Wednesday, June 6, 2012

Bingka Cheese Sarawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama teringin nak buat bingka cheese Sarawak ni. Tak dapat bayangkan rasanya macamana. Adakah rasanya seperti cheesecake, puding ataupun kuih bingka. Tengok pada bahan2 mmng semua rasa ada, tu cuma bayangkanlah. Bila dah buat dan merasa ni..fuhhhhh..mmng sedap betullah. Semua rasa ada, terasa lemak, lembut dan sedap yg amat sangat. Rasa puding pun ada, rasa cheesecake pun ada, rasa bingka pun ada...mmng berbaloilah membuatnya. Kalau dimakan sejuk pun sedap. Rasanya bolehlah buat lagi dan lagi ni. Saya rekomen pada kawan2 yg nak merasa tu, cubalah buat..mmng sedap sangat, lagipun mudah je membuatnya.

Terima kasih pada HaSue kerana berkongsi resepi ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Hati ini teruja sangat nak mencuba lagi dan lagi resepi dari Sarawak, kebanyakkannya kena dngn selera akak dan yg paling penting menjadi dan sedap.
Jomlah kita semak bahan2 yg diperlukan.



Bahan A:
  • 1 peket agar2 serbuk cap ros (13g)-(Yatie guna agar2 serbuk yg 10gm)
  • 3 cawan air- (Yatie letak 2 1/2 cwn je sbb guna agar2 10gm)
  • 1 cawan gula pasir
Bahan B
  • 250g mentega
  • 250 cream cheese Philadelphia
  • ½ tin susu pekat manis(Yatie guna 1/2 cwn je)
  • 1 ½ cawan tepung hong kong (Yatie guna tepung gandum je)
  • 3 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon
Cara2:
  1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
  2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
  3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
  4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
  5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
  6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
  7. Selamat mencuba.. ^_^.Yatie guna loyang bulat 9 inci.
NOTE:sukatan adalah menggunakan cawan metrik~

Tuesday, June 5, 2012

Bendi Celur Dan Air Asam Budu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam ni baru sempat nak kongsikan resepi ringkas tapi membuatkan selera makan bertambah. Kalau bendi celur dngn air asam budu ni mmng dah cukup sedap, sedap ratah2 gitewwww jek. Kalau bendi celur ni mmng Hamka minat sangat. Dia makan mcm tu jek. Kalau bendi letak kat kuah asam pedas, sedihlah dia sbb pedas dan Hamka mmng tak tahan pedas. Sebelum ni buat kuah asam tak letak budu, kali ni letak budu pulak....fuhhh mmng bertambah2lah sedapnya. Terima kasih Mat Gebu berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.


Bahan-Bahan
  • 250 gm bendi( saya masak lebih..)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • Air secukupnya utk celur bendi
Caranya
  1. Buangkan hujung dan pangkal bendi, cuci dan toskan.
  2. Didihkan air dan masukkan sedikit garam dan sedikit minyak.
  3. Celur bendi dlm 5 minit atau agak2 masak tetapi masih segar.
  4. Setelah siap, angkat dan toskan...seeloknya tuang di dlm air sejuk, kemudian toskan.Siap dan bolehlah di hidangkan bersama kuah asam
BAHAN SAMBAL AIR ASAM BUDU :-)
  • 20 biji cili padi merah siam
  • 2 biji bawang merah
  • 1 inci belacan
  • Gula secukup rasa
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • 4 - 5 biji limau kasturi, ambik jusnya
  • 1/2 cawan "BUDU"...
  • Hirisan bawang besar, untuk hiasan
UNTUK SAMBAL AIR ASAM BUDU :-
  1. Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan hingga hancur dan lumat.
  2. Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi.
  3. Tambah gula sebagai pengimbang rasa.

Monday, June 4, 2012

Ayam Goreng Seri Wangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ayam lagi. Kalau menu ayam ni mmng tetap laku kat rumah ni, lebih2 lagi Hamka...suka betul kalau lauk ayam. Maunya bertambah2 dia makan. Kadang2 tu baru sejam makan dah rasa lapar lagi. Nasib baiklah dia suka makan sayur, tu yg tak kisah sangat....kira makan seimbanglah ya. Ok, kali ni saya nak kongsikan resepi ayam yg mudah dan sangat sedap. Haruman daun limau purut, serai dan bunga kantan membuatkan masakkan ini sungguh sedap dan menyelerakan betul. Terima kasih pada Kak Ummi kerana mewar2kan resepi yg best ni. Menurut Kak Ummi, resepi asal adalah dari Chef Wan dan Mat Gebu lah yg memperkenalkan resepi ni pada Kak Ummi. Pada kawan2 yg pening nak masak apa dngn ayam tu, bolehlah cuba resepi ni, tak rugi mencubanya..mmng sedap sangat. Jom semak resepinya..



Bahan-Bahan
  • 4 dada ayam - dihiris kecil (Yatie guna 1 ekor ayam sederhana dan potong kecil)
  • 2 batang serai - dihiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
  • 10 biji cili padi - dihiris halus, nak pedas boleh tambah lagi
  • 1 labu bawang besar-dihiris halus (Yatie tambah)
  • 2 ulas bwng putih- dihiris halus (Yatie tambah)
  • 1 inci halia- dihiris halus (Yatie tambah)
  • 2 sudu besar pes tom yam
  • 60 ml air
  • 1 camca teh madu (akak letak lebih sikit, Yatie pun sama)
  • 1 1/2 camca besar mayonis
  • 3 helai daun limau purut
  • minyak masak secukupnya
Bahan Perap:-
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telor saiz kecil - dipukul sikit
  • garam
  • 3 camca besar tepung jagung
# Ayam diperap dengan bahan perap selama 15 minit.

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam isi ayam tadi. Goreng hingga garing dan angkat, toskan.
  2. Panaskan pula sedikit minyak dalam kuali, tumis serai, bungan kantan, cili padi dan pes t0myam hingga harum.
  3. Masukkan air, madu dan ayam, kacau rata dan seimbangkan rasa. Tutup api.
  4. Masukan mayonis dan daun limau purut. Gaul rata dan hidangkan.
Related Posts with Thumbnails