Tuesday, April 26, 2011

Apam Snow White

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Bila tengok apam ni je, tentu kawan2 dah tau apam apa kan? Ramai kawan2 blogger dah membuatnya. Apam ni seakan2 apam salju, apam beras ataupun apam tukaz. Cuma penggunaan tepung beras je yg berlebihan...apapun apam ni mmng sedap dan lembut je. Apam ni pun saya buat 2 hari lepas masa balik kampung aritu. Mak saya mmng suka apam ni...gembira bila melihat mak suka kuih yg kita buat dan makan penuh selera. Resepi asal apam ni adalah dari qnq0910@myresepi.com. Terima kasih pada penyumbang resepi yg sedap ni.



Bahan-bahan ( 5 orang makan )
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.
  2. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
  3. Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur.
  4. Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
  5. Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit.
  7. Note: Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

13 comments:

  1. Assalamualaikum Yatie,

    sedap nya apam ni...lagi2 kalau ada kelapa lagi kita suka...

    ReplyDelete
  2. teringat lak kesedapan apam ni....
    nak sepinggan kak...

    ReplyDelete
  3. Salam pagi selasa....Morning2...

    Pepagi dah jenjalan kat sini nak ngendeng apam salju....Wah! putih bersih....
    Breakfast Apam ke pagi ni Yatie....bolehla nganto ke sini barang 2 ketul...he he...

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum Yatie..salam penuh ceria pagi ni :D

    mulusnya apam tu yatie, kat rimah ni memang suka makan apam2 jenis macam ni. Kalau buat berkaler2 lagi laju jer anak2 makan masuk mulut.. hihihi. sukanya tgk yatie, rajin buat2 kuih ni :D

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie...
    Apam tu ada kat sini pulak ya... Akak pun suka buat apam ni...senang dan anak2 pun suka. Tambah2 kalau buat warna-warni...

    ReplyDelete
  6. assalam yatie..akak memang tak boleh tengok apam genu macam ni..dulu pernah cuba..nanti nak cuba lagi biar betul2 gebu

    ReplyDelete
  7. ASSALAM KAK..WAH TERINGAT LAK SY DGN APAM NI..BARU WAT GAK DAH N3 PUN..AKAK ADA TGOK TAK..HIHIHI..PE2 PUN APAM NI MMG SEDAPKAN KAK...BUATNYA PUN SNANG..

    ReplyDelete
  8. Assalam kak yatie,apam nih mmg sedap,sy pong dah byk kali dah wat,hubby suka sangat..PERNAH GAK WAT LETAK INTI KASTARD KAT DALAM,PONG SEDAP GAK,hihi..

    ReplyDelete
  9. cantik je bentuk apam tu. hijau musti hamka cop dulu.hehe..oren ada tak? bais suke oren

    ReplyDelete
  10. Assalam yatie,
    memang macam snow white putihnya tu..
    apam snow white & apam beras ada differencenya ya yatie?..

    ReplyDelete
  11. apam ni mmg sedap kan? lembut aje.. ita pun suka... yg hijau mst tuk hamka... hihi

    ReplyDelete
  12. assalam kak....salam winduuu hehe mcm lama sgt lak tak singgah sini...sedapnya apam tu kak...nieza suka ler apam gebus tu..cantik lak warnanya tu surela semua org suka mkn tu..

    ReplyDelete
  13. Apom ni memang sedap, siapa yang penah makan sekali pasti nak lagi... dah 2 bulan saya buat apom ni untuk di jual... setiap hari cuma 1 adunan je... leh wat duit la... bulan puasa ni saya akan cuba warnakan pulak... bagi menarik sikit...

    ReplyDelete