Monday, July 22, 2013

Mee Goreng Tauhu

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa lagi iaitu mee goreng tauhu. Pernah dengar tak mee goreng tauhu ni? Resepi ni dari mak saya, kalau goreng mee mesti letak tauhu yg di hancurkan, sedap plk tu. Masa pertama kali makan, ingatkan mak letak telur banyak2, bila di tanya rupanya mak letak tauhu yg di hancurkan. Sebelum ni pernah kongsikan resepinya diSINI. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba ya.



Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee kuning (1 kg)- cuci dan toskan
  • 1 cwn daging yg telah di rebus
  • 1 cwn fish ball/fish cake
  • 3 keping tauhu- di hancurkan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 biji tomato belah 6
  • taugeh dan sawi secukupnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu besar udang kering-rendam dan toskan
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
  2. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi.
  3. Bila cili dah masak, masukkan tauhu yg telah di hancurkan dan gaul sebati. Masukkan daging.
  4. Masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
  6. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi.

6 comments:

  1. Assalamualaikum...yatie...tak pernah pulak goreng mee letak tahu..mesti sedapkan...nampak cam mee goreng mamak pulak.Tkasih kongsi resepi ni...pasti nak cuba ni...

    ReplyDelete
  2. Salam kak...
    Sedap menunya...idea yg bgs tuk menu anak2...:)

    ReplyDelete
  3. ooo...letak tauhu ekk
    ye la kan...bila hancur2, nampak mcm telor...thanx kongsi idea.. :-)

    ReplyDelete
  4. Ayu rupa paras mee goreng tahunya tu Tie... bolehlah dicuba nanti, bagi hancur tahu tu, tiap petang suami wajib buka puasa dengan mee goreng, sampai gtak tahu nak bubuh apa lagi ntah... he hehehh

    ReplyDelete
  5. Sedap nampaknya mee ni. Tq Yatie, nnt bolehla cuba :)

    ReplyDelete
  6. nnt boleh buat jugak ni sbb anak2 Liza kalau ada tauhu keping tu gerenti diaorg tak mkan, sakit hati betul...nnt nak try buat yg hancur2 cmni pulak...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails