Friday, April 22, 2011

Ikan Bakar Berempah Harum

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Inilah menu tengahari kami sekeluarga iaitu ikan pari bakar berempah harum. Sebenarnya resepi asal menggunakan ikan siakap, tapi saya guna ikan pari macam K.Nor. Ikan pari ni mmng sedap kalau di bakar macam ni. Terasa harum je gabungan daun kunyit, daun limau purut dan bunga kantan tu. Kalau makan tu, tunduk je takmo toleh kiri kanan....anak panggil pun buat tak tau je....betapalah sedapnya....kih3... Terima kasih pada DJ kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Kawan2 juga boleh lihat resepi ni di rumah K.Nor. Pada kawan2 yg belum mencuba tu, bolehlah cuba resepi yg mudah dan sedap ni.


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)- saya guna ikan pari
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
Bahan-Bahan Dikisar Bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili kisar (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.

13 comments:

  1. ish..ish.....meleleh i liur ni haa...

    ReplyDelete
  2. kak yatieee...

    hamka tengah wat per?makan kuih talam hijau ke?hehehe..
    woo nampak sedap la ikan bako gini. nak jugak la.
    tunggu laling balik baru leh buat ni

    ReplyDelete
  3. kak yati...mas suka ikan bakar ni...
    sangat sedappp..hingga menjilat jari..
    lama dah tak buat..
    cubit sikit ikan akak tu..he..he..

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie...

    Ingat nak tryla masak cam ni....nampak sedap je...kak cek amik resepi dulu eekk...

    ReplyDelete
  5. Salama..K.Yatie..zla pon rasanya kena try gakla sbb memandangkan ader 2 kuntum bunga kantan lg dlm esbok:)

    www.cikladablog.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam yatie, betulkan.. ikan bakar ni sedap kan.. mmg harum dan sedap! :)

    ReplyDelete
  7. Assalamulaikum Yatie..

    Ikan pari..!! memang sedap kalau bako2 ni yatie. k.ct memang suka ikan pari xkira lah dimasak apa pun. tambah lg kalau masak asam pedas perghhh. memang betul lah kalau makan sure xakan toleh kanan kiri kita bedal kasi habis dulu baru bole toleh belakang pulak... hehehe.

    k.ct suka awak yatie.. rajin memasak untuk keluarga :D

    ReplyDelete
  8. sedapnya!!...berbau harum sampai ke sini dh kak....tapi bunga kantan sini tak ada jual ada yg bawa dr Msia jer...guna pun kena jimat cermat..

    ReplyDelete
  9. selamat malam kak yatie

    ayu kan, suka bab bakar nie..
    lagilah kak yatie bubuh bunga kantan kegemaranku..
    nak try

    PS: ambil mood berblog.....

    ReplyDelete
  10. mmm...harum smpai cni khi3 leh try nanti.

    ReplyDelete
  11. wah sedapnya ikan bakar tu... diana pun dah lama x makan ikan pari bakar... terliur tgk... :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Yatie...waaah dah merata2 resepi DJ ni pakat2 duk bakar ikan sume eh...nnt akak nak try gak laaa...terliur tgk..sedap eks..mesti cuba nih!

    ReplyDelete
  13. ermmm sedapnya...mesti cuba ni..:)

    ReplyDelete