Wednesday, October 13, 2010

Kek Suji/Kek Semolina

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama rasanya tak bersiaran. Terima kasih kepada pengunjung blog Sinar Kehidupanku kerana masih setia dan sudi berkunjung ke sini. Saya amat2 menghargainya. Minggu lepas saya sibuk sikit, ini adalah kerana persiapan majlis pernikahan dan persandingan adik saya di kampung. Sebagai kakak, saya turut menjayakan majlis tersebut. Saya juga sibuk menyiapkan kek2 utk di buat sebagai buah tangan....antaranya kek kukus velvet, kek coklat dan kek kukus lapis cream cheese. Rasanya resepinya pun boleh di rujuk di bahagian kek. Di sini saya letak resepi kek semolina/ kek suji yg saya buat minggu lepas. Resepi ni saya ambil dari Mat Gebu, izinkan akak letak resepinya di sini ya Mat. Terima kasih kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya. Kek ini lembut, lemak dan lembap mcm kata Mat iaitu 3L. Jom kita semak bahan2nya..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 g mentega berkualiti tinggi
  • 170 g gula halus
  • 2 camca besar madu
  • 4 biji telur gred A
  • 100 ml susu segar
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 170 g tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder
  • 100 g semolina @ suji
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu (macam gambar no 2).
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

14 comments:

  1. Salam kak yatie! sedapnyer kek samolina! moiisssttttttt sgt! kita mmg sukelah mkn kek2 mcm ni :D sbb tak berat sgt macam kek cekelat :D ada lg tak kak? nak jugak !!

    ReplyDelete
  2. salam morning kak yatie...
    Waaaaa..besnyaa kek semolina, saya buat 1-2 kali jeee..tapi sedap ada rasa kacang2 sikit kan..

    ReplyDelete
  3. saya pun lma dah teringin nk buat kek ni...org kta sangt sodap...

    ReplyDelete
  4. nampak gayanya bahan2 mudah nak dapat tu yatie..boleh lah cuba..dengar org kata sedap..
    tu.. mat pun kata sedap jugak kan..

    ReplyDelete
  5. selamat pagi K tie..nampak moist kek suji akak ni..mmg sedap tu..x pena wat lg..lyza kene cuba gk wat nnt..

    ReplyDelete
  6. Salam Yatie..
    pepagi singgah umah yatie nie... nampak pula kek suji atas meja... sedapp nyer.. akak copy resepi yer... nak cube buat... thankss...

    ReplyDelete
  7. salam kak yatie..sdpnye nmpk kek itu..sy nak buat jugak,tpkn xtau mn nak cr suji tuh..:D

    ReplyDelete
  8. emm...lama tak buat...sedapnyer nmpk k'yatie

    ReplyDelete
  9. salam yatie...lama tul tak bersua dgn yatie kat sini....tertarik betul dgn kek ni...dah lama janji dgn anak ima nak buat kek ni...tapi sampai sekarang tak terbuat lagi...huhuhu,nak kena cuba gak ni...terliur sangat ni..

    ReplyDelete
  10. rajinnya...hari tu kita gi k10 hantar cuppies tapi seganlah kan nak jumpa awak...

    ReplyDelete
  11. salam yatie sihat ke?kek nampak sedap ler

    ReplyDelete
  12. salam yatie,
    semenjak dah balik msia ni, nampak benar yatie sibuk ya..tapi bestlah family semua dah berkumpulkan ..dah bertambah 1 lagi anak lagilah masak macam2 kan yatie..lembut & gebu nampak kek ni..

    ReplyDelete
  13. salam kak yatie, mas tak pernah try lagi kek somalia ni , ramai yg kata sedapp, nanti nak cuba la...

    ReplyDelete
  14. kak...semolina @ suji tu ada jual kat tempat kek / tepung ke...mas nak cari nanti...

    ReplyDelete