Thursday, September 2, 2010

Biskut Badam Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam saya buat biskut badam rangup resepi dari Mat Gebu. Mulanya ternampak di rumah Ika dan ada juga di rumah Maz. Sempena perasmian oven baru, resepi dari Mat Gebu menjadi pilihan utama. Sebenarnya banyak resepi biskut dari kawan2 lain yg sememangnya sedap2 belaka, tapi biasalah resepi dari CMG memang tak mengecewakan. Biskut ni sedap dan rangup. Saya memang suka kalau biskut ada badam...sedap sangat. Kalau kawan2 nak tahu rasanya.....bolehlah mencubanya. Mat, izinkan akak letak resepinya di sini pula ya...terima kasih banyak2.


Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-

1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

4 comments:

  1. Salam kak yatie! jalan2 sblm tido :D kita mengantuk betul hari ni tak tarik bantal pun satu hari ni hihihi... uuuwaaaaaa..jeles lorrr tgk acu rama2 akak tu, kalau dulu2 suke guna acu rama2 tu. nostalgianyer!

    ReplyDelete
  2. salam kak...dah start wat cookies yer...dah setel ke keje2 ngemas kak? mesti byk benda yg nk diuruskan...

    ReplyDelete
  3. salam kak...dah mula pnas enjin dri msia tu..msti srnok rya thun ni kan dpt braya kat msia..sma la kita kak..tu yg kemaruk wak ckut rya smpai 11 jnis..hehe..slmat brpuasa utk kak sklrga dan slmat mnymbut hri lebaran..kita esk mula brcti..nk blik kmpung yg dah 3 thun xblik..bye kak..insayaallah nti jmpa lgi ye..

    ReplyDelete
  4. salam yatie - selamat berblog kembali dab selamat mengukis....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails