Thursday, April 21, 2011

Tauhu Sumbat & Sambal Kacang

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Alang2 tngh rajin ni, saya nak n3 tauhu sumbat yg saya buat petang tadi juga, Lama dah tak makan, sedap betul rasanya. Kali ni saya guna tauhu besar, saya suka tauhu ni sebab rasanya lembut je tak macam tauhu keras tu, kdng2 rasa berongga jek. Tauhu sumbat ni boleh juga di makan seperti makan rojak. Tauhu yg telah di goreng tu, di potong kecik2 sikit dan taburkan sekali dngn timun hiris, sengkuang dan lobak, Pastu tuangkan je dngn kuah sambal kacang tu....wallaaaahhhhh sedap betul....maunya berpeluh2 makan kuah sambal kacang yg pedas2 manis ni. Resepi sambal kacang tu, saya kopipes dari Mat Gebu. Terima kasih Mat berkongsi resepi sambal kacang yg sangat sedap ni. Izinkan akak kongsikan kat sini pulak ya. Alang2 kuah sambal kacang ni ada lagi, saya pun buatlah cucur udang utk di makan bersama kuah sambal kacang ni.



BAHAN TAUHU SUMBAT :-)
  • 4 keping tauhu keras lumur dengan sedikit garam
  • 3/4 cawan parutan sengkuang
  • 3/4 cawan hirisan halus timun
  • 3/4 cawan taugeh yang telah dicelur
BAHAN SAMBAL KACANG :-)
  • 150 g kacang tanah, goreng hingga kuning keemasan, toskan
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 3 biji cili merah*
  • 1/2 inci belacan*-bakar sebentar
  • 5 biji cili padi (optional)*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar petis @ otak udang
  • 2 sudu besar sos cili (saya tambah)
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • Sedikit air (jika perlu)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Tumbuk kacang tanah hingga hancur tapi jangan terlalu halus. Masukkan dalam 1 bekas, tuang bahan kisar halus, petis, jus asam jawa, air (jika perlu), gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau rata bahan2 tadi dan ketepikan.
  2. Goreng tauhu tadi hingga kuning keemasan dan sejukkan. Belah dua tauhu tadi (bentuk 3 segi), kemudian buat belahan di tengah2 bahagiannya. Sumbatkan dengan sengkuang, taugeh dan timun, kemas kan. Buat proses yang sama untuk baki tauhu tadi.
  3. Hidangkan bersama sambal kacang.....
Cara saya= Goreng kacang tanah dan sejukkan. Bwng besar di kupas dan di belah 6. Bwng besar dan bawang putih di goreng sebentar dan ketepikan. Kisar cili merah, cili padi, belacan, bwng besar dan bwng putih bersama 1/2 cwn air masak. Tuangkan ke dlm mangkuk. Kisar kasar kcng tanah yg telah di goreng tadi bersama 1/2 cwn air masak. Satukan kesemua bahan2 dan gaul sebati. Masukkan petis, air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Setelah siap dan cukup rasa, bolehlah di curah kuahnya ke atas tauhu sumbat tadi.

11 comments:

  1. salam yatie..dah lama masuk lam list tapi lom sempat2 nk buat.tumpang mkn kat umah yatie jer la yer..hihi

    ReplyDelete
  2. fav diana nie akak... sedaaapp!! hehehe...

    ReplyDelete
  3. lebih gemar mkn cm tu jea..

    ReplyDelete
  4. assalam kak...sedap ni..suka mkn rojak tu...:)

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum Kak Yatie..
    Kak, Naz pun suka tauhu sumbat ni tp selalu makan dgn kuah cili merah tu. kalaubuat rojak cam akak ckp tu baru mkn dgn kuah kacang.. Tp mmg sedap kan.. Berkhasiat pulak tu.

    ReplyDelete
  6. salam yatie...mai tengok tauhu sumbat...org penang panggil tokua sumbat....fav kak eni juga...resepi yg menyihatkan tu....

    ReplyDelete
  7. kak yati..
    sedapnya tauhu tu..
    lama dah mas tak makan....
    nak satu...letak kuah kacang lebih....he..he..

    ReplyDelete
  8. salam yatie...
    adududduuu.... sedapnya tauhu sumbat dgn kuah kacang tu.. akak pun prefer mkn tauhu sumbat dgn kuah kacang berbanding sos yg biasa org jual tu... mmg best! tp tulahh.. bab nak buat kuahnya tu yg sikit malas.. hehe...

    ReplyDelete
  9. nak ckit tauhu tu...sedap nengoknya :)mkn kuah kacang n sayo lebih mmmm yum3

    ReplyDelete