kurma, serbuk cili kering, serbuk ketumbar dan serai yang direbus bersama daging tadi. Kacau sebentar.
  4. Masukkan daging dan kacau balik rata-rata.
  5. Tambah kicap pekat manis, cuka, sos honey BBQ, madu dan garam secukup rasa.
  6. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masak hingga rempah meresap dan naik berminyak.
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!

10 comments:

  1. wah pagi dh siap masak..sedap nyer

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie! sedapnyer daging masak mcm ni kita mmg suke! haih! daging kita tggl sikit lah! mintak akak dulu ya :D selamat masuk tido!!! :D

    ReplyDelete
  3. Lina=> kat sini dah malam skrng..tu yg dah siap masak...waktu berbeza...

    ReplyDelete
  4. Ika=> wkmsalam, akak masa masak ni tadi pun teringat Ika...akak tau Ika suka daging masak kicap, mmng sedap tau..nah akak bagi semangkok utk Ika....takyah masak arini ya...hi3..

    ReplyDelete
  5. aduh..tengah lapar ni kak..lagi la tengok daging akak tu, sedapnye..

    ReplyDelete
  6. Salam Yatie...sedapnya nampak hidangan daging tu....menggugat sungguh..malangnya minggu ni minggu ayam...bermaharaja lela dalam fridge!!...huhu..tumpang makan kat sini boleh??

    ReplyDelete
  7. salam k.yatie, skang zla dah leh komen dah blog k.yatie..so jgn penatla pasni baca komen2 dr zla ek:)

    ReplyDelete
  8. Azeefazfar=> tngh lapar....tunggu apa lagi....jom mkn sama2..hi3..

    ReplyDelete
  9. K.Watie=> wkmsalam, boleh je mkn kat sini....itu pun klau akak sudilah...

    ReplyDelete
  10. Azila=> wkmsalam, tak kisahlah nak komen bnyk mana pun.....akak suka je Zla sudi singgah sini....

    ReplyDelete