Thursday, April 21, 2011

Kuih Talam Bengkak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Petang ni saya makan talam bengkak buat minum petang. Kuih ni sedap sangat, seakan2 rasa talam beras...rasa lemak2 manis, tapi tulah tak tau pulak kenapa namanya Talam Bengkak. Rupa dah cantik daaaa, tapi namanya tak glamour sebab di gelar bengkak....jngn marah ya tuan punya resepi. Saya pun tak taulah kenapa namanya talam bengkak...kalau nak tahu tu, kenalah tanya tuan punya resepi asal ya. Pada saya mungkin selepas di kukus, kuih ni di bakar dlm oven...bila di perhatikan masa dlm oven, permukaan atas tu gelembung sikit dan perang, sbb tulah namanya bengkak....aduhai macam2lah. Bila dah sejuk sedang elok je kuih ni dan senang di potong.

Sebenarnya masa saya bakar kuih ni, permukaan atas tu jadi gelembung perang kehitaman sbb terlebih masa. Saya pun kopek selapis permukaannya, elok pulak tu.....selepas tu saya bakar guna api atas je supaya sedikit garing. Alhamdulillah menjadi elok je. Apa pun mmng sedap kuih ni. Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg sedap ni dan saya C&P dari Ayu Singapore. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya.



Bahan Lapisan Bawah
  • 60 gm tepung beras
  • 30 gm tepung hoen kwe
  • 300 ml santan pekat KARA
  • 1/4 sudu teh garam
  • 200 ml sirap gula melaka (1 ketul gula melaka dimasak dgn 100ml air, saya tambah 2 helai daun pandan...masak dan tapiskan)
Bahan Lapisan Atas
  • 60 gm tepung beras
  • 30 gm tepung hoen kwe
  • 100 gm gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 300 ml santan pekat KARA
  • 200 ml air
Loyang 8" empat segi
Cara-cara
  1. Satukan bahan lapisan bawah, tapis dan masukkan ke dalam periuk non stick dan masak dengan api perlahan hingga mula pekat. Angkat dan segera tuangkan kedalam loyang yang telah dialas dengan daun pisang.
  2. Ratakan adunan tadi dan kukus selama 15 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu satukan bahan lapisan atas, tapis dan masak dalam periuk non stick hingga mula pekat dan dengan segera tuangkan keatas lapisan bawah tadi. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 15 minit. Angkat dari pengukus dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar pada suhu 200c selama 25 minit atau hingga kekuningan.

17 comments:

  1. Yatie... ita ingat yatie buat masa mata bengkak hari tu... tu yg letak nama talam bengkak... hihi... awat lah nama tak glamour... lekak lah nama glamour sikit.... rupa dah lawo dah... comel dah tu...

    ReplyDelete
  2. yatie....ngences tgk talammu itu..kene kiv resepi ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. bengkak pun bengkak la kak...janji sedapppp....he.he...

    ReplyDelete
  4. unik betul nama talam tu kak....haha jom kita tukar ngan talam sagu saya... hehe

    ReplyDelete
  5. lagi salah satu koleksi kuih talam...nampak sedap ni

    ReplyDelete
  6. Assalam yatie,
    memang sedap kuih talam bengkak ni..
    kita pun dah suka kuih ni..sebab sedap ingat nak cuba lagi..tapi nanti2lah, banyak menu baru yang nak dicuba ni..heheh..
    Thanks for linking up to ya yatie..thanks to kak wan juga for the recipe..

    ReplyDelete
  7. dah lama dah kak ilah print dan bukukan tapi tak buat2 lagi..kak ilahpun amek dr umah ayu sgapore seangkatan bini tentera... beza malysia dan singapore jer kan ayuuu... satu masa kak nak cuba lah yatiee.. tau pun yatie poskan jer la seloyang..hehehe

    ReplyDelete
  8. Akak pun kena KIV talam ni, nampak sedap sangat..

    ReplyDelete
  9. akak cnp resepi ni ya yatie...dah musim menalam lah pulak..
    Bukan apa yatie.tak lama lagi cuti sek..mesti ramai org kawin kan?..akak lebih suka buat kueh sendiri sebagai buah tangan buat org2 penanggah..seronok tgk kawan2 makan kueh mueh yg kita buat.

    ReplyDelete
  10. Salam..

    Sedapnya kuih talam tu...

    Saya follow anda...Nanti follow saya..

    http://www.hairuliza-anakku.blogsport.com/

    ReplyDelete
  11. bestnya talam...apapun, badan pasti bengkak kalau selalu makan kuih ni...hahaha...

    ReplyDelete
  12. Kak yatie,kalu dah ratu talam yg wat,mmg xdpt disangkal lagi lah betapa cantik n sedap kuih talam nih,hihi..Mmg unik toi nmanya..

    ReplyDelete
  13. suka makan kuih talam.. tp diana jarang buat.. suatu hari nnt pasti nak buat juga.. tergoda tgk... :)

    ReplyDelete
  14. Salam Yatie...

    Tengok namanya je dah tertarik...Talam Bengkak...unikkan...lum rasa lagi...masuk senarai menunggu lagi resepi ni...tq Yatie kongsi resepi...

    ReplyDelete
  15. Yatie,sedap nampak kuih talam tu..ada kelainan,dh kukus,dibakar pula...mesti cuba,amik resepi ya.

    ReplyDelete