Thursday, May 17, 2012

Lepat Labu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Minggu lepas, minggu ni dan minggu depan merupakan minggu peperiksaan bagi anak2 saya. Walau kat rumah, perhatian mestilah lebih buat anak2. Masak tu mcm biasalah, tapi bab nak tangkap gambar tu...adoyaiiii malas betullah. Kadang2 tu kalau dah penat sangat, makan pun tak lalu walau ada menu kegemaran kita pada hari tu. Walauapa pun, mestilah jaga kesihatan, tidur yg cukup, rehat yg cukup dan mestilah makan utk tambah tenaga. Oklah takmo celoteh panjang, petang ni kita layan lepat labu yg sangat sedap ni. Suka tngk kaler oren yg original ni, takyah tambah pewarna dah menawan kaler kuih ni. Terima kasih pada Sheila kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat labu tu, bolehlah mencubanya..mmng sedap.



Bahan
-Bahan
  • 1 biji labu (sy guna yg sedang)
  • 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 biji isi putih kelapa parut
  • Sedikit garam
  • Daun pisang yg di layukan dan lap bersih
Caranya
  1. Kupas labu, potong dadu rebus bila dah empuk toskan airnya sejukan dan lecek hingga halus
  2. Masukan tepung dan gula kacau sebati (tepung begantung pada byknya isi labu jgn telebih nnt kuih keras pulak)
  3. Satukan kelapa dgn garam
  4. Letakan adunan labu di tengah daun pisang dlm 1 1/2 sudu dan letak kelapa ditegah kemudian tutup semula dgn 1 sudu isi labu tadi lipat daun pisang dgn kemas
  5. Kukus selama 15 -20 minit dan sejukan.

18 comments:

  1. Salam yatie... ye la.. la ni minggu peperiksaan..perhatian kena lebih pada anak2..moga mereka berjaya.. tapi lepat labu tu boleh mengubat penat kita..

    ReplyDelete
  2. Assalam Yatie...

    Sedap lepat labu ni...ingat dulu2 arwah tok suka buat lepat ni...Labu dia tanam, Kelapa dia petik d tepi telaga, Daun pisang d salai atas rumbun api...wah..indah suasana gitu..Rindunya kuih2 kampung....

    ReplyDelete
  3. Aslmkum kak!
    Lepat labu buat minum ptg. . Sedap tu. Makan panas2. Ibu kan. . Mmg mcm tu. Sllu ambik berat soal anak2. Sbb tu kita pun sbg anak harus ingat pengorbanan mereka. Apa pun hope anak2 akk berjaya :))

    ReplyDelete
  4. Salam kak Yatie cayang muahh muahhzzz wahh ini best ni!
    Bonda memang suka kalau kuih dari labu.. tak pernah cuba nanti sha nak cuba.. tapi tunggu bonda ada hehehhe.. cayang akak muahhzz

    ReplyDelete
  5. salam...sdp tu lepat labu..suka kuih2 lembut cam ni...nak pula buah labu....sarapan pg dan petang pun boleh kan

    ReplyDelete
  6. alahai yatie .. lamanya ella tak makan lepat. dan lamanya ella tak dtg ke sini. rindulah dgn masakan yatie.

    ReplyDelete
  7. salam kak...wahh rajin betul akk melepat ye,Liza xpernah lg buat lepat labu ni, cuma pernah mkn yg jiran bg je....
    nmpak sedap je lepat akk tu...

    ReplyDelete
  8. Hai Yatie...
    tak cukup kenyang dapat hantaran lepat labu di MDM, ni datang ke sini nak menambah he he hehh

    ReplyDelete
  9. assalam kak Yatie
    lepat labu ni bekalan anak2 tiapkali blk dari kg he he makan dlm keta
    memang sedapkan. sy suker letak inti kelapa parut lebih2 he he

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum kak Yatie, sedapnya tgk lepat labu akak ni...saya dah lama tak beli labu ni..nk kena cari labu la nanti..hehe

    ReplyDelete
  11. salam kak yatie..color dia tue menarik btul la..x pernah buat lg tau..biasanya lepat pisang jew..mesti sedap kan:)

    ReplyDelete
  12. assalam yati, wah! sedap npk lepat labu tu! ada lg tk?? nk bekfes kt sni :) zila66

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum kak Yatie...
    uwaaaa....ada lepat labu lak yerk...
    sedapppp tu..
    cantikk kuningnya...

    ReplyDelete
  14. enak tu kak, nampak kuning2 yang sunshine tu lg meriah nak makan..

    ReplyDelete
  15. Salam kak yati...selalu singgah kat blog kakak tapi tak pernah komen..ari ni nak komen plak....:) sedapnyer tengok lepat labu ni...

    ReplyDelete
  16. Salam yatie..sedapnya lepat labu.Makn panas2 mmg menjadi kesukakan atie,klu dah sejok tu cam kurengggg sikit :D
    Selamat hari ibu tuk yatie uga.

    ReplyDelete
  17. Assalam yatie,
    waduh ada lepat labu kat sini..dari jauh dah nampak memanggil2 warna kuning labu tu..pasti sedap ni kan yatie, so far kita tak pernah lagi buat lepat labu ni boleh masuk list lah..adeh!!!

    ReplyDelete