Wednesday, April 20, 2011

Cinnamon Roll

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni kita bf cinnamon roll pula ya. Sebenarnya ini adalah projek malam tadi. Alang2 ada lebih yis yg dah di buka, saya pun merajinkan diri membuat roti yg mudah ni. Yis ni kalau dah di buka, kenalah habiskan cepat...kalau tak, masuk angin. Bila dah masuk angin, bila nak buat kuih dah tak naik, bantat jadinya. Cinnamon roll saya ni tak berapa cantik macam Mat Gebu punya. Kalau tengok yg Mat Gebu buat...waduhhhh tergoda betul di buatnya...tak kelip2 mata ni. Cantik dan halus je hasil kerja tangan Mat Gebu. Akak mmng kagum betullah. Apa pun akak berterima kasih pada Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Suami dan anak2 memuji2 akak kesedapan dan kelembutan cinnamon roll ni. Kalau kawan2 nak buat tu, bolehlah rujuk cara2nya di blog Mat Gebu ya.
Terima kasih sekali lagi Mat, izinkan akak kongsikan resepinya di sini ya.





BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 200 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram tepung whole meal (saya guna tpng roti je)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g lemak sayur (shortening)
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 5 biji ceri merah, dikerat dua setiap biji, untuk hiasan
BAHAN TABUR :-)
  • 1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
  • 3 camca besar gula perang (brown sugar)*
  • 1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
  • 1/2 cawan kismis,
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
  3. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
UNTUK CINNAMON ROLL :-
  1. Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
  2. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper dan hias dengan sepotong ceri merah. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..

13 comments:

  1. pagi kak..harit kan ada gak buat tp saya takde loyang mapin tu, kira atur je dlm loyang buat cam roti biasa2 tuh, tak cantik lak..heheh..malu nak tunjuk..masuk mulut sudah..
    nampak cantik sungguh..

    ReplyDelete
  2. As'salam wahhh rajin meroti yee cantik tu..nak seketul...

    ReplyDelete
  3. sedapnyer!!!!! last time tun wat xjadi.. baling ke dinding, dinding pun pecah agaknyer.. hahaha... bab menguli ni mmg fail. tp akan berusaha lagi ^^

    ReplyDelete
  4. salam yatie
    dah lama akak simpan resepi ni..belum buat2 lagi..malas nak menguli lah yatie..minggu ni anak2 dah habis final exam boleh lah start membaking semula.hehe

    ReplyDelete
  5. akak..mas dah perap lama dah resepi roti ni..tak buat2 lagi....
    gebu lembutnya tengok roti tu...
    rajin akak menguli....

    ReplyDelete
  6. Assalam kak,wah cantik lah loti akak nih bergulung sakan..Meh cikit nak rasa kak..Rajin ya akak menguli..

    ReplyDelete
  7. bila la zla nak buat projek pertama zla dgn buat roti ni:)..best kan bleh buat sendiri k.yatie..

    ReplyDelete
  8. suka dengan cinnamon roll ni,cantik roti yatie

    ReplyDelete
  9. yatie....sodap jek nampak... rupa belakang kira..heeee

    ReplyDelete
  10. Tensen le bila org tayng roti ni. Bila le saya nak meroti ni.

    ReplyDelete
  11. wahh sungguh gebus roti akak ni...saya pun lama tak meroti ni..bila angin meroti nk sampai tak taula...hehe

    ReplyDelete
  12. Wah sedap ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  13. Rajin betul yatie masak ya...saya bab2 buat roti belum try lagi...mgk bahan2 tak berapa cukup lg didapur tuu..hehe

    ReplyDelete