Tuesday, May 28, 2013

Bingka Jagung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan bersama resepi bingka jagung yg saya buat semalam. Pada mulanya nak buat bingka pandan, tetiba tukar plan jadi bingka jagung lah pulak. Kebetulan dah lama tak makan bingka jagung, bila puasa ni, tekak jadi teringin nak makan macam2. Sambil masak sambil membancuh adunan bingka jagung ni. Dapatlah kiranya sediakan juadah berbuka puasa semalam. Alhamdulillah sedap kuih ni, terasa lemak manis jagung krim tu. Resepi macam biasa je, cuma tambahkan jagung manis krim. Pada peminat kuih bakar/bingka tu, bolehlah cuba resepi mudah ni.




Bahan-Bahan-loyang 9x9 inci

  • 1 cawan gula
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung kastard
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 4 biji telor
  •  secubit garam
  • 1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
  • bijan utk hiasan
  • sedikit pewarna kuning
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
  3. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  4. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  5. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing.
  6.  Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

9 comments:

  1. tgk yummyy..nk ttry buat ntah bila

    ReplyDelete
  2. salam..sdpnya..td masuk rmh yana mkn binka...singah sini pulak le merasa bingka jagung..hemmm kenyang....garing kat atas tu yg buat sdp...

    ReplyDelete
  3. nampak sedap, resipinya mudah dan praktikal bagi yang bekerja. As father, i also pratic the same way. Come visit my blog
    www.ladabenar.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Bau jarum ni..enak klu dpt ni..x cukup sepotong

    ReplyDelete
  5. alahaiii sedapnyer kak! kita suka bingka apa2pon... amik resepi dulu yer! macehhhhh

    ReplyDelete
  6. kak yatie nk tnya skit..kalu nk buat pulut kuning guna resepi akak tu guna santan pekat ke..cair atau biasa?sory la ye kita 1st time nk msk pulut hehehe..tq

    ReplyDelete
  7. asmkm kak yati,terma kasih sudi share resepi...izinkan dan halalkan saya share resepi ni yeee...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails