Tuesday, May 7, 2013

Talam Sago Gula Melaka

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran tapi masak tetap setiap hari. Bahang PRU 13 masih terasa lagi, sana sini kawan2 masih bercerita lagi tentang PRU 13 ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dngn lancar dan tiada perkara yg tak di ingini berlaku. Sama2lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran Bumi Malaysia tercinta ini.

Sebenarnya kuih talam sago gula melaka ni saya buat masa balik kampung utk mengundi tempohari. Kebetulan mak memang suka kuih Talam Tokyo, kali ni saya buat kuih berasaskan sago juga tapi lapisan atasnya saya campurkan gula melaka ikut resepi Talam Cendol. Kedua2nya resepi dari Chef Asma yg telah saya gabungkan...hasilnya memang sedap sangat. Pada peminat kuih talam2 ni bolehlah cuba resepi ni..mmng sedap sangat. Jom semak resepinya..




Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
  • 300 gm sago kecil warna putih
  • 60 gm sohoon
  • 100 gm kelapa parut putih
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam.
Cara-Cara
  1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
  2. Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
  3. Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
  4. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
 Lapisan Atas
Bahan A
  • 200 gm gula melaka
  • 100 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan- simpulkan
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar tpng jagung
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)-sentiasalah di kacau guna whisk ya supaya adunan sekata dan tak berketul2.
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

8 comments:

  1. Eiiii... geramnya kat Yatie ni...selalu tayang kuih sedap2 tau... terlior la pulak...

    ReplyDelete
  2. salam kak yatie..

    sangat menarik dan unik resepi ni kerana menggunakan sago dalam resepi talam ni..

    ReplyDelete
  3. sy minit jugak kuih ni...cari masa nak buat la...nanti sy nak cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  4. Saya pon nak try nanti, in syaa Allah....

    ReplyDelete
  5. salam kak yati, Liza mmg suka tgk resepi talam kat sini, menarik..

    ReplyDelete
  6. Talam kak yatie ni kemas je bila dah potong. Bila lah no pndi menalam cam akak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails