Monday, February 25, 2013

Kek Asam Manis-Kukus

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni kita kongsikan resepi kek kukus asam manis yg lembut, lembap dan sangat sedap. Resepi dari Chef Zubaidah, sudah semestinya sedap...yg penting mudah membuatnya. Saya mmng suka kek kukus asam manis ni. Biasanya kek asam manis di kukus atau bakar selapis demi selapis, kali ni kita kukus je terus satu adunan....mudahkan. Terima kasih juga pada Ita kerana mewar2kan kek yg sangat sedap ni. Izinkan Yatie kogsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kek asam manis, bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya.




 Bahan-Bahan
  • 325 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus


Cara- Caranya
  1. Sediakan loyang berukuran 8x8x3 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar.
  2. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata.
  3. Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis.
  4. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil.
  5. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna.
  6. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan. 
**Aluminium foil tu hendaklah di sapukan mentega di permukaan yg hendak ditutup adunan. Maksudnya di sebelah bawah supaya kek tak melekat bila dah masak nanti. Slmt Mencuba.

8 comments:

  1. wah sedapppp nyer nak jugak la try wat

    ReplyDelete
  2. Tie... dah salin resepinya. Macam tau2 aje ko ye aku ni suka bab kukus mengukus... he he ehh semua bahan rasanya ada kat dapur kecuali endoq yang 6 biji tu wes enteng!

    ReplyDelete
  3. rajinnya kak yatie ni..teringin nak cuba cuma kena tunggu hujung minggu

    ReplyDelete
  4. Dah buat dah..mmg sdap..tp xsempat nk snap dh abis....

    ReplyDelete
  5. salam,kak yatie,sya nk tnya,kt mna kita nk dpt asam manis tu?mcm mna rupanya?

    ReplyDelete
  6. Assalam yatie....izinkn sue salin ur resepi ni ye...nampak sedap...terjngkn pula nak coba. Tq sis

    ReplyDelete
  7. Nampak kek nya sgt gebu. Insya Allah, nnt nak cuba juga

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails