Thursday, April 28, 2011

Mee Jawa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya masak mee jawa. Rasa mee jawa ni seakan2 mee rebus. Kalau masak mee mcm ni...hai mmng laku kat rumah ni. Anak bujang saya makan penuh selera, lagipun mee jawa/ mee rebus mmg mee kegemarannya. Kebetulan masa ni anak bujang saya tengah bercuti, so macam2lah permintaannya yg perlu di tunaikan. Maklumlah dulu berjauhan, sekarang tidak lagiiiiiii. Cakap jelah nak makan apa, insyaAllah akan mama tunaikan permintaanmu. Resepi ni saya ambil dari FP K.Hanieliza. Resepi K.Liza ni mudah dan yg penting sedap. Terima kasih K.Liza kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Jom kita semak resepinya....kalau teringin tu...bolehlah mencubanya..

Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan ekornya dan celur sekejap je..)
  • 2 tangkai daun bawang/ daun sup (dihiris)
  • 5 biji cili merah/hijau (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:
  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 batang serai * (bhn bertanda * di kisar halus)
  • Sedikit halia *
  • sedikit lengkuas *
  • 100 gm udang kering *
  • 2 s/b cili kisar
  • 3 s/b serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • air secukupnya ikut kepekatan yg di kehendaki
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang di kisar, rempah & cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan keledek kisar. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan dgn mee yg telah di celur dan bahan yg dihiris.
  5. Tuangkan kuah ke atas mee dan selamat menjamu selera.

15 comments:

  1. assalam yatie..teringin pulak..izinkan akak simpan resepi ye..tak pernah buat mee jawa ni..nak cuba jugak..

    ReplyDelete
  2. As'salam
    Yatie selamat mlm..wah ada mee jawa..fv sekeluarga ni..sy x pernah masak lagi kuah mee jawa ni..biasa beli aje kat pasar petaling jaya akk tu jual..mmg rasanya seakan mee rebus..apa pun yg penting kuah keledik tu yg buat sedp..ingat bila snng nnt nakbuat jugak le

    ReplyDelete
  3. akak... mee jawa memang diana x perna buat lagi... malahan x perna makan rasanye.. hehehe.. kat kedai tu memang ada jual tp x perna pun nak merasa.. :D. Nie dah ada resipi nie nnt boleh try sendiri kan akak.. ;)

    ReplyDelete
  4. ya ampun.. menyelerakannya mee jawa kak yatie buat nie.
    kalau ayu datang sana. masih ada baki tak?? heheh

    ReplyDelete
  5. Salam yatie malam2 nampak mee jawa... nasib baik tadi dah makan mee rebus hihi tapi bukan ita buat gi makan kat Lan Jangut... hihi
    ita pun dah pernah buat mee kak liza ni mmg sedap! ita pun suka...

    ReplyDelete
  6. wow...sedap..sedap...saya suka bangat mee ni kak...rasa dh pernah cuba dah resepi kak liza ni...memang mabeles..:)

    ReplyDelete
  7. rindu masakan mee jawa emak...

    ReplyDelete
  8. sedapppnya mee jawa tu..
    mas selalu beli jerk...
    masuk list resepi ni...
    nanti nak try buat lak..he..he..

    ReplyDelete
  9. Assallamualaikum kak..
    wahhhh bestnye.. Naz suka mee ni tp naz panggil mee ni mee rebus.. Mak yg ajar.. Mak org Johor.. tp mmg best.. lebih2 lg kalau kuah pekat...nyummmm

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yatie, waaaah mee jawa...lama x makan nih..berzaman dulu buatnya, kena buat blk nampaknya..hehee...Sedapkan mee nih..akak suka..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya mee Jawa Yatie tu...suka mee jawa terutama kuah pkt.betul tu resepi k.liza mmg mudah dan sedap...
    .

    ReplyDelete
  12. aslmkum yatie.. bila la rajin akk nk dtg ni.. mee jawa sedap klau dpt sepinggan di ptg hari ...

    ReplyDelete
  13. @Acik Erna
    wkmsalam, silakanlah...mmng sedap mee jawa ni..

    ReplyDelete
  14. sedapnye mee jawa..kecur air liur pagi2

    ReplyDelete