Saturday, April 30, 2011

Puding Balqis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat Puding Balqis resepi K.Nor. Lama dah nak buat puding ni, asyik tertangguh je. Mulanya nak buat Puding Tauhu resepi K.Nor, memandangkan guna agar2 strip...tak jadilah nak buat. Lagipun dah lama tak beli agar2 strip, yg ada kat rumah ni pun cuma stok agar2 serbuk..mudah memasaknya. Bila dah beli agar2 strip nanti, bolehlah cuba resepi Puding Tauhu tu. Apa pun puding balqis ni sedap sangat...lebih2 lagi bila di makan sejuk....terasa nyaman je tekak....makan satu tak cukup, rasa nak lagi dan lagi dan lagi dan lagiiiiiii.....berapa banyak lagi daaaa....

Terima kasih K.Nor kerana berkongsi resepi puding yg sedap ni. Izinkan Yatie kopipes kat sini pula ya. Kalau singgah blog K.Nor ni, banyak menu2 yg sedap2 dan menarik perhatian. Rasanya banyak lagi menu puding yg akan saya cuba...terima kasih sekali lagi...




Bahan-bahan
  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 450ml air
  • 150ml susu cair
  • 2 biji telur gred A
  • 5 sudu besar gula
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna mengikut citarasa masing2
Cara-Cara
  1. Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
  2. Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
  3. Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td. Kacau hingga sebati.
  4. Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
  5. Sendukkan adunan puding kedalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak bolos masuk dalam lapisan yg pertama.
  6. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.
# Bg yg menggunakan hand mixer, utk dptkan telur yg betul2 gebu, pukul putih telur dahulu hingga kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk, telur2 tu tak tumpah). Lepas tu baru masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lg hingga kembang dan gebu.

Friday, April 29, 2011

Ikan Siakap Kukus Tiga Rasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hai dah mlm ni barulah sempat nak update blog. Biasalah bila hari persekolahan ni, asyik busy memanjang jek...tak mengapalah ya, asalkan ada menu terbaru kat blog ni. Kalau menu sama je 2/3 hari....tentu boring kan. Hari ni saya masak Ikan Siakap Kukus Tiga Rasa. Dah lama teringin nak cuba resepi ni, aritu singgah blog K.Ummi, terliur je tngk ikan siakap ni. Resepi ikan ni lain sikit cara memasaknya. Ikan di kukus dahulu, manakala bahan2 rempah di tumis sehingga masak, barulah curahkan di atas ikan yg di kukus tadi. Apapun mmng sedap rasanya.

Hari ni apalagi, saya masak 2 ekor ikan siakap, jadi bahan2 rempah kenalah gandakan ya. Resepi asal adalah dari Chef Norzailina, K.Ummi kopipes dari Noreen kalau tak silaplah dan saya C&P dari K.Ummi pula. Terima kasih pada penyumbang resepi....alhamdulillah mmng sedap sangat bila ikan siakap masak mcm ni. Pada peminat ikan siakap tu, bolehlah cuba resepi ni dan pelbagaikan lagi menu ikan siakap. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos:-
  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis
  • 1 cam. teh kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Thursday, April 28, 2011

Mee Jawa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya masak mee jawa. Rasa mee jawa ni seakan2 mee rebus. Kalau masak mee mcm ni...hai mmng laku kat rumah ni. Anak bujang saya makan penuh selera, lagipun mee jawa/ mee rebus mmg mee kegemarannya. Kebetulan masa ni anak bujang saya tengah bercuti, so macam2lah permintaannya yg perlu di tunaikan. Maklumlah dulu berjauhan, sekarang tidak lagiiiiiii. Cakap jelah nak makan apa, insyaAllah akan mama tunaikan permintaanmu. Resepi ni saya ambil dari FP K.Hanieliza. Resepi K.Liza ni mudah dan yg penting sedap. Terima kasih K.Liza kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Jom kita semak resepinya....kalau teringin tu...bolehlah mencubanya..

Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan ekornya dan celur sekejap je..)
  • 2 tangkai daun bawang/ daun sup (dihiris)
  • 5 biji cili merah/hijau (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:
  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 batang serai * (bhn bertanda * di kisar halus)
  • Sedikit halia *
  • sedikit lengkuas *
  • 100 gm udang kering *
  • 2 s/b cili kisar
  • 3 s/b serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • air secukupnya ikut kepekatan yg di kehendaki
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang di kisar, rempah & cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan keledek kisar. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan dgn mee yg telah di celur dan bahan yg dihiris.
  5. Tuangkan kuah ke atas mee dan selamat menjamu selera.

Kuih Talam Yang Membawa Tuah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga anda semua sentiasa sihat dan ceria. Ok, kali ni nak cerita tentang pertandingan memasak kuih talam yg di sertai oleh K.Noorsafone. Syukur Alhamdulillah K.Noor mendapat tempat pertama dlm pertandingan pelbagai jenis kuih talam. Kuih Talam Kastard Jagung menjadi pilihan para juri. Saya tumpang gembira kerana resepi kuih talam tu menjadi pilihan K.Noorsafone utk di pertandingkan. Tahniah utk K.Noorsafone. Kawan2 boleh singgah di blog Story Of Mama utk mengetahui cerita selanjutnya. Terima kasih K.Noorsafone kerana mengirimkan kad bunga yg cantik sebagai tanda terima kasih pada Yatie. Yatie amat gembira dngn kejayaan akak. Semoga persahabatan yg terjalin ini akan berterusan dan berkekalan hendaknya. Di sini Yatie sertakan sekali gambar kuih dan hadiah kemenangan K.Noorsafone utk di jadikan sebagai kenangan. Terima kasih sekali lagi.



Award Dari Sazahaiza

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Ini pula award pemberian dari SAZAHAIZA. Terima kasih Saza, cantik betul award ni...suka sangat. Moga persahabatan yg terjalin di alam maya ini akan berterusan dan berkekalan hendaknya.


Wednesday, April 27, 2011

Tahniah Buat K.Yus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak ucap Selamat Ulangtahun Pertama Blog Antan Bertingkah. Tahniah dari Yatie utk K.Yus, moga terus sukses dan berkongsi info, cerita dan pengalaman. Yatie suka singgah blog K.Yus sebab suka tngk kuih2 talam yg pelbagai jenis. Semoga persahabatan yg terjalin ini akan terus berkekalan hendaknya. Terima kasih kak atas kiriman bunga yg cantik tu. Yatie dngn bebesar hati menerimanya. Terima kasih sekali lagi.

Peach Cream Cheese Butter Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek ni saya buat malam tadi. Dah lama tak buat kek, biasanya kami sekeluarga lebih suka kek2 yg ada perisa buah2an. Resepi asal kek ni menggunakan buah blueberry/ blueberry filling, kali ni saya gantikan pada buah peach pula. Alhamdulillah mmng sedap sangat. Kalau dah namaya kek, di campur cream cheese mmng tetap sedap. Kawan2 juga boleh lihat resepi Blueberry Cream Cheese Butter Cake di label kek. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.




Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 200 gm buah peach (peach dlm tin, di toskan dan di potong dadu)
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri -saya guna 2 1/4 cwn tpng gandum+1 sudu kecil b. powder, diayak
  • 250gm butter
  • 250gm cream cheese
  • 1/3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
  2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
  4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
  5. Letakkan hirisan buah peach yg telah di potong dadu.
  6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
  7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

Tuesday, April 26, 2011

Apam Snow White

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Bila tengok apam ni je, tentu kawan2 dah tau apam apa kan? Ramai kawan2 blogger dah membuatnya. Apam ni seakan2 apam salju, apam beras ataupun apam tukaz. Cuma penggunaan tepung beras je yg berlebihan...apapun apam ni mmng sedap dan lembut je. Apam ni pun saya buat 2 hari lepas masa balik kampung aritu. Mak saya mmng suka apam ni...gembira bila melihat mak suka kuih yg kita buat dan makan penuh selera. Resepi asal apam ni adalah dari qnq0910@myresepi.com. Terima kasih pada penyumbang resepi yg sedap ni.



Bahan-bahan ( 5 orang makan )
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.
  2. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
  3. Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur.
  4. Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
  5. Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit.
  7. Note: Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

Monday, April 25, 2011

Ikan Goreng 3 Rasa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Sebenarnya menu ikan goreng tiga rasa ni saya masak 2 hari lepas. Sibuk sangat mengemas sebab nak pulang ke kampung, sampai takde masa nak ngadap lappy ni. Resepi asal adalah dari Cik Cerder@myresepi.com dan saya kopipes dari Mas yg mmng rajin memasak pelbagai jenis menu yg sedap2 tu. Kalau singgah rumah Mas, mmng tak mengecewakan, ada saja menu terkini dan semestinya menyelerakan. Terima kasih Mas kerana memberi idea utk masak ikan goreng tiga rasa ni. Resepi ni mudah dan yg penting ianya sedap sangat...memang terasa kelainannya bila di tambah bawang besar yg telah di goreng dan di kisar halus. Kalau tak percaya...anda cubalah sendiri...baru tau rasanya....jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan- Bahan

  • 1 ekor Ikan bawal / siakap - saya guna ikan kembung dlm 6 ekor
  • 3 biji bawang besar kuning - potong nipis
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 cm halia dicincang halus / ketuk
  • 3 sudu makan cili kering kisar - ikut pedas
  • 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis - saya ganti pada 1 btng kulit kayu manis yg kecik je
  • 1/2 cawan susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikitserbuk kunyit
Cara membuatnya :
  1. Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada ikan dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan bawang besar ke dalam kuali yang sama. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Kisar hingga hancur.
  3. Masukkan bawang putih, halia dan cili kisar ke dalam kuali. Goreng sampai garing.
  4. Masukkan susu cair dan serbuk kulit kayu manis. Biarkan menggelegak.
  5. Masukkan bawang goreng kisar,garam, sedikit gula, kacau sebati dan masukkan ikan. Biarkan sehingga kuah pekat.
  6. Angkat dan sedap dimakan dengan nasi panas.

Saturday, April 23, 2011

Talam Sagu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Sebenarnya saya buat talam sagu ni tengahari tadi. Lepas siap masak terus je godek2 utk talam sagu ni. Bila petang ni, bolehlah merasa talam sagu yg sedap ni. Ramai teman2 blogger yg dah membuatnya, teuja saya nak membuat dan merasa, apalagi ianya mmng kegemaran saya kuih talam ni. Memang berbaloi dan sedap sangat. Terima kasih pada K.Anim kerana berkongsi resepi yg sedap ni, maaf ya sebab Yatie guna pewarna hijau dan letak sedikit perisa pandan. Kawan2 boleh juga lihat di rumah Mas, Nieza, Ita, Zaliedana, Kak Ilah dan teman2 yg lain(tak berapa ingatlah). Jom kita semak resepinya.



Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya- saya guna pewarna hijau
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. Mas guna acuan lompang.
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
  5. Letak adunan lapisan atas.
Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm acuan kecik. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

Bahan untuk lapisan atas :
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.
Nota :
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.
  • Saya guna acuan kecik2 supaya senang keluarkan kuih talam ni.

Friday, April 22, 2011

Ikan Bakar Berempah Harum

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Inilah menu tengahari kami sekeluarga iaitu ikan pari bakar berempah harum. Sebenarnya resepi asal menggunakan ikan siakap, tapi saya guna ikan pari macam K.Nor. Ikan pari ni mmng sedap kalau di bakar macam ni. Terasa harum je gabungan daun kunyit, daun limau purut dan bunga kantan tu. Kalau makan tu, tunduk je takmo toleh kiri kanan....anak panggil pun buat tak tau je....betapalah sedapnya....kih3... Terima kasih pada DJ kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Kawan2 juga boleh lihat resepi ni di rumah K.Nor. Pada kawan2 yg belum mencuba tu, bolehlah cuba resepi yg mudah dan sedap ni.


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)- saya guna ikan pari
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
Bahan-Bahan Dikisar Bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili kisar (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.

Thursday, April 21, 2011

Tauhu Sumbat & Sambal Kacang

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Alang2 tngh rajin ni, saya nak n3 tauhu sumbat yg saya buat petang tadi juga, Lama dah tak makan, sedap betul rasanya. Kali ni saya guna tauhu besar, saya suka tauhu ni sebab rasanya lembut je tak macam tauhu keras tu, kdng2 rasa berongga jek. Tauhu sumbat ni boleh juga di makan seperti makan rojak. Tauhu yg telah di goreng tu, di potong kecik2 sikit dan taburkan sekali dngn timun hiris, sengkuang dan lobak, Pastu tuangkan je dngn kuah sambal kacang tu....wallaaaahhhhh sedap betul....maunya berpeluh2 makan kuah sambal kacang yg pedas2 manis ni. Resepi sambal kacang tu, saya kopipes dari Mat Gebu. Terima kasih Mat berkongsi resepi sambal kacang yg sangat sedap ni. Izinkan akak kongsikan kat sini pulak ya. Alang2 kuah sambal kacang ni ada lagi, saya pun buatlah cucur udang utk di makan bersama kuah sambal kacang ni.



BAHAN TAUHU SUMBAT :-)
  • 4 keping tauhu keras lumur dengan sedikit garam
  • 3/4 cawan parutan sengkuang
  • 3/4 cawan hirisan halus timun
  • 3/4 cawan taugeh yang telah dicelur
BAHAN SAMBAL KACANG :-)
  • 150 g kacang tanah, goreng hingga kuning keemasan, toskan
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 3 biji cili merah*
  • 1/2 inci belacan*-bakar sebentar
  • 5 biji cili padi (optional)*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar petis @ otak udang
  • 2 sudu besar sos cili (saya tambah)
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • Sedikit air (jika perlu)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Tumbuk kacang tanah hingga hancur tapi jangan terlalu halus. Masukkan dalam 1 bekas, tuang bahan kisar halus, petis, jus asam jawa, air (jika perlu), gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau rata bahan2 tadi dan ketepikan.
  2. Goreng tauhu tadi hingga kuning keemasan dan sejukkan. Belah dua tauhu tadi (bentuk 3 segi), kemudian buat belahan di tengah2 bahagiannya. Sumbatkan dengan sengkuang, taugeh dan timun, kemas kan. Buat proses yang sama untuk baki tauhu tadi.
  3. Hidangkan bersama sambal kacang.....
Cara saya= Goreng kacang tanah dan sejukkan. Bwng besar di kupas dan di belah 6. Bwng besar dan bawang putih di goreng sebentar dan ketepikan. Kisar cili merah, cili padi, belacan, bwng besar dan bwng putih bersama 1/2 cwn air masak. Tuangkan ke dlm mangkuk. Kisar kasar kcng tanah yg telah di goreng tadi bersama 1/2 cwn air masak. Satukan kesemua bahan2 dan gaul sebati. Masukkan petis, air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Setelah siap dan cukup rasa, bolehlah di curah kuahnya ke atas tauhu sumbat tadi.

Kuih Talam Bengkak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Petang ni saya makan talam bengkak buat minum petang. Kuih ni sedap sangat, seakan2 rasa talam beras...rasa lemak2 manis, tapi tulah tak tau pulak kenapa namanya Talam Bengkak. Rupa dah cantik daaaa, tapi namanya tak glamour sebab di gelar bengkak....jngn marah ya tuan punya resepi. Saya pun tak taulah kenapa namanya talam bengkak...kalau nak tahu tu, kenalah tanya tuan punya resepi asal ya. Pada saya mungkin selepas di kukus, kuih ni di bakar dlm oven...bila di perhatikan masa dlm oven, permukaan atas tu gelembung sikit dan perang, sbb tulah namanya bengkak....aduhai macam2lah. Bila dah sejuk sedang elok je kuih ni dan senang di potong.

Sebenarnya masa saya bakar kuih ni, permukaan atas tu jadi gelembung perang kehitaman sbb terlebih masa. Saya pun kopek selapis permukaannya, elok pulak tu.....selepas tu saya bakar guna api atas je supaya sedikit garing. Alhamdulillah menjadi elok je. Apa pun mmng sedap kuih ni. Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg sedap ni dan saya C&P dari Ayu Singapore. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya.



Bahan Lapisan Bawah
  • 60 gm tepung beras
  • 30 gm tepung hoen kwe
  • 300 ml santan pekat KARA
  • 1/4 sudu teh garam
  • 200 ml sirap gula melaka (1 ketul gula melaka dimasak dgn 100ml air, saya tambah 2 helai daun pandan...masak dan tapiskan)
Bahan Lapisan Atas
  • 60 gm tepung beras
  • 30 gm tepung hoen kwe
  • 100 gm gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 300 ml santan pekat KARA
  • 200 ml air
Loyang 8" empat segi
Cara-cara
  1. Satukan bahan lapisan bawah, tapis dan masukkan ke dalam periuk non stick dan masak dengan api perlahan hingga mula pekat. Angkat dan segera tuangkan kedalam loyang yang telah dialas dengan daun pisang.
  2. Ratakan adunan tadi dan kukus selama 15 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu satukan bahan lapisan atas, tapis dan masak dalam periuk non stick hingga mula pekat dan dengan segera tuangkan keatas lapisan bawah tadi. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 15 minit. Angkat dari pengukus dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar pada suhu 200c selama 25 minit atau hingga kekuningan.

Wednesday, April 20, 2011

Cinnamon Roll

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni kita bf cinnamon roll pula ya. Sebenarnya ini adalah projek malam tadi. Alang2 ada lebih yis yg dah di buka, saya pun merajinkan diri membuat roti yg mudah ni. Yis ni kalau dah di buka, kenalah habiskan cepat...kalau tak, masuk angin. Bila dah masuk angin, bila nak buat kuih dah tak naik, bantat jadinya. Cinnamon roll saya ni tak berapa cantik macam Mat Gebu punya. Kalau tengok yg Mat Gebu buat...waduhhhh tergoda betul di buatnya...tak kelip2 mata ni. Cantik dan halus je hasil kerja tangan Mat Gebu. Akak mmng kagum betullah. Apa pun akak berterima kasih pada Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Suami dan anak2 memuji2 akak kesedapan dan kelembutan cinnamon roll ni. Kalau kawan2 nak buat tu, bolehlah rujuk cara2nya di blog Mat Gebu ya.
Terima kasih sekali lagi Mat, izinkan akak kongsikan resepinya di sini ya.





BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 200 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram tepung whole meal (saya guna tpng roti je)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g lemak sayur (shortening)
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 5 biji ceri merah, dikerat dua setiap biji, untuk hiasan
BAHAN TABUR :-)
  • 1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
  • 3 camca besar gula perang (brown sugar)*
  • 1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
  • 1/2 cawan kismis,
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
  3. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
UNTUK CINNAMON ROLL :-
  1. Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
  2. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper dan hias dengan sepotong ceri merah. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..

Tuesday, April 19, 2011

Gulai Kari Ketam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak awal sikit. Maklumlah saya beli ketam, jadi tak bolehlah di biarkan lama2 kat dapur tu..kang berjln pulak ketam tu. Bila dah masak tu...apa lagi, saya pun meratah dulu sorang2...hai sedap betullah. Lama tak makan ketam, sesekali layan, mmng tak hengat orng lain... hehehehe... Bila suami dan anak2 balik nak makan nanti, kita pura2lah belum menjamah ketam ni...barulah dpt makan lebih. Hai penangan ketam ni mmng sedap betullah..sedap hingga menjilat jari. Saya goreng sebahagian ketam ni sbb anak bongsu saya tak makan pedas. Kesian pulak bila dia nak makan ketam nanti. Kalau masak lauk ketam ni, terpaksalah masak lauk lain. Saya masak ayam kunyit buat lauk sampingan. Oklah jom kita semak bahan2 utk memasak gulai kari ketam ni. Gulai ni sedap tau di tambah timun, boleh juga di gantikan nenas. Selamat Mencuba.



Bahan-bahan
  • 10 ekor ketam
  • 1 biji buah tomato- di belah 4
  • 1 batang timun- di belah 4 dan potong 2 inci
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan*
  • 1 sudu kecil serbuk jintan halus*
  • 1 sudu kecil jintan kasar*(* bancuh dngn sedikit air)
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar cili kisar
  • sedikit belacan
Bahan Tumis
  • 2 biji bwng merah- dimayang
  • 1 ulas bwng putih- di mayang
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 1 btng kulit kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga, 1 kntm bunga cengkih
Cara-cara
  1. Bersihkan ketam, cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumis. Tumis sebentar.
  3. Masukkan bahan2 kisar dan tumiskan sehingga naik bau.
  4. Masukkan serbuk kari dan serbuk jintan yg di bancuh dngn sedikit air. Gaul lagi dan tumis sehingga sebati.
  5. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih sebentar.
  6. Masukkan ketam, timun, asam keping, garam, dan sedikit gula. Gaul sebati.
  7. Masukkan santan pekat, tomato dan gaul lagi. Biar mendidih dan kacau sebentar.
  8. Perasakan, bila dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.

Monday, April 18, 2011

Donut Tofu Lembut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni saya dan keluarga sarapan Donut Tofu Lembut je. Sebenarnya saya buat donut ni malam tadi, pagi ni senanglah sikit takyah bersusah payah menyediakan sarapan pagi. Anak2 pun bukan main suka lagi bila permintaan mereka di tunaikan. Saya nak buat kek malam tadi, tapi anak2 suruh buatkan donut, nak bawa bekalan sekolah katanya. Saya pun tukarlah agenda, dari kek terus ke donut. Alhamdulillah saya buat donut yg sangat lembut dan sedap sangat. Tak sangka tofu lembut pun boleh di buat donut....sedap pulak tu.

Terima kasih pada Ros@Jintanmanis kerana berkongsi resepi donut yg sangat sedap. Ros ni mmng pakar membuat donut dan pelbagai jenis roti. Kawan2 bolehlah singgah utk melihat sendiri keayuan dan kegebuan donut dan roti2 yg Ros buat. Donut Tofu Lembut ini juga saya pernah nampak di rumah Mas. Mas ni pun rajin mencuba pelbagai jenis donut dan roti2 yg sangat gebu. Suka bila tengok kawan2 buat roti sendiri dan menjadi dngn jayanya. Kalau guna BM mmng mudahkan, setakat ni saya masih uli adunan guna tangan je...alhamdulillah tetap menjadi. Kalau kawan2 nak merasa donut tofu lembut ni, bolehlah mencubanya...berbaloi tauuu..sedap sangat. Jom kita semak resepinya.




Bahan-bahan
  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boleh)
  • 125 gram taufu lembut - boleh lihat DISINI
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung / skim milk - Mas tak letak
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 160 ml susu suam@air suam - Saya uli guna tangan, tuang air sikit2 sehingga menjadi doh yg dikehendaki
  • 40 gram shortening (saya letak 1 1/2 sudu besar)
  • 4 sudu besar gula
  • 6 gram yis (saya letak 2 sudu kecil)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.
Cara membuat Doh :
  1. Kaedah 1 : Penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2 : Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut : Ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan dengan menggunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Nota: Ros bentukkan donut taufu ni macam anyaman dan pintalkan, boleh lihat DISINI bentuk donut yang dipintal tu, lepas tu goreng macam biasa, kasi lain sikit rupanya, anak-anak pun suke. topping saja donut ni ikut selera masing2, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut ini, Selamat Memasak semua.

Sunday, April 17, 2011

Asam Pedas Singapura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Mlm ni nak n3 menu Asam Pedas Singapura. Sebenarnya saya masak 2 hari lepas, baru hari ni berkesempatan nak n3 lauk yg sangat sedap ni. Terasa kelainannya bila asam pedas di campur sedikit kerisik, mmng sedap. Saya pun tak pasti betul ke ini asam pedas Singapura, kalau nak tau tu, kenalah tanya kawan2 di Singapura ya. Saya main ikut je resepi dari Ita ni. Apa pun asam pedas ni mmng sedap. Saya guna ikan pari..wallahhhh terasa betul kesedapannya. Resepi asal adalah dari Hjh Mahani Abdul Rahim dan saya C&P dari Azlita dan Ita kopipes dari Buku Masakan Pn Asmah Laili. Terima kasih pada penyumbang resepi. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya..jom kita semak resepinya.



Bahan - bahan
  • 1 ekor ikan duri atau ikan pari - dipotong dan dicuci bersih
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 mangkuk daun kesom
  • 200 gm asam, diramas dgn 1 cwn air dan ditapis
  • 1 cawan minyak masak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • 1 sudu makan kerisik
  • air secukupnya
Bahan Kisar
  • 20 tangkai lada kering - direndam
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan belacan
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak didlm periuk.
  2. Tumiskan serai sehingga naik aromanya. Setelah itu masukkan bahan yg dikisar.
  3. Tumis lagi hingga rempahnya garing. Barulah masukkan ikan dan air asam.
  4. Gaul sehingga rata. Biarkan sehingga menddih.
  5. Apabila ikannya sudah masak, masukkan pula daun kesum dan garam secukup rasa. Enak dihidangkan dgn nasi putih.

Thursday, April 14, 2011

Ayam Sambal Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah petang ni baru sempat nak n3 lauk tengahari tadi. Menu sempoi je tapi laku sangat kat rumah ni. Saya mmng suka kalau lauk2 mcm ni. Walau ayam ni saya masak seekor, tapi saya asingkan sikit utk anak bongsu saya sebab tak tahan lauk ayam pedas ni, pastu saya gorengkan sayur campur buatnya. Bila dah siap semuanya, saya pun masaklah lauk ayam sambal hijau ni....fulamak mmng kena dngn citarasa kami sekeluarga. Biasalah, kalau sambal letak belacan....baunya satu rumah, dngn tuannya pun bau belacan sekali. Ok bila dah siap masak tu, cepat2lah mandi dan harum2 sikit, taklah bila suami pulang dari kerja bau belacan je si isteri...hehehehe..

Resepi ni saya jumpa di buku Senangnya Memasak Sambal dan Sos dari Chef Hanieliza. Resepi ni mmng mudah dan yg pastinya sedap. Maaflah sebab saya ada tambah sedikit bahan2 ikut kesesuaian citarasa sendiri. Terima kasih K.Liza atas perkongsian resepi yg sedap ni. Kawan2 apa lagi, bolehlah mencubanya...


Bahan- Bahan
  • 1 ekor ayam (dibasuh & tuskan)
  • 3 biji kentang ( di kupas kulit, belah dua dan potong serong) *saya tambah
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (dihiris kasar)
  • 5 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
  • 5 biji cili hijau
  • 20 biji cili api hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • sedikit belacan
Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.
  2. Gorengkan pula kentang sehingga masak dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan yg dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, bawang besar, garam dan sedikit gula. Kemudian kacau rata.
  5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi.
  6. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

Donut Mayonis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah sarapan ke belum? Pagi ni saya bf donut mayonis. Lama dah nak buat donut ni, baru ni berkesempatan utk membuat dan merasa donut mayonis ni. Alhamdulillah mmng sedap sangat...terasa lembut je walau dah sejuk. Resepi asal adalah dari Ros Jintanmanis dan saya kopipes dari Mas Duniaku. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya sendiri....mmng berbaloi. Saya cuma salut gula halus je....tiada kerajinan utk salut coklat pepagi ni. Anak2 macam biasalah, tak sabar nak bawa bekal nak bagi kawan2nya rasa donut buatan mama nya. Jom kita semak resepinya. Saya uli doh guna tangan je..



Bahan-Bahan
  • 330 gram tepung gandum
  • 1 1\ 2 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 1 biji telur - dipukul sedikit mengunakan garpu
  • 140ml air suam
  • 1 1\ 2 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 4 gram yis @ 1 1/2 sudu kecil
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.
Cara membuatnya :
  1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Wednesday, April 13, 2011

Apple Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni tayang apple cake...kek ni sedap sangat. Saya suka rasa masam manis kek ni. Sebenarnya kek ni saya buat 2 hari lepas. Masa tu nak perabihkan stok epal yg tergolek sana sini tak di makan. Sekarang musim durian, jadi buah macam ni tak berapa lakulah. Dari membazir dan terbuang begitu je, saya pun carilah resepi kek epal ni. Alhamdulillah, saya jumpa resepi kek epal yg sangat sedap dan moist dari Yani di MyR. Sebelum ni pernah nampak di rumah Izah, masa tu nak buat takde stok epal, bila dah ada tu..mulalah projek membuat kek epal ni.Terima kasih pada Yani kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kopipes kat sini pula ya. Kali ni saya buat 2 adunan dan guna loyang 8 inci, sedang elok je naiknya. Jadi bahan2 mestilah di gandakan ya. Jom kita semak resepinya....Selamat Mencuba.



Bahan-bahan ( 18x18 cm )
  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

Tuesday, April 12, 2011

Tahniah buat Nieza

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Malam2 mcm ni baru leh ngadap lappy lama sikit. Alang2 dah ngadap lappy ni, saya nak gantungkan postcard yg sangat cantik yg datangnya dari jauh. Pengirimnya adalah dari Nieza di Finland....wow ada kawan dari OberC lagi, jangan tak caya...hehehe...kawan antarabangsa lagi....hehehehe. Seronok sangat berkawan dgn Nieza ni...orangnya sederhana dan sporting abes. Sebenarnya postcard ni di kirimkan sempena ulang tahun blog Nieza yg pertama.

Tahniah buat Nieza@Our Journey Begins, moga terus sukses dan terus berkongsi ilmu masakan dan pengalaman yg menarik sepanjang berada di perantauan. Semoga persahabatan yg terjalin di alam maya ini akan terus berkekalan hendaknya...moga suatu hari nanti kita pasti bersua muka. Terimalah bunga dari akak sebagai tanda persahabatan. Maaflah terlewat sikit sbb busy memanjang....


Award Dari NoorSafone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam ni nak gantung lagi award yg di terima dari teman di alam maya. Award kali ni datangnya dari NoorSafone tanda persahabatan sempena follower blognya yg mencecah 500 walaupun baru beberapa bulan berblogging. Tahniah di ucapkan. Semoga Noorsafone terus sukses dan berkongsi ilmu yg bermanfaat pada kita semua. Semoga persahabatan yg terjalin ini berkekalan hendaknya.

Sambal Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tentu semua dah makan...lagi pun dah petang ni, mestilah ibu2 yg tak bekerja tu dok sibuk menyiapkan juadah minum petang pula. Ok, hari ni saya masak lauk daging. Kalau lauk daging ni, ada anak saya yg tak berapa gemar, so saya masakan sup ayam campur kentang utk mereka. Berselera masing2 makan, lagi2 anak bongsu saya Hamka tu...suka betul kalau lauk sup ayam.

Alang2 dah masakan lauk kegemaran anak2, apa salahnya saya masak lauk kegemaran saya dan suami pula. Kali ni saya masak sambal daging resepi dari K.Liza. Saya suka sambal daging yg ringkas ni. Biasanya kita makan sambal ikan bilis, sambal udang, sambal ikan dan sambal ayam.....kali ni kita cuba pula sambal daging. Resepi ni saya tambah sedikit kicap dan daun limau purut...mmng sedap dan bertambah2 selera di buatnya....sehinggakan dah siap makan pun, saya dok ratah2 daging gitew je. Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Jom kita semak bahan2nya.


Bahan-Bahan
  • 500 g daging batang pinang [hiriskan nipis dan kecil]
  • 1 labu bawang besar [ di potong gelang]
  • 1 biji buah tomato -potong 6 -saya tambah
  • 1 tangkai cili merah- potong serong-saya tambah
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar kicap- saya tambah
  • 2 batang serai [ketuk]
  • 5 helai daun limau purut- saya tambah
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
Bahan Mesin
  • 20 tangkai cili kering- saya guna 1 cwn cili kisar
  • 2 labu bawang besar (saya guna 1 biji bwng besar+5 biji bwng merah)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia-saya tambah
Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan serai & bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak,
  2. Masukkan daging yg telah dibasuh & toskan.
  3. Masakkan sehingga daging lembut .
  4. Masukkan sos tomato, garam dan secubit gula. Kacau rata.
  5. Masukkan bawang besar dan daun limau purut. Kacau rata sekali lagi.
  6. Rasakan garam dan boleh hidangkan.
**Kalau guna daging biasa, rebus sehingga empuk dan toskan.Masak seperti biasa.

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni tayang kek coklat tanpa telur pulak. Ramai kawan2 dah mencubanya dan saya pun takmolah ketinggalan lagi. Kek ni sedap, mudah dan sangat lembut...nak menyediakannya pun mudah je. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri. Resepi asal dari DJ yg mmng pakar membuat pelbagai jenis kek. Kalau singgah rumah DJ,macam2 kek yg mahu di cuba...tapi tulah kena ikut giliranlah. Terima kasih DJ berkongsi resepi kek yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kopipes kat sini pula ya. Kawan2 juga boleh lihat di rumah K.Nor yg buat versi Cupcake.



bahan-bahan : loyang 6-7 inci (saya guna loyang 5 inci)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Monday, April 11, 2011

Award dari Izah

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Kali ni nak gantung award pula. Award ni cantik sangat, dan saya dapat dari Izah Muffin Lover. Kalau singgah blog Izah ni, macam2 muffin ada kat sana....maklumlah tokey muffin katakan. Kalau dekat maunya akak order je Izah, malas akak nak buat sendiri..hehehehe.... Terima kasih Izah atas ingatan dan kesudian Izah memberi award ni pada akak. Terima kasih juga pada Love2Cook yg memanjang2kan award yg cantik ini pada bloggers masakan. Moga ilmu yg berguna ini dapat di manfaatkan bersama. Terima kasih sekali lagi...sayang kamu semua.


Tahniah Buat Mas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bila malam ni barulah free sikit nak ngadap lappy dan BW. Ini pun sambil dok jeling2 anak buat kerja sekolah ke tidak. Biasalah anak2 ni, kena beri perhatian lebih kalau kita nak anak2 berjaya dlm pelajaran. Kalau kita sambil lewa...anak2 pun sambil lewa jugalah. Oklah, di kesempatan ini saya nak gantung kad cantik yg di terima dari Mas Duniaku. Kad ini di beri oleh Mas kepada semua pengunjung dan peminat blog Duniaku sempena ulangtahun pertama blognya. Terima kasih Mas, cantik kad ni, moga Mas terus sukses dlm dunia blogging dan berkongsi resepi2 yg best lagi. Akak rasa seronok mengenali Mas walau di alam maya. Moga suatu hari nanti kita pasti bersua di alam nyata...insyaAllah.



Bunga ni khas untuk Mas..Terimalah bunga dari akak

Sunday, April 10, 2011

Serimuka Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat kuih serimuka durian utk minum petang. Adunan ni dapatlah seloyang besar 10 inci. Boleh buat minum petang merangkap sekali utk sarapan pagi. Kuih ni sedap, lemak dan lembut. Baunya jangan cakaplah...harum semerbak je bau durian. Kalau makan kuih ni terasa macam makan durian, eehhh betullah durian, takkan cempedak pulak....kan...mmng sedap sangat, mmng kena betul bila di gabungkan dngn pulut. Terasa macam makan pulut dan serawa durian pula. Pada penggemar durian tu, bolehlah mencuba kuih serimuka durian ni...pada yg tidak dan tak suka bau durian tu...tengok jelah ya. Jom kita semak bahan2nya.




Bahan Lapisan Bawah (loyang 10 inci)
  • 2 cawan pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil minyak
  • sedikit garam
Cara-Caranya
  1. Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam.
  2. Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan cair yg bercampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
  3. ** Sementara menunggu bahagian bawah/pulut masak, kita bolehlah menyediakan bahan2 utk lapisan atas.
  4. Setelah masak, angkat dan tekan2kan sehingga padat.
  5. Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Bahan Lapisan Atas
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 cawan isi durian
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung tepung kastard
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 s/k garam
Cara-Caranya
  1. Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam.... kisar lagi.(kalau blender tak muat, blend separuh2..)
  3. Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
  4. Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat.
  5. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana.
  6. Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik dan hidangkan.
**Guna 2 biji kelapa, asingkan santan pekat dan santan cair. Kalau guna santan kotak 200ml setiap satu, gunakan 2 kotak. 100ml santan pekat dan selebihnya air utk kuantiti santan cair. 300ml santan pekat dan selebihnya air utk adunan santan pekat. Selamat mencuba.