Monday, October 25, 2010

Kari Kurma Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah lauk kari kurma ayam yg saya masak utk makan tengahari. Rasanya sama seperti masak kari2 biasa je, tapi kalau kawan2 nak rasa bolehlah mencuba resepi yg mudah ini. Kari ni sedap di makan bersama nasi putih hangat, nasi minyak, roti putih, roti jala ataupun lempeng. Semuanya terpulang kepada selera masing2 ya. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.



BAHAN- BAHAN
  • 1 ekor ayam- dipotong 12
  • 3 biji kentang- kupas dan belah 4
  • 2 biji tomato- belah 4 setiap biji
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cwn santan cair
  • 2 cwn santan pekat
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 btng serai (di titik)
  • 1 btng lada merah/hijau (belah 2)
  • Garam dan gula (1 sb)
BAHAN TUMIS
  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 tangaki daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Blend bahan2 kisar sehingga halus, campurkan bersama rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili... kisar lagi.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan serai yg di titik, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata, masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih, biar sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang santan pekat, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan lada hijau/merah yg di belah 2.... masak sekejap lagi.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan hidangkan.


9 comments:

  1. salam yatie,sedap nampaknya tu,nak sikit..makan dgn chapati..:)

    ReplyDelete
  2. salam kak, tak pernah buat lagi campur2 macam ni,boleh try nanti....

    ReplyDelete
  3. salam kak yatie,
    apa khabar? Lama dah tak makan kari ayam nih. hihi
    Kari ayam campur kurma? Nice recipy kak. mesti unik rasanya tu. :)

    ReplyDelete
  4. 1st time jumpa kari kurma..boleh masuk list nih

    ReplyDelete
  5. Anymz=wkmsalam, mmng sedap kak kari kurma ni...yatie mkn dngn lempeng....nak sikit capati tu...jom tukar2...

    Mas= wkmsalam, cubalah...mmng ada kelainan....

    ReplyDelete
  6. Nur= wkmsalam dan khabar baik...mmng sedap kari kurma ni...kalu sudi bolehlah cuba...

    Izah= mmng sedap...cubalah..klau ghajen wat sekali roti jala, roti canai, roti gebu, roti saj dan segala roti....kih3....tak pun wat lempeng pekak jek.....

    ReplyDelete
  7. yumm..yumm..nampak sedap jee kena cuba nii..

    ReplyDelete
  8. salam..tak perasan - ingatkan kari ayam biasa2 ...rupanya kari kurma ayam ! wah sungguh istimewa ni....nak masaklah macam ni jugak - never @ seldom mix kurma & curry powder !!! very2 delicous-delicous....tqvm

    ReplyDelete
  9. Bain= mmng sedap kari kurma ni...kalau tak abes mkn dngn roti....sedap I tell you...

    Sonata= wkmsalam,mmng sedap, cubalah....akak klau mska kari suka resepi yg ni...sedap...

    ReplyDelete