Sunday, October 31, 2010

Sayur Kacang Goreng Belacan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas2 je. Sayur kacang panjang campur udang...lauk ni mmng menjadi kegemaran anak2. Rasanya yg tak berapa pedas membuatkan anak saya makan nasi bertambah. Lauk sampingan lain saya masak ikan masak sambal, jadi mmng kenalah dngn sayur lemak ni. Oklah mari kita lihat bahan yg mudah ni.


BAHAN-BAHAN
  • 15 btng kacang panjang, cuci, toskan dan patah2kan
  • 2 keping tauhu keras- di goreng dan di ptng kecil
  • 10 ekor udang atau lebih
  • secekak soo hoon-rendam sebentar
  • 1 cawan santan sederhana pekat.
  • 2 biji lada merah, hiris serong
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 3 ulas bawang putih, hiris
  • sedikit udng kering/ikan bilis
  • 1/2 inci belacan, larutkan dengan 2 sudu besar air
  • Garam dan sedikit gula

CARA-CARA
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, lada merah dan udang kering/ikan bilis sehingga layu.
  2. Masukkan tauhu yg sudah digoreng dan di potong kecil...goreng sekejap.
  3. Masukkan belacan yg di bancuh dngn sedikit air dan kacau rata.
  4. Masukkan kacang panjang dan udang....gaul sebati. Masukkan soo hoon yg di rendam dan gaul lagi.
  5. Masukkan santan dan jika perlu tambahkan sedikit air.
  6. Tambahkan garam dan gula dan masak sehingga kacang panjang empuk tetapi masih rangup.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi putih hangat.

Bubur Pulut Hitam

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Inilah menu petang kami sekeluarga iaitu bubur pulut hitam bersama kacang merah. Biasanya saya masak pulut hitam saja, kali ini saya ikut resepi mak saya iaitu pulut hitam di campur bersama kacang merah. Ternyata memang sedap. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah cuba sendiri...jom kita lihat bahan2nya.


Bahan-Bahan
  • 1 cawan kacang merah - rendam 4 jam
  • 1 cawan pulut hitam- rendam 4 jam
  • Air secukupnya utk merebus kcng merah dan pulut hitam
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun pandan - belah dan simpul
  • 1 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Rebus kacang merah dan pulut hitam bersama air dan garam secara berasingan, masukkan 1 sudu besar minyak masak ke dlm setiap periuk (*biar cepat empuk).
  2. Bila kacang merah dan pulut hitam sudah empuk, campurkan keduanya menjadi satu periuk.
  3. Masukkan gula pasir kemudian masukkan pula gula melaka yg di racik. Kacau hingga gula larut dan sebati.
  4. Masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
  5. Setelah siap bolehlah di hidangkan.

Friday, October 29, 2010

Kek Sarang Semut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kek gula hangus/ kek sarang semut/ kek sarang lebah yg saya buat semalam. Hari tu nampak ramai kawan2 membuat kek ni, tiba2 saya teringin pula nak membuatnya. Dulu pernah buat ikut resepi Widad di MyR, alhamdulillah mmng menjadi. Resepi ini hendaklah di perap selama 3 atau 4 jam, kali ni saya perap cuma 1/2 jam je....alhamdulillah menjadi juga.....yg penting masa membakar tu gunakan api bawah sahaja selama 40 minit dan selebihnya guna api atas dan bawah. Oklah mari kita lihat bahan2nya.



Bahan-bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
Cara-cara
  1. Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus
  2. Masukkan air panas sedikit-sedikit dan masak lagi hingga gula cair.(hati2 sbb merecik2)
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. Sementara itu....
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda yg sudah di ayak dan sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"
= Saya bakar guna api bawah sahaja selama 40 minit dan api atas bawah selama 15 minit.

Kari Ikan Pari Kerisik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah lauk kari ikan pari kerisik yg saya masak utk makan tengahari. Biasanya saya masak asam pedas je, kali ni saya nak kongsikan bersama resepi kari ikan pari kerisik. Resepi asal adalah dari Mat Gebu yg sememangnya pakar memasak tu. Kalau pergi rumah Mat....macam2 ada kat sana. Kari ikan ni lain sikit rasanya, sedap yg teramat sangat sebab ada rasa belacan dan kerisik. Gabungan keduanya membuatkan kari ikan pari kerisik ini begitu istimewa sekali. Bila petang saya buat pula lempeng utk di cicah bersama kuah kari ni....nak buat roti jala tiada kerajinan waktu ini. Terima kasih pada Mat kerana berkongsi resepi yg sedap ini, izinkan akak C&P resepinya di sini ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 700 g ikan pari, potong sederhana besar
  • 1 biji terung
  • 2 biji tomato, belah 2 setiap biji
  • 1 biji cili hijau, belah
  • 1 biji cili merah, belah
  • 1 camca besar kerisik
  • 400 ml santan
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama "Baba's")
  • 700 ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan
  • 2 biji cili merah
BAHAN TUMIS :-)
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 camca teh halba campur
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1/2 inci halia, dititik
  • 1/2 inci lengkuas dititik
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari diperap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci bersih dan toskan.
  2. Terung dibuang sedikit kulit, belah 2 dan potong setiap belahan kepada 3 bahagian, rendam dalam air. Rempah kari dicampur dengan sedikit air dan kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah rempah kari dan kacau, masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga garing.
  4. Tuang air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan. Tambah asam gelugor. Masukkan terung dan tuang santan. Kacau dan masak dengan api sederhana. Bila terung lembut sedikit, masuk tomato, cili merah/hijau belah dan kerisik. Tambah garam/gula secukup rasa.
  5. Masak 1 - 2 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ulam2, sambal belacan dan lauk2 lain....

Thursday, October 28, 2010

Pau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebenarnya saya buat pau ni malam tadi, ingt nak n3 pagi tadi, tapi tenet lambat sangat....so bila semuanya dah ok barulah n3. Sudah lama teringin nak buat pau mengunakan tpng pau, biasanya saya buat guna tepung gandum je. Saya buat ikut resepi dari Mat Gebu dan saya C&P dari Kak Ummi yg sememangnya pakar dlm membuat kuih pau ni. Kalau K.Ummi yg buat tu.... cantik, gebu dan mulus je paunya.....paling saya teruja bila lihat pau K.Ummi yg putih melepak tu...tu yg saya beli juga tepung pau ni. Alhamdulillah mmng menjadi. Oklah mari kita lihat bahan2nya...terima kasih kak dan Mat Gebu kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini. Lepas ni saya nak buat lagi dan lagi dan lagi...kuih pau yg sedap ini. Kawan2 apalagi....marilah kita mengepau. Saya buat 2 adunan sekali....puas makan.



BAHAN-BAHAN:
  • 240 g tepung Hong Kong (Tepung pau)
  • 1 tsp Double Acting Baking Powder + 1/2 s/t garam
  • 1 tsp yis
  • 25 gm shortening
  • 100 ml air suam *
  • 30 g gula halus *
  • 1/2 tsp cuka *
CARA-CARA :
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur.
  2. Gaul ramas hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
  3. Campurkan bahan yang bertanda *
  4. Masukkan air yang bercampur dengan cuka dan gula.
  5. Adun hingga menjadi doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan boleh juga gunakan BM, caranya masukkan semua bahan doh kedalam BM, pilih setting Dough dan 'ON').
  6. Perap doh selama 45 minit.
  7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin.
  8. Bahagi kepada 10 bahagian berat lebihkurang 35gm tiap satu, bulat2kan.
  9. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tangan, sudukan inti dan cantum doh sehingga menutupi inti. (akak letak inti kacang merah)
  10. Letak pau diatas sekeping kertas (2 inci x 2 inci) . Buat hingga habis dan susun dalam kukusan.
  11. Perap pau lebih kurang 20 minit.
  12. Panaskan periuk pengukus dan kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit.
  13. Angkat dan sejukkan.(Saya angkat loyang kukus bersama penutupnya sekali....biarkan 5 minit, barulah di buka penutup kukusan.....kelihatan semua pau cantik....takde yg kecut....)

Wednesday, October 27, 2010

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya. Hari ini saya buat kuih cara manis utk minum petang. Dah lama teringin nak buat, tapi takde cetak kuih cara/kuih bahulu. Bila dah balik Msia ni segala cetak saya beli...cuma nak buat kuihnya je nak dngn taknak. Oklah di sini saya kongsikan bersama resepi kuih cara yg saya buat yg semestinya sedap, lembut dan lemak. Resepi ni saya dapat dari Kak Ita. Terima kasih kak berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini....cuma saya gantikan susu pada santan dan air pandan. Bau pandan yg wangi tu membuatkan kuih ni harum bila di bakar. Saya buat dua adunan dari resepi asal. Biasalah kalau perisa pandan ni mmng kegemaran saya. Kalau kawan2 teringin tu, bolehlah mencuba resepi ini....tak pun beli je yg dah siap....tapi buat sendiri lagi puas hati....suami suka, anak2 lagilah suka...kita pun senang hati...hi3...




Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan susu segar
  • (saya guna 1 cwn santan + 1 cwn air pandan)-air kisar dngn 4 helai daun pandan dan tapiskan.
  • 1 biji telur
  • ½ camca teh garam
  • 1 camca teh paste pandan/ pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya - untuk filling
  • 1 helai daun pandan - sebagai berus untuk menyapu minyak ke acuan
Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali susu segar / santan. Masukkan susu segar /santan sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak bergentel. Buat sehingga susu/santan habis.(saya blend semuanya...)
  2. Panaskan acuan kuih cara ataupun acuan kuih baulu. Pastikan apinya sederhana sahaja.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak - gunakan daun pandan tadi.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan hingga agak2 penuh. Biarkan sekejap hingga bahagian tepinya kelihatan mula mengeras (warna bertukar dari hijau muda ke hijau pekat).
  5. Sudukan sedikit gula dan tuang ke atas setiap kuih tadi. Tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar sehingga masak, dalam lebih kurang 2 minit. Kalau nak garing, bolehlah dibakar lama sedikit tapi janganlah sampai hangus pulak...
  6. Keluarkan dari acuan dengan menggunakan garfu. Siap!!

Tuesday, October 26, 2010

Asam Rebus Ikan Bersama Nenas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah masak ke belum? Apa menu hari ini ya. Hari ni saya masak asam rebus ikan bersama nenas. Biasanya lauk macam inilah yg menjadi kegemaran suami saya. Kalau makan, maunya bertambah2 nasi, kena pula kalau ada ulam2am...mmng tak toleh orang sebelah...hi3. Resepi asam rebus ni biasa je macam asam rebus yg lain, cuma saya gantikan pada cili padi dan cili merah....di tambah pula dngn hirisan nenas madu....waduh mmng sedap sangat. Oklah mari kita lihat resepinya. Kalau teringin tu, bolehlah mencubanya....boleh gunakan apa2 jenis ikan kegemaran anda semua.



Bahan-Bahan
  • 8 ekor ikan kunyit/ ikan kembong
  • 1/2 cwn air asam jawa-sederhana pekat
  • Garam dan sedikit gula
  • 1 helai daun kunyit-di siat sikit
  • 1/2 biji nenas madu- di kupas dan belah kecil2
  • 3 cwn air atau lebih
Bahan Kisar
  • 10 btng cili padi merah
  • 2 btng lada merah
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bwng putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan
Cara-Cara
  1. Ikan di siang, di bersihkan dan di toskan. Ketepikan dulu.
  2. Masukkan bahan2 yg telah di kisar ke dlm periuk.
  3. Biarkan mendidih...tambahkan sedikit air lagi. Masukkan nenas yg di potong kecil.
  4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Setelah mendidih masukkan ikan dan daun kunyit.
  5. Gaul sebati. Perasakan garam dan gula.
  6. Sekiranya dah ok, bolehlah matikan api dan hidangkan.

Monday, October 25, 2010

Apam Pisang

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Petang tadi saya buat apam pisang. Apam pisang ni sesuai di makan pagi, petang ataupun malam ketika menonton tv. Dulu pernah buat apam pisang, tapi resepi lain sikit, kali ni cuba resepi Ros dan saya C&P dari rumah Mas. Sebenarnya jiran saya ada beri pisang berangan semalam. Pisang ni banyak sangat, buat cucur pisang sudah, kek pisang pun sudah dan akhirnya jadilah apam pisang. Bila dah buat tu saya beri pula kepada jiran yg memberi tadi....alhamdulillah dapat sama2 merasa buah pisang dan kuih yg di buat daripada sumber pisang. Apam ni saya buat dua adunan sbb anak2 mmng suka kuih ni. Terima kasih kepada penyumbang resepi.



Bahan ( 10 biji acuan apam ) :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 cawan gula
  • 2 biji pisang ranum ( dilecek)
  • 1 biji telur
  • 50ml minyak masak
  • secubit garam
Cara :
  1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. Selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
  2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.
  3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Kari Kurma Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah lauk kari kurma ayam yg saya masak utk makan tengahari. Rasanya sama seperti masak kari2 biasa je, tapi kalau kawan2 nak rasa bolehlah mencuba resepi yg mudah ini. Kari ni sedap di makan bersama nasi putih hangat, nasi minyak, roti putih, roti jala ataupun lempeng. Semuanya terpulang kepada selera masing2 ya. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.



BAHAN- BAHAN
  • 1 ekor ayam- dipotong 12
  • 3 biji kentang- kupas dan belah 4
  • 2 biji tomato- belah 4 setiap biji
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cwn santan cair
  • 2 cwn santan pekat
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 btng serai (di titik)
  • 1 btng lada merah/hijau (belah 2)
  • Garam dan gula (1 sb)
BAHAN TUMIS
  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 tangaki daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Blend bahan2 kisar sehingga halus, campurkan bersama rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili... kisar lagi.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan serai yg di titik, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata, masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih, biar sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang santan pekat, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan lada hijau/merah yg di belah 2.... masak sekejap lagi.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan hidangkan.


Sunday, October 24, 2010

Cucur Nasi Ikan Bilis

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Moga anda semua ceria di samping keluarga. Petang2 ni biasanya mesti ada kuih muih ataupun kek utk minum petang. Hari ini saya buat cucur nasi ikan bilis je sebagai minum petang. Hari hujan ni terasa sedap sangat makan cucur ni. Resepi ni saya dapat dari mak saya sendiri. Cucur nasi ni sedap dan sentiasa lembut walaupun dah sejuk. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya. Sedap di makan bersama sos cili ataupun sambal tumis ikan bilis.



Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Saturday, October 23, 2010

Apam Beras Eno

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...dah bersarapan ke belum? Hari ini saya makan apam beras eno. Apam ini sangat lembut dan sedap. Resepi asal adalah dari K.Watie dan saya C&P dari rumah K.Anis. Terima kasih pada penyumbang resepi.



Bahan-bahannya:
  • 1 cawan nasi
  • 11/4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil yis kering
  • 1 paket kecil eno
Cara-caranya:
  1. Blend nasi dan air hingga hancur. Tambahkan gula, tepung beras dan yis. Blend sekali lagi hingga sebati.
  2. Perapkan adunan tadi 4-5 jam.
  3. Tambahkan pewarna jika suka, kacau perlahan.
  4. Tambahkan eno dan gaul sebati secara perlahan-lahan.
  5. Masukkan dalam acuan kuih lompang yg telah di sapu sedikit minyak dan kukus selama lebih kurang 15 minit dengan api kuat.

Friday, October 22, 2010

Agar-Agar Karamel

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya buat agar2 karamel...dah lama nak buat agar2 ni tapi ada saja halangan. Tengok pada bahan2 dan cara2 taklah susah mana....cuma masa saja yg tidak mengizinkan. Resepi asal adalah dari Fidah Shamen dan resepi agar2 karamel ni ada di rumah Kak Nor, CMG, Izah dan Mas. Pada kawan2 yg berkenan tu, bolehlah mencubanya....tak rugi mencubanya, memang sedap. Izinkan saya kongsikan resepinya di sini ya....terima kasih kepada penyumbang resepi.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 8 g serbuk jelly ~ k.nor guna serbuk agar2 10gm
  • 600 ml air ~ k.nor lebihkan 100ml
  • 300 ml susu cair
  • 120 g gula halus ~ k.nor letak 5 sudu besar aje
  • 1 camca besar tepung kastard
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
  • 3 camca besar air*(*untuk karamel)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.
  2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly/serbuk agar2, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
  3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...
# bila guna serbuk agar2 kena lebihkan air, sbb tekstur puding jd keras sket
## dlm adunan puding k.nor kurangkan sukatan gula sbb dah ada rasa manis dr karamel
### kalau masak guna serbuk agar2 tak perlu masak lama bila dah letak adunan susu + kastad sbb serbuk agar2 tu akan buat adunan akan pejal tak seperti kalau guna jelly

Velvet Steamed Fruit Cake

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga anda semua ceria di hari jumaat yg penuh keberkatan ini. Hari ini saya buat kek kukus lapis buah. Resepi ini seakan2 resepi kek kukus velvet. Saya buat ikut sukatan yg mudah dan biasa saya gunakan. Kalau kawan2 nak cuba tu bolehlah mencuba resepi ini....pasti menjadi. Saya mmng gemar jenis kuih/kek yg di kukus. Rasanya yg lembut dan lembap tu yg membuatkan saya makan lebih.



Bahan-bahan
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau
  • 100 gm buah-buahan campuran (di cincang)
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan merah dulu, ratakan permukaannya dan tabur 50 gm buah2an campuran... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat pula lapisan hijau, ratakan dan tabur 50 gm buah2an campuran dan kukus lagi 15 minit.
  6. Untuk lapisan yang akhir (lapisan kuning) kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan bahagikan kpd 3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir tak perlu tabur buah2an campuran.

Thursday, October 21, 2010

Ayam Rendang Ungkep

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya masak ayam rendang ungkep. Mula2 tu binggung nak masak apa dngn ayam ni. Biasalah kadang2 kita jemu nak makan lauk yg sama je. Sesekali mesti ada kelainan, barulah berselera sedikit. Semalam saya jalan rumah Hana, terpandang resepi yg mudah dan sedap ni. Memandangkan bahan2 pun semuanya ada di rumah, saya pun memulakan projek memasak rendang ungkep ini. Alhamdulillah mmng sedap. Terima kasih pada Hana kerana berkongsi resepi yg sedap ni, izinkan akak C&P resepinya di sini ya.


Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong kecil
  • *1/2 biji bawang besar - hiris
  • *2 ulas bawang putih - hiris
  • *1 batang serai - hiris
  • *1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *1 inci kunyit hidup
  • * 4-5 biji cili padi (nak pedas letak lebih)
  • 1 sudu makan rempah beriani@kurma
  • 1-2 sudu makan kerisik
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kecil serbuk jintan kasar, jintan manis dan ketumbar.
  • 2 cawan santan pekat + air
  • beberapa helai daun kunyit - hiris halus
  • gula dan garam
  • sedikit minyak
Cara-cara
  1. * Blend bahan yang bertanda *.
  2. * Masukkan bahan blend, santan+air, rempah beriani, minyak, semua serbuk jintan dan ketumbar, asam keping dan juga ayam ke dalam kuali. Kacau sebati. Tutup kuali dan masak hingga ayam empuk. sesekali balik2kan supaya bhgn bwh tak hangit. Jika santan kering sblm ayam masak, tambahkan sedikit air lagi.
  3. * Masukkan daun kunyit, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga agak kering dan pecah minyak seperti rendang biasa. Matikan api.
  4. * Hidangkan dengan nasi hangat atau pulut atau sebagainya.

Tuesday, October 19, 2010

Moist Orange Mocha Brownies

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap anda semua baik2 saja. Hari ini saya buat brownies coklat perisa oren. Ramai kawan2 yg telah mencubanya, antaranya Maz, Izah, Mas dan K.Anymz. Resepi asal adalah dari K.Liza dan telah di olah sedikit oleh Maz. Brownies gabungan perisa coklat dan oren ni mmng sedap sangat. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya di sini pula ya. Kali ini saya guna loyang 8x12x2 inci....sedang elok je.



Bahan A :
  • 1 cawan butter cair / minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas
  • 2 - 3 sudu besar sunquick orange
Bahan B : (kacau rata) - guna wisk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C : ( ayakkan )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara - cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  2. Kacau bahan A supaya sebati.
  3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
  4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
  6. Bakar selama 45 - 50 minit.
  7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping :
  1. Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
  2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

Bubur Durian Kacang Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya masak bubur kacang hijau bersama durian. Dah lama teringin nak makan bubur durian ni. Sejak balik Msia ni, baru inilah saya jumpa dngn buah durian ni. Kalau kita teringin...masa tu susah betul nak jumpa, bila dah tak mau, berlambak2 pula buah durian ni. Bagi penggemar durian tu, mestilah suka dngn bubur durian....pada yg tidak tu, tengok sajalah ya. Terpulang kepada selera masing2. Oklah saya letak jugalah resepi bubur kacang hijau durian yg ringkas ni. Bila anak2 atau adik2 nak memasak bubur ni, bolehlah cuba resepi yg mudah ini.



Bahan-Bahan
  • 2 cawan kacang hijau - rendam 1 jam
  • Air secukupnya utk merebus kcng hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 1 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun pandan - belah dan simpul
  • 1 sudu kecil garam
  • Isi durian secukupnya.
Cara-Cara
  1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu besar minyak masak (*biar cepat empuk).
  2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir.
  3. Masukkan pula gula melaka yg di racik. Kacau hingga gula larut dan sebati.
  4. Masukkan isi durian....masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
  5. Setelah siap bolehlah di hidangkan.(Kalau tak suka durian, tak perlu letak ya...)

Monday, October 18, 2010

Cucur Udang

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni saya makan cucur udang sebagai sarapan pagi. Cucur ni mmng sedap sangat. Resepi ni saya ambil dari rumah Kak Nor. Terima kasih kak berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie C&P resepi di sini ya. Pada kawan2 yg belum mencubanya tu, bolehlah cuba....mmng berbaloi.



CUCUR UDANG
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh yis (mauripan)
  • 1 biji bawang besar ~ didadukan
  • daun saderi/daun bawang/kucai
  • taugeh
  • sedikit kunyit ~ nak kasi cucur kaler kuning
  • 1 sudu teh garam
  • minyak utk menggoreng
  • # udang ~ mengikut bilangan berapa bj cucur yg dihasilkan
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik sket (dlm 1/2 jam).
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Minyak kena lebih ya..
  3. Letak senduk bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas.
  4. Ceduk sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak seekor udang sambil tekan2 sket.
  5. Masukkan dlm minyak panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk.
  6. Goyang2kan sedikit senduk atau kuis jer dgn sudu atau lidi/chopstick supaya ia lekang dr senduk.
  7. Goreng cucur hingga masak dan angkat serta toskan.
  8. Bolehlah dipotong 4 sebelum dihidangkan.
** Boleh di makan bersama sos cili, sos cili thai atau sos air lada keropok lekor.

Sunday, October 17, 2010

Ikan Masak Asam Rebus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya masak ringkas je iaitu ikan masak asam rebus. Lauk ni simple je tak perlu menumis....cuma rebus semuanya, dah namanya asam rebus takkan nak kena tumis pulakkan.....hi3. Lauk ni amat di gemari oleh kami sekeluarga, lebih2 lagi suami saya....suka sangat lauk yg pedas, masam dan berkuah. Ramai yg tahu masak lauk ni, tapi di sini saya kongsikan bersama juga resepi yg mudah dan sedap. Mari kita lihat bhn2 yg di perlukan.


Bahan-Bahan
  • 8 ekor ikan mata besar/ ikan kembong
  • 1/2 cwn air asam jawa-sederhana pekat
  • Garam dan sedikit gula
  • 1 helai daun kunyit-di siat sikit
  • 2 cwn air atau lebih
Bahan Kisar
  • 20 btng cili kering(rendam dngn air panas dulu)
  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bwng putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan
Cara-Cara
  1. Ikan di siang, di bersihkan dan di toskan. Ketepikan dulu.
  2. Masukkan bahan2 yg telah di kisar ke dlm periuk.
  3. Biarkan mendidih...tambahkan sedikit air lagi.
  4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Setelah mendidih masukkan ikan dan daun kunyit.
  5. Gaul sebati. Perasakan garam dan gula.
  6. Sekiranya dah ok, bolehlah matikan api dan hidangkan.

Saturday, October 16, 2010

Bingka Roti Berlauk

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya nak kongsikan bersama resepi kuih bingka roti berlauk. Sebenarnya dah 2 hari bingka ni saya buat, tetapi di sebabkan kesibukkan yg tak dapat di elakkkan...terpaksalah di tangguhkan dulu. Memang betul kata Mat Gebu dan Kak Ummi, bingka roti berlauk ni sedap sangat....tak rugi mencubanya. Terima kasih kepada Chef Hanieliza merangkumi tuan punya resepi asal dan saya C&P resepi yg mudah dan sedap ini dari Kak Ummi. Pada kawan2 yg belum mencubanya tu...bolehlah cuba sendiri...anda akan tahu betapalah sedapnya.



BAHAN BINGKA ROTI :-
  • 10 - 12 keping roti putih (saya guna 12 keping)
  • 800 ml santan
  • 3 camca besar tepung gandum
  • 3 camca besar mentega, dicairkan
  • 3 biji telur
  • Garam secukup rasa
BAHAN LAUK :-
  • 400 mg daging cincang / daging ayam cincang
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
  • 1 biji lobak merah, didadu kecil
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
  • 3 camca besar rempah kari daging
  • 3 camca besar sos tomato
  • 3 camca besar sos cili
  • 500 ml air
  • Serbuk lada hitam (jika suka)
  • Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN :-
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili merah
  • Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-

UNTUK BINGKA ROTI:-
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan.
  2. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati.
  3. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.
UNTUK LAUK :-
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili.
  2. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah.
  3. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut.
  4. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering.
  5. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.
UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :-
  1. Keluarkan bingka dari oven tadi.
  2. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali.
  3. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya.
  4. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.....sedapp i tell uu!!!!

Wednesday, October 13, 2010

Kek Suji/Kek Semolina

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama rasanya tak bersiaran. Terima kasih kepada pengunjung blog Sinar Kehidupanku kerana masih setia dan sudi berkunjung ke sini. Saya amat2 menghargainya. Minggu lepas saya sibuk sikit, ini adalah kerana persiapan majlis pernikahan dan persandingan adik saya di kampung. Sebagai kakak, saya turut menjayakan majlis tersebut. Saya juga sibuk menyiapkan kek2 utk di buat sebagai buah tangan....antaranya kek kukus velvet, kek coklat dan kek kukus lapis cream cheese. Rasanya resepinya pun boleh di rujuk di bahagian kek. Di sini saya letak resepi kek semolina/ kek suji yg saya buat minggu lepas. Resepi ni saya ambil dari Mat Gebu, izinkan akak letak resepinya di sini ya Mat. Terima kasih kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya. Kek ini lembut, lemak dan lembap mcm kata Mat iaitu 3L. Jom kita semak bahan2nya..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 g mentega berkualiti tinggi
  • 170 g gula halus
  • 2 camca besar madu
  • 4 biji telur gred A
  • 100 ml susu segar
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 170 g tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder
  • 100 g semolina @ suji
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu (macam gambar no 2).
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

Friday, October 8, 2010

Talam Laman Sari

Assalamualaikum dan selamat pagi. Malam tadi saya buat kuih talam laman sari. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah boleh di potong, dan pagi ni barulah saya dapat merasanya. Kuih ni sedap, rasa ala2 kuih koleh kacang pun ada. Resepi asal adalah dari Kak Wan dan saya C&P dari rumah Kak Jalilah. Terima kasih pada akak berdua kerana berkongsi resepi yg sedap ini. Pada kawan2 yg berminat tu, bolehlah mencubanya.



Bahan Lapisan Bawah: (Guna Loyang 10 inci)
  • 220 gm tepung kacang hijau
  • 200 gm gula pasir
  • 115 gm gula merah
  • 475 ml air
  • 400 ml santan pekat
  • 1 sudu teh esen rose
  • 1 sudu teh garam
Cara-Cara
  1. Gaul gula merah bersama 475 ml air dan tapiskan.
  2. Gaul kesemua bahan lapisan bawah dan tapiskan.
  3. Setelah sebati, masak sebentar atas api perlahan sehingga sedikit pekat.
  4. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak.
  5. Tuang bahan tadi dan kukuskan selama 1/2 jam.
Bahan Lapisan Atas
  • 3 biji telur dipukul sedikit
  • 300 ml air
  • 200 ml santan pekat
  • 200 gm gula pasir
  • 80 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung kastard/ tpg jagung
  • 1 sudu besar esen rose/vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna hijau
Cara-Cara
  1. Gaulkan kesemua bahan dan tapiskan, tuangkan ke atas bahagian bawah tadi dan kukus sehingga 45 minit. Gunakan api sederhana kuat.

Thursday, October 7, 2010

Pau Sambal

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Harap anda semua baik2 saja. Petang ni saya buat pau sambal yg sememangnya menjadi kegemaran anak2. Resepi pau ni saya gunakan resepi donat yg sebelum ini saya buat. Biasanya kalau pagi dah buat nasi lemak, petangnya saya buatlah pau sambal ni....saya gunakan lebihan sambal tumis yg sedia ada je. Adunan ni saya bahagi 2 sebab anak yg bongsu suka tabur gula pada pau tu...jadilah donat.

Bahan-bahan
  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/ butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu suam, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit (tpng yg selebihnya tadi) sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.. Bahagikan doh kepada 20 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh dan leperkan sedikit.
  4. Tutup pau dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  5. Panaskan minyak. Goreng pau dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  6. Toskan minyak. Bila pau dah sejuk, bolehlah belah di tengah dan isikan dngn sambal tumis dan hirisan timun.

Nasi Lemak

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah nasi lemak yg saya buat yg di makan bersama sambal telur. Lauk sampingan tu, terpulang kepada masing2 ya.


Bahan-bahan
  • 4 cwn beras (beras AAA)
  • 5 cwn santan
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 batang serai - dititik
  • garam secukup rasa
  • Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
  • sambal tumis
  • ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
  • telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
  • timun yg dihiris
  • kacang tanah goreng
  • dan lain2 ikut selera
Cara-cara
  1. Hiris bwng besar, bwng putih dan halia.
  2. Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 hiris,daun pandan dan serai.
  3. Tuang santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
  4. Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

Wednesday, October 6, 2010

Sambal Telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya masak nasi lemak. Kali ni saya makan bersama sambal telur dan sambal tumis ikan bilis. Resepinya mudah je...tapi saya kongsikan bersama di sini utk rujukkan anak2 saya di kemudian hari. Pada yg sudi tu, bolehlah mencubanya.


Bahan-bahan
  • 10 biji telur - di rebus dulu sebiji-sebiji
  • 1 cwn cili kering kisar -(20 btng cili kering, rebus/rendam dngn air panas)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 biji hirisan bawang besar
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
  • 1/2 cwn minyak masak
Cara-cara
  1. Kisar bahan yg bertanda *.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar yg di hiris sebentar je.
  3. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan air asam jawa,garam dan gula. Kacau sebati.( Gunakan api sederhana je..)
  5. Akhir skali masukkan telur yg telah di rebus dan di kupas kulitnya.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Monday, October 4, 2010

Ikan Bawal Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini saya masak ikan lemak cili api. Sejak balik Msia ni, berselera nak makan lauk ikan...maklumlah masa kat US susah nak dpt ikan yg kena dngn tekak kita. Asyik lauk ayam dan daging je. Oklah hari ni saya masak simple je tetapi sedap sangat pada tekak saya dan juga keluarga. Rasanya ramai kawan2 di luar sana yg tahu masak lemak cili api ni. Di sini saya letak juga resepi yg saya masak...saya lebih suka ikan tu, di goreng dahulu...terpulanglah pada selera masing2 ya.



BAHAN-BAHANNYA
  • 2 ekor ikan bawal sederhana besar
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan secubit gula
  • 15 btng cili padi *
  • 1 inci kunyit hidup tua*(*di tumbuk)
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 biji tomato hijau- di belah 4
  • 6 btng bendi
CARA-CARA
  1. Ikan di belah 2, cuci bersih dan toskan. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sebentar...angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan serai titik dan bahan tumbuk halus ke dalam periuk.
  3. Kacau rata dan masak atas api sederhana hingga mendidih,
  4. Tuang santan cair dan gaul sehingga mendidih. Masukkan bendi.
  5. Masak hingga bendi lembut, tambah asam gelugor, garam dan secubit gula.
  6. Tuang santan pekat, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, sambil dikacau sekali sekala.
  7. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan tomato. Biarkan mendidih sebentar.
  8. Rasa dan jika dah ok, boleh matikan api.

Friday, October 1, 2010

Kuih Lapis Cendul

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya buat kuih lapis cendul. Kuih ni sedap dan saya C&P resepi ini dari Kak Liza. Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini. Maaf sebab saya tambah sedikit coklat emulco utk lapisan gula merah...tu yg warnanya gelap sikit....apa pun kuih ni mmng sedap.



KUIH LAPIS CENDUL

Bahan-bahan A:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 1 s/k garam
1/2 cawan air gula merah [larutkan 1/2 cawan air panas + 4 s/b gula merah]-saya tambah 1 sk coklat emulco
  • 1 cawan cendul
  • 1/2 cawan air
Cara:
  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  3. Masukkan air gula merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Tambahkan cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan adunan gula merah tadi..
  5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
  6. Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.
  7. Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.
  8. Lapiskan 1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.
  9. Lapiskan lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.
  10. Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..
  11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.