Bahan-Bahan
- 330 gram tepung gandum
- 1 1\ 2 sudu besar mayonis
- 1 sudu besar susu tepung@skim milk
- 1 biji telur - dipukul sedikit mengunakan garpu
- 140ml air suam
- 1 1\ 2 sudu besar marjerin
- 3 sudu besar gula
- 4 gram yis @ 1 1/2 sudu kecil
- sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.
- Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
- Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
- Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
perhhh...gebu tahap gaban donut kak yatie tu....
ReplyDeletemontok2 lak tu...he..he..
mas pun suka donut mayonis ni...
best sangat...
muntal muntal donut akk...dpt 2 ketui mesti tersandar kenyang...hihihiih
ReplyDeletesedap sedap..
ReplyDeletegebu dan montok gitu..
salam. nampak jelas kegebuan donut tu. rajinnya yatie uli tangan je ye?
ReplyDeleteWaaaahh mengharukan tgk donut gebu Yatie nih, meh la kita tukar dgn kuih keria akak tuh...hehe
ReplyDeletetak pernah lg cuba buat donat tengok donat yatie ni gebu yg amat...
ReplyDeleteNampak montok saja donat ni. Donat inikah yg dikatakan tak makan minyak sgt?
ReplyDeleteAssalamualaikum akak..
ReplyDeletegeram tgk donut nie tau... suka suka sukaa.. nnt nk try..
Selamat tengahri kak..ni dtg tegahari nak mintak seketoi dua donat mayo kalau ada lg..kalau x ada nak menagis kat dapur akak golek2 suh buatkan lagi huhuhuwa..
ReplyDeletesalam kak...inilah resepi donat yg saya suka buat..selalu bt donat guna rsp ni, senang nak btk..elok2 je doh dia kan..
ReplyDeletejanji donat..ank2 suka sangat...
tp kan..tak blh lawan akak le..uli pakai tgn..huhu...
salam yatie..ada beza rasa ngan donut yg biasa kita buat tu tak?.ya la isi mayonies kan....
ReplyDeleteyatie... adoi lah dok tayang donut lagi... dah lah ita ni tak leh nampak donut... napa jauh no rumah yatie kalau tak ita dah ulur piring celah tingkap...
ReplyDeleteassalam yatie, kita dah lama tak buat donut!..nak rasa sikit ada lagi tak..
ReplyDeletewahh bolat2 donat akak ni gebus lak tu..nanti boleh cuba ni..:)
ReplyDeletesaya nak cuba le..
ReplyDelete