Wednesday, March 20, 2013

Talam Vanilla Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan kuih talam vanilla coklat yg sungguh sedap. Mudah je buat kuih ni, sekali imbas mcm kuih talam suji kan, sebenarnya tidak. Kebetulan saya ni suka benar aiskrim vanilla coklat, masa makan tu, terfikirlah pulak nak buat talam warna mcm ni...tentu sweet sangatkan. Bila dah buat tu, maka terhasillah kuih talam perisa vanilla dan coklat ni. Pada peminat kuih talam tu, bolehlah cuba. Jom semak resepi mudah ni.





Bahan-Bahan- loyang 10x10x3 inci
Lapisan Bawah
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 biji telur-pukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Sentiasalah di kacau guna whisk supaya tak berketul2.
  4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 3 biji telur
  • 1 cwn gula pasir
  • secubit garam
  • 1 sudu besar serbuk koko- bancuh dngn 4 sudu besar air suam
  • 1 sudu kecil coklat emulco
Cara Menyediakan Lapisan Atas
  1. Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko.. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama 20 minit.
  4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
Tips.

** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna kitchen towel.

** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.

** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

14 comments:

  1. Aslmkum Yati
    lembut je nampak talam vanila coklat ni.....tengok gambar dr jauh ingatkan puding tadi.
    nampak sedapp....kiv dulu resepinya..
    tahniah buat Hamka...moga terus cemerlang!

    ReplyDelete
  2. salam kak yati
    teringinnya nak buat talam
    tp kena beli pngukus yg besar sikit

    ReplyDelete
  3. Salam kak yati...pantang nampak kalau yg ada coklat ni....tguda sudah....simpan resepi dulunye kak...nnti dh buat bg laporan..:-)

    ReplyDelete
  4. suka makan kuih talam ni..dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  5. Salam kak yati...sedapnya..ct suka talam pandan..yg kat bwh pandan dan atas tu santan...

    ReplyDelete
  6. salam kak,
    seriess!! cun nama dan rupa paras kuihnya..

    ReplyDelete
  7. salam kak...sedapnyer tgk kuih talam ni...tergugat iman kelaparan fiza pagi2 ni....sedapnyerrrr

    ReplyDelete
  8. As'salam Kak Yatie,
    hebat lah ... macam-macam ada!
    nampak sedapnyer! Nina masuk list dulu ehh..
    TQ kak

    ReplyDelete
  9. Nampak mcm sedap aje,nak cubalah nanti.Terima kasih sudi berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  10. Yatieeeee....apasai la menggoda2 tekak akak ni...masuk list dulu laaa... *telan air liur...*

    ReplyDelete
  11. Asslamualaikum,Amboi kau yatie macam2 talam pandai buat ya akakni
    bila nak pandai mcam yatie.....

    ReplyDelete
  12. Salam, nampak sedap insya Allah nak try buat nanti. Tq for sharing

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails